Khamis, 7 Mei 2009

mempopularkan teater di seklah

Mat Zain Manun
Rosli Manas
Salamah Atan

Kertas kerja direka khusus untuk memenuhi tuntutan Mahaguru Dr. Ani berkaitan dengan Drama dan teater Melayu, UPSI


Mempopularkan Teater Tradisional Di Sekolah.
1. Pendahuluan

Berdasarkan etimologis istilah “drama “ berasal dari bahasa Yunani dengan kata sebagai berikut: “dram” yang bererti “gerak” . “dramaoi” yang bererti “menirukan”. Istilah drama ini kemudian tersebar luas menjadi istilah internasional yang maksudnya adalah “suatu cerita/karangan yang dipertunjukkan di atas pentas oleh para pelaku dengan perbuatan-perbuatan”. Dalam bahasa Melayu, drama lebih dikenali dengan istilah ‘sandiwara’.
Drama merupakan genre sastera dalam jenis cereka atau fiksyen. Dewasa ini, banyak karya drama diterbitkan dalam bentuk buku, ditayangkan melalui televisyen, dan diperdengarkan melalui radio. Malah, drama dianggap jenis sastera yang paling hampir dengan kita. Drama dicipta untuk dipentaskan atau dilakonkan. Drama memerlukan pelakon yang memainkan peranan watak. Barisan pelakon aksi-aksi yang ditetapkan dan dilafazkan dialog yang disediakan. Terdapat dialog berbentuk puisi, hingga dinamakan drama puisi. Ada juga drama yang ditulis bukan dengan tujuan dipentaskan, tetapi hanya untuk dibaca. Drama jenis ini dinamakan drama bacaan.
Orang yang menggerakkan drama disebut sebagai aktor atau pelakon. Drama menurut masanya dapat dibezakan dalam dua jenis iaitu drama baru dan drama lama. Drama Baru atau disebut juga sebagai drama moden merupakan drama yang memiliki tujuan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat dan umumnya drama yang disiarkan atau ditayangkan bertema kehidupan manusia sehari-hari. Memiliki nilai yang mampu memberikan pengajaran kepada audiens yang menyaksikannya.
Teater lama atau disebut juga teater tradisional adalah teater khayalan yang umumnya menceritakan tentang kesaktian, kehidupan di istana atau kerajaan, kehidupan dewa-dewi, kejadian luar biasa, dan sebagainya.Keistimewaan teater berbanding genre lain dalam bidang sastera terletak pada ciri-cirinya. teater dipentaskan dan ditayangkan secara langsung dan memerlukan komiten yang tinggi dalam kalangan pelakon-pelakonnya. Teater ada cerita (mesej), pelakon, penonton dan tempat. Teater itu kerja (Produksi). Teater itu seni gabungan imaginasi ke realiti (kreativiti) dan meyentuh perasaan. Juga melibatkan mood (perasaan hati), feeling (perasaan), kosentrasi, stabil, kesungguhan, bakat dan minat.- Dalam teater pelakon meniru watak–watak.Teater adalah persembahan langsung.
Oleh sebab teater dipentaskan dan dipertontonkan kepada khalayak, maka teater lebih istimewa berbanding genre lain. Teater juga merangkumi pelbagai aspek yang terdapat dalam genre lain sastera. Teater juga menggunakan genre lain dalam pementasan. Masa yang diperlukan untuk menjayakan produksi agak lama dan komitmen yang tinggi diperlukan. Maka, teater dianggap lebih menarik berbanding genre lain sastera.

2. Teater tradsional

Teater rakyat atau teater tradisional dapat di senaraikan mengikut negeri-negeri di Malaysia iaitu Sarawak : Bertanduk, Bubu Menari, Alup, dan lain-lain campuran seni teater suku kaum peribumi bukan Melayu.Sabah: Mag Ombak,Daling-daling.Selangor: Cempuling, Kenterang, Randai, Mahidin dan Baahai ( Banjar)Negeri sembilan: Randai, Rentak Kudo, Bongai, Tumbuk KalangTerengganu: Ulit Mayang, Ulit Badang, Main Puteri, Saba, NobatKelantan: Bageh, Makyung, Menorah, Dikir Barat,Main PuteriJohor:
Kuda Kepang, Wayang Orang, Ketopak, Ghazal, Ceracap Inai, Zapin .Melaka: Dondang Sayang dan lain-lain unsur saduran dari Portugis, Baba Nyonya.Perak: Dabus, Terengganu: Ulit Mayang, Ulit Badang, Main Puteri, Saba, NobatKedah;Cak Noge, Gendang Keling, Hadrah,GhazalPerlis: Canggung, Gendang KelingPulau pinang: Ghazal, Boria
Pada dasarnya setiap bentuk teater yang berorentasikan kepada suatu proses yang dapat memberi kesedaran, mengembangkan sikap kritis, pengetahuan dan nilai-nilai yang baik adalah teater pendidikan.

3. Kepentingan teater tradisional

Pendidikan teater memiliki sifat multilingual, multidimensioanl, dan multikultural. Multi bermaksud pengembangan kemampuan mengekspresikan diri secara kreatif dengan berbagai cara dan media. Pendidikan teater mempunyai peranan dalam pembentukan peribadi serta didikan yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan subjek Komsas yang mengandungi tajuk-tajuk drama yang boleh dipersembahkan oleh pelajar-pelajar. Tujuannya adalah memberi peluang kepada pelajar pengalaman estetik iaitu berekspresi dan berapresiasi,pelajar dapat memahami mesej-mesej yang hendak disampaikan dalam teater tradisional, dan keunikan teater tradisional yang tersendiri dan perlu dikekalkan.

Selain itu melalui teater tradisional pelajar dapat memahami sifat multikultural iaitu memberi kesedaran kepada pelajar tentang apresiasi sesebuah budaya dan kebudayaan. Pelajar dapat dibentuk sikapnya hidup secara budaya beradab serta bertoleransi dalam masyarakat dan budaya yang berbilang kaum. Teater tradisional juga dapat memainkan peranan dalam membentuk seseorang pelajar itu dari segi multikecerdasan. Melalui multikecerdasan perkembangan dapat dicapai dari kecerdasan intrapersonal, interpersonal, visual spasial, muzik, linguistik, logik matematik, naturalis,
kecerdasan kretiviti, kecerdesan spriritual, moral dan kecerdasan emosional. Teater tradisional yang mempunyai sifat multilingual dapat memberi pengembangan kemampuan pelajar secara kreatif dengan pelbagai cara iaitu secara bahasa rupa, bunyi, gerak dan aksi-aksi semasa berlakon.



4.0 Mempopularkan Teater Tradisional di Sekolah.

Falsafah Pendidikan Kesusasteraan di Malaysia bertujuan menjana minda dari segi rohani dan jasmani, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap budaya saing kearah pembinaan insan bestari. Kesusasteraan Melayu dan Komsas merupakan mata pelajaran yang diajar peringkat sekolah menengah seluruh negara. Kurikulum kesusasteraan Melayu yang di dalamnya terkandung tajuk-tajuk drama bertujuan untuk memenuhi hasrat falsafah pendidikan Negara iaitu melahirkan insane seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dalam mempopularkan perkembangan teater tradisional ia merupakan suatu persembahan yang memberi pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar sekolah. Dalam perkembangan sistem pendidikan yang serba canggih, teater tradisional tidak dapat lari dari menghadapi cabaran demi cabaran. Kesusteraan Melayu (komsas yang mengandungi drama atau teater tradisional kurang diminati pelajar sekolah). Golongan pendidik perlu prihatin agar teater tradisional menjadi popular di kalangan para pelajar sekolah.

Sikap para pelajar dan minat masyarakat terhadap dunia sastera semakin berkurangan. Para guru sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik minat pelajar dalam dunia sastera yang mempunyai kaitan dengan persembahan teater tradisional. Pihak sekolah seharusnya menekankan bahawa seni teater tradisional dapat membentuk peribadi dan keunggulan yang jitu kepada pelajar-pelajar sekolah. Pengisian program mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Melayu melalui aktiviti minggu bahasa yang dijalankan hendaklah seimbang antara teori dan isu semasa (sesi ceramah dan motivasi) dengan praktikal (sesi bengkel) ditambah pula dengan sesi apresiasi (persembahan) menjadi satu pakej yang menarik dan sangat memikat pelajar terhadap usaha mempopularkan teater tradisional di sekolah.

Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran guru tidak banyak membantu memberikan rangsangan yang boleh membangkitkan minat pelajar terhadap teater tradisional. Guru yang mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Melayu selalu dikaitkan dengan persembahan teater. Peranan guru untuk menarik minat pelajar dalam teater tradisional hendaklah bermula diperingkat sekolah rendah lagi. Guru-guru janganlah mengambil jalan mudah dengan menekankan matlamat peperiksaan semata-semata tanpa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Seni teater tradisional seandainya kurang dipelajari maka subjek Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Melayu secara tidak langsung dikatakan tidak berkembang. Lama-kelamaan kandungan subjek ini akan ketinggalan ditengah-tengah arus perkembangan ilmu pengetahuan. Kurikulum Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu jika tidak disuntik dengan sebarang pembaharuan, lama-kelamaan ia tidak dinamik sama sekali, lalu tidak langsung relevan dengan perkembangan semasa.

Dalam usaha pihak sekolah untuk menarik minat pelajar dalam teater tradisional, guru seharusnya memiliki sifat dan kemahiran dalam bidang teater bagi mencetuskan minat pelajar terhadap teater tradisional. Berikut merupakan langkah-langkah mempopularkan teater tradisional di sekolah antaranya guru bahasa dan Kesusasteraan Melayu memberi galakan kepada pelajar dengan membaca karya-karya sastera yang berkaitan dengan drama tradsional. Pelajar-pelajar perlu diajar kaedah dan teknik dalam tetater agar pelajar dapat menghayati watak yang diberi dan dapat memberi lakonan yang berkesan.

Guru yang terlibat dengan teater juga sepatutnya melibatkan diri secara langsung dengan dunia teater yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Kalaupun tidak terlibat secara langsung dalam menghasilkan karya, dengan menghadiri seminar-seminar dapat menambahkan pengetahuan guru dalam bidang teater tradisional. Pengetahuan yang diperoleh oleh guru boleh diajar kepada pelajar. Sikap guru sendiri seharusnya mempunyai bakat dan minat untuk menarik pelajar meminati teater. Sekiranya guru dapat melakukan secara berkesan dalam bilik darjah secara tidak langsung akan merangsang pelajar berminat dalam bidang teater.

Aktiviti-aktiviti yang menarik dalam seni teater seperti persembahan drama, misalnya pelajar dibimbing untuk melakonkan drama Jangan Bunuh Rama-rama karya Sasterawan Negara Noordin Hasan. Dengan ini pelajar berpeluang menampilkan bakat mereka dan menyampainan perembahan sebagai satu manifestasi penghayatan teater tradsional. Persembahan teater dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya menggunakan ICT agar dapat menarik minat pelajar terhadap seni tetater.

Dalam mempopularkan teater tradisioanal di sekolah guru yang terlibat seharusnya menjalankan sesi ceramah atau bengkel drama atau teater dengan menjemput pelakon-pelakon terkenal seperti Rosyam Nor, Erra Fazira dan sebagainya yang pastinya pelajar akan berasa bangga dan teruja dapat bertemu dan mengenali dengan lebih dekat pelakon tanah air.

Dalam hal ini, sekolah mestilah memainkan peranan yang lebih ke arah memupuk minat teater di kalangan pelajar. Tujuannya supaya dapat membendung dan mengalihkan kecenderungan perkara yang tidak sihat di peringkat awal lagi. Bagi merealisasikan keadaan ini, pebagai program dan aktiviti drama atau teater perlu disusun secara sistematik. Penubuhan persatuan atau kelab seperti kelab drama dan teater atau persatuan kebudayaan dapat member peluang kepada pelajar yang meminati teater untuk meluaskan pengalaman. Sekaligus bertindak sebagai agen pengenalan kepada pelajar yang baru hendak berjinak-jinak dengan bidang teater. Keadaan ini dapat menanam minat dan rasa cinta terhadap drama atau teater.

Pihak sekolah juga boleh berusaha mengadakan pertandingan drama atau teater. Dengan seumpama ini dapat melahirkan ramai bakat-bakat muda dalam bidang teater. Secara tidak langsung teater dapat menghasilkan seorang pelajar yang berani dan luas pengetahuan.Dalam menghasilkan sesuatu karya dalam teater, pelajar perlu pengetahuan yang luas melalui pengahayatan skrip, pemerhatian dan juga pengamatan yang tajam terhadap watak yang diberi.

Pihak Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran perlu aktif menganjurkan lebih banyak pertandingan drama, teater atau pertandingan yang mirip persembahan teater seperti pertandingan membaca sajak dan sebagainya. Pertandingan boleh diadakan di peringkat daerah, negeri dan peringkat kebangsaan. Bagi merealisasikan program ini, hadiah yang lumayan dan munasabah boleh disediakan. Hal ini dapat menarik minat para pelajar. Sebagai penghargaan dan penghormatan pelajar-pelajar yang terlibat dalam dunia teater dibawa melawat ke lokasi-lokasi pembikinan filem yang terdapat di negara kita.

Sebagai langkah bijak, penggiat filem wajar adaptasi lebih banyak karya sastera. sepatutnya ada timbal balik antara karyawan filem dan sasterawan. Iaitu dalam meningkatkan produksi yang sekaligus akan memasyarakatkan sastera kerana ia merupakan suatu kaedah memartabatkan sastera di kalangan pelajar. Karya-karya sastera seperti novel Shahnon Ahmad Rentong, Ranjau Sepanjang Jalan dan Srenggeng telah difilemkan dan dijadikan drama televisye. Jika ditinjau balik, sebelum ini sastera rakyat seperti Laila Majnun, Bawang Putih Bawang Merah, Si Tanggang dan sebagainya pernah menemui khlayak di pawagam.Pelajar-pelajar yang meminati bidang teater tidak mustahil dapat melakonkan watak-watak teater tradisional seperti yang terkandung dalam buku teks Komsas iaitu Drama Puteri Hang Li Po, Drama Kezaliman Membawa padah dan sebagainya.

Peranan televisyen dan radio juga tidak kurang penting dalam mempopularkan teater tradisional di sekolah. Contohnya pihak televisyen boleh menyiarkan secara langsung pertandingan drama tradisional sekolah-sekolah peringkat kebangsaan secara lansung untuk tontonan umum. Selain itu, pihak penyiaran boleh memaparkan satu program khas dalam bidang teater kepada pelajar-pelajar. Ini merupakan satu program berilmu dan penting bagi pelajar yang mencintai teater. Drama radio juga dapat membantu usaha sekolah untuk mempopularkan teater. Pelajar-pelajar boleh digalakkan untuk menghasilkan skrip drama radio yang menarik.

Bagi melanjutkan lagi usaha murni dalam mempopularkan persembahan teater tradisional seharusnya diperbanyakkan pertandingan-pertandingan drama atau teater. Persembahan yang lebih kerap dapat mengundang pelajar-pelajari untuk mengikutinya. Pihak sekolah juga boleh membawa pelajar-pelajar yang meminati dunia teater menyaksikan teater dan drama di Istana Budaya. Untuk menarik minat pelajar seharusnya harga tiket patut diberi potongan kepada pelajar. Walaupun pelajar-pelajar berminat tetapi jika tidak berkemampuan, pelajar-pelajar tidak berpeluang menikmati persembahan hebat di Istana Budaya. Persembahan yang dapat ditonton oleh pelajar dapat melihat aksi watak, mengamati jalan cerita dan menyelami sesuatu teater atau drama dengan lebih berkesan lagi. Maka, impaknya lebih berkesan berbanding persembahan yang ditonton di televisyen.


5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya teater tradisional masih mampu menarik minat pelajar sebagai satu aktiviti luar bilik darjah yang popular dan wajar diadakan disetiap sekolah. Mempelajari atau penghayatan dalam seni teater dapat membentuk jiwa pelajar sejajar dengan Falsafah Pendidkan Negara. Seandainya usaha-usaha mempopularkan teater tradisional diberi sokongan dan tenaga yang menyeluruh dari semua pihak ia pasti menjadi begitu segar serta signifikan pada masa ini. Tidak mustahil seni teater tradisional mendapat sambutan pelajar-pelajar sekolah.

Sebenarnya untuk mempopularkan teater tradisional terletak di bahu para guru terutama guru-guru bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Guru yang prihatin tentang pentingnya teater tradisional agar ia dipelajari oleh setiap pelajar supaya ia tidak ditelan zaman. Guru-guru nanti tidak dipersalahkan oleh generasi akan datang tentang ketulusan kita mempertahankan dan memelihara khazanah bangsa Melayu.


BIBLIOGRAFI

A.Teeuw (1995). Sastera dan Ilmu Sastera-Penghantar Teori Sastera. Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka.


Kamaruddin Hj. Husin (1998). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.


Rahman Shaari (1998). Kesusasteraaan Dalam Pendidikan Sastera. Selangor: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.


Rahimah Bujang (1994).Drama Melayu: Dari Skrip Ke Pentas. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.


Mohd Ghazali Abdullah(1995). Teater Tradisional Melayu, Kementerian Kebudayaan
Kesenian dan Pelancongan Malaysia.


Rahmah Bujang,(1975). Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan