Rabu, 18 November 2009

Bab 1 : Sumber alam

Konsep Sumber Alam
- Sumber ialah bahan yag bermanfaat kepada manusia dan berguna kepada manusia untuk meneruskan hidupnya.
- Sudut ekonomi : sesuatu benda yang bernilai dan berfaedah seperti tanah, manusia, pasaran.

Jenis-jenis sumber
- Sumber yang boleh diperbaharui
Sumber yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan mengalami kepupusan seperti air, udara, suria, ombak dan lain. Sumber boleh diganti apabila habis atau berkurangan seperti sumber hutan, tanah pertanian, padang rumput dan lain-lain. Sumber tenaga pula seperti suria, hidro, geoterma dan biomass.

- Sumber yang tidak boleh diperbaharui
Sumber akan pupus apabila digunakan secara berterusan, tidak boleh diganti atau diwujudkan semula seperti arang batu, petroleum dan gas asli. sumber yang boleh dikitar semula seperti mineral emas, bijih timah, besi, tembaga, kaolin , granit marmar dan perak bagi melambatkan kehabisan sumber. Sumber yang tidak boleh dikitar semula seperti arang batu, petroleum dan gas asli. Ia akan habis apabila digunakan secara berterusan dan tidak boleh diganti.

Kelebihan tenaga yang boleh diperbaharui
- bekalan yang berterusan
- tidak mencemarkan alam sekitar
- menjimatkan kos
- diperbaharui secara percuma
- bersih

Faktor yang mempengaruhi perbezaan makna sumber
1. taraf pembangunan masyarakat berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan teknologi
2. Sistem politik, ekonomi dan sosial
3. Habitat atau tempat tinggal
4. Kepercayaan dan anutan agama yang berbeza

Faktor yang mempengaruhi dan penerokaan dan penerokaan sumber
1. nilai ekonomi yang dimili oleh sumber
2. pasaran
3. keupayaan sumber tersebut dalam membekalkan tenaga atau sumber
4. sifat yang dimiliki oleh sumber seperti tidak habis, mudah diperolehi, murah dll
5. modal
6. teknologi dan kepakaran
7. keupayaan sumber memenuhi kepeluan tenaga kerja
8. mengerakan sektor ekonomi dan perkembangan industri perkhidmatan

Kepentingan sumber Kepada Manusia
1. Air
- kegunaan domestik
- pertanian
- perindustrian
- menjana kuasa elektrik
- pengangkutan
- sumber makanan dan protin

2. Hutan
- sumber yang berasaskan kayu balak
- hasil hutan
- ekopelancongan
- mengekalkan kawasan tadahan air dan menstabilkan paras air bawah tanah
- keseimbangan ekosistem
- mengawal hakisan tanah dan gerakan jisism
- menyederhanakan suhu dan mengekalkan kelembapan udara
- habitat flora dan fauna

3. Padang rumput
- membekalkan makanan kepada ternakan
- kawasan penanaman dan pengeluaran bijiran
- habitat hidupan liar

4. Mineral
- membekalkan bahan api dan kuasa
- industri logam

5. Udara dan atmosfera
- membekalkan gas sperti oksigen
- angin

6. laut dan sumber marin
- sumber makanan
- bahan mentah mentah
- perlancongan
- tenaga
- pengangkutan

7. Tanah tanih
- tanah pertanian
- tapak

Faktor yang mempengaruhi Kemerosotan Kualiti sumber Air ( STPM 2001)
1. pembangunan tanah secara besar-besaran
2. pembangunan kawasan pertanian
3. pembangunan sektor penternakan
4. pembangunan perindustrian
5. pembangunan sektor perlancongan
6. pembangunan sektor pengangkutan
7. pembangunan pesat pembandaran
8. pembangunan sumber tenaga
9. pemabangunan sektor perlombongan

Langkah mengatasi kemerosotan sumber air
1. langkah perundangan seperti penguatkuasaan undang-undang
2. mengawal selia aktiviti pembalakan dan penyahutanan
3. merawat air yang tercemar
4. meningkatkan kerja sama serantau
5. melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar
Sebening Royal Belum
I

Berat sungguh hati Ahmad pada pagi ini. Dia merasakan begitu berat sekali untuk bangkit dari tidurnya. Terasa dirinya dibelengui dengan rantai besi yang amat besar sekali. Masih tergiang-ngiang lagi kata-kata dari ketuanya yang mewajibkannya menghadiri kursus yang diadakan pada hari itu. Kursus tahunan yang terakhir sebelum kamus tahun itu ditutup. Sebelumnya, Ahmad dan rakan-rakannya telah merancang untuk memancing di Kelah di Sungai Kejar, Hutan Royal Belum. Dengkuran kencang ibarat guruh membuatkan hatinya berdetik, alangkah baiknya jika dirinya seperti mereka, tidak payah lagi memikirkan apaa yang harus dilakukan pada hari-hari minggu begini. Sesedap rasa sahaja untuk mereka sehingga hari mengalah tinggi atau beberapa hari tidur mati, terbungkam bagai bangkai busuk tiada siapa peduli.

Dicapai tuala busuk yang bergantungan di penjuru katil. Dengan lemah longlai macam daun kayu yang sudah setahun tak disiram, Ahmad mengatur langkah dengan perlahan, satu demi satu menapak dengan penuh tersusun seperti model yang memperagakan pakaian Versace, mengikut musuh sejuk, diberati baju bulu.

Kritttttt!!!!!!!pintu bilik air di buka, dikuak dengan deras, macam mahu melepaskan perasaan marahnya terhadap pintu tersebut. Dibulatkan matanya dengan luas. Setelah beberapa ketika didalam, akhirnya tersembul jua wajah yang layu.

Pada pagi itu, Ahmad terpaksa memujuk hatinya yang masih lagi kepanasan. Segala perancangannya untuk ke Sungai Kejar terpaksa berubah. Dia terpaksa bersikap matang dalam situasi begini. Situasi menang-menang seperti yang diucapkan oleh Ketuanya. Walaupun berat hatinya untuk menerima penerangan dari ketuanya, lidahnya kelu untuk membalas balik. Pada mulanya hatinya cukup sakit dan bermacam-macam hujah yang difikirkan bagi mewajarkan dirinya dikecualikan dari menghadiri kursus tersebut. Terkunci rapat. Matanya yang merah dan butang sebelumnya kini semakin pudar. Segala jampi serapah yang dibaca dan diwarisi dari Opahnya dahulu sudah tak berguna lagi. Disaat begini, jampi serapah Opah pun turut takut dengan ketegasan Ketuanya, Puan Azmah. Begitu hebat sekali. Sekali sekala Puan Azmah membentulkan cermin matanya. Tebal dan ketinggalan zaman. Macam dalam cerita P.Ramlee dahulu. Ketinggalan zaman.
“Kamu kena tahu dan ingat, bahawa kursus yang kita jalankan pada keesokan hari bukanlah dengan kehendak saya, tetapi ini adalah arahan dari pihak atasan. Kita tidak ada lagi tarikh lain yang sesuai, melainkan keesokan hari sahaja. Tiada siapa yang boleh menarik diri dan minta cuti, kecuali mereka yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti rasmi sahaja”. Gulp!! Ahmad menelan air liur. Dirasakan begitu pekat dan berduri melalui kerongkongnya. Tiada apa lagi yang boleh dibincang dengan ketuanya itu. Ahmad sedia maklum, dia sudah maklum dengan sepk terajang ketuanya, pada masa yang sama Ahmad merancang pelan B bagi merealisasikan rancangan tersebut. Ahmad sudah tak peduli lagi dengan apa-apa yang berlaku selepas itu. Akan dihadapi jua. Walau dipanah halilintar sekalipun. Walau patah sayap dan bertongkat paruh sekalipun, Ahmad akan meneruskannya. Ahmad sudah nekad. Tak peduli lagi.

‘Assalaimualaikum dan selamat pagi kepada saudara dan saudari semua, bersyukur kita kepada Allah dan bla….bla ….bla’. begitulah ucapan alu-aluan dalam kursus tersebut. Fikiran tidak berada disitu. Sudah lama hati dan perasaannya berada di Sungai Kejar. Terbayang difikirannya keseronokan memancing dan memanah kelah di air yang deras. Manis dan wangi aroma Kelah yang dipanggang. Lecur lidahnya bila mengingatkan semua itu. Ngulp!ditelan air liur, bila mengenangnya.

Isnin, 16 November 2009

Drama @ Main Puteri

Main Puteri adalah merupakan salah satu permainan tradisi dalam kebudayaan masyarakat Melayu Kelantan. Selain Main Puteri atau Main Teri, permainan tradisi lain seperti permainan Mak Yung, Menora, Dikir Barat dan Bageh. Kebiasaannya permainan Main Teri adalah bertujuan pengubatan semangat dan kejiwaan yang digunakan dalam masyarakat Melayu Kelantan-Pattani atau lebih dikenali pesakit angin / ‘pelepas angin’ yang dihadapi oleh pesakit. Upacara Main Puteri dianggotai oleh dua watak utama iaitu Tuan Puteri dan Tok Minduk yang bermain rebab dan diiringi oleh paluan gendang ibu dan anak. Sebelum majlis dimulakan, ia dimulai dengan bacaan doa selamat yang menampilkan Tok Puteri mempersiapkan diri sambil membaca doa tertentu manakala Tok Minduk yang dibantu oleh anggota oleh 10 atau 11 orang anggota akan mengiring main puteri dengan iringan tiupan serunai dan pukulan rebab, gendang ibu, gendang anak, gedombak ibu, gedombak anak, tetawak dan canang, sebelum bertih dan beras kunyit ditabur di ke empat penjuru ruang. Kebiasaannya rawatan diadakan pada sebelah malam, ada kalanya dalam tempoh dua atau tiga jam, malah berlarutan hingga pagi.

Ketika Tuan Puteri lupakan diri, semangat halus akan meresap kedalam tubuh Tuan Puteri dan Tok Minduk akan menyoal makhluk halus tersebut untuk memastikan punca penyakit. Di dalam kepercayaan main puteri setiap bahagian tubuh badan manusia mempunyai penunggunya sendiri dan penyakit yang dialami adalah kerana penunggu atau hantu ini tidak disaji. Di dalam pengubatan ini Tok Puteri dengan menggunakan kepercayaan penyakit tentang semangat dan hantu cuba mecetuskan tenaga pemulihan dari dalam badan pesakit sendiri. Selalunya penyakit psikologis dapat dipulihkan, yang bukan fisiologis tidak.

Main Puteri akan dimainkan selama satu sehingga tiga malam untuk tujuan berubat penyakit yang disebabkan oleh rasukan maklus halus, hilang semangat, ketidakseimbangan tenaga dalaman, dan juga oleh gangguan angin ( kehendak yang tidak dipenuhi.) Tok Minduk yang bertindak sebagai perantaraan yang menggunakan lagu-lagu sambil menggesek rebab dan berinteraksi dengan Tok Puteri. Ketika Tok Puteri lupa diri seolah-olah diresapi semangat halus dalam tubuhnya, Tok Minduk akan menyoal secara halus tentang punca penyakit dan menafsirkannya bersama. Tok Minduk membayangkan masalah pesakit dan mengungkapkan secara bijak dialog perbualan antaranya dengan Tok Puteri.

Dalam upacara Main Puteri diseru beberapa watak dan perkataan seperti dewa muda, hala tujuh, anak jin putih selangkah tunggal menggunakan pengeras yang terdiri dari beras, benang sirih pinang dan pengeras duit siling 25 sen. Pengucapan yang dilakukan Tok Minduk merupakan perlambangan, simbol dan kiasan serta mempunyai falsafah yang selari dengan aspek kehidupan dan keagamaan. contohnya watak Dewa Muda adalah perlambangan nafsu, sifat dan kesempurnaan manusia manakala ‘hala tujuh’ ialah wali tujuh dan bukannya membawa pengertian hantu dan jembalang. Anak jin putih selangkah tunggal pula adalah jasad (jisim) dan putih adalah darah yang sukar. Wang pengeras 25 sen mencerminkan bilangan rasul dengan benang dianggap tasbih, mengambil berkat para ambia, nabi-nabi dalam usaha mendoakan sembuhnya pesakit.

Dalam Main Puteri, rebab mempunyai peranan yang penting. Rebab akan digesel dengan tertib, semasa ia dimainkan tiada sesiapa dibenarkan melintasi dihadapannya. Rebab melambangkan gerak mula kehidupan manusia yang murni, tertib dan sempurna dalam kehidupan anggota badan, kemudian dimulakan dengan bacaan ayat al-Quran dan memohon Tuhan sembuhkan pesakit. Main Puteri mengandungi empat lagu dan kebiasaannya dimainkan mengikut kesesuaian penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Persembahan Main Teri tidak memerlukan manuskrip kerana dialog diucapkan Tok Puteri dan Tok Minduk, berdasarkan jenis angin yang ada pada pesakit dan diucapkan dengan fasih oleh kedua-dua pendukung terbabit.
Contohnya seperti dialog dibawah;

“Kalau ikut pusaka ayah, arwah tok nenek Nik (pesakit) tidak jadi lagu (macam) ni. Sebab zaman tok nenek Nik, beso (biasa) akat kira bicara, siapkan pulut satok (semangat), kelor (panggil) waris warah, masuk ijmak kira bicara. Jatuh ke Nik, habis dok (duduk) atas papan selipat, tikar sebidang, bantal sebutir, paling kiri basah, paling kanan basah, tiada orang nak tolong kira bicara”.

Ungkapan yang dilakukan oleh Tok Minduk tadi menjelaskan keinginan pesakit untuk mendapat perhatian daripada anggota keluarga dan pesakit tidak mahu bersendirian. Tok Minduk akan mengucapkan satu dialog yang tetap, iaitu "...ya benar sekali...." yang diucap berulang kali sebagai tanda memahami cerita Tok Puteri berkaitan masalah angin pesakit dan Tok Puteri akan menjelmakan angin pesakit menerusi luahan watak. Antara unsur angin yang dibangkitkan dalam upacara rawatan itu ialah Angin Raja Dua Belas iaitu Sulung, Bimbaran Empat, Pahlawan Empat, Sertan Empat, Megat Empat, Cik Siti Putih Nakhoda Anjung, Mamud Kuning Hayun Manis Hitam Ayun Baka, Anak Dewa Di Gunung dan Awang Pengasuh. Perlakuan di bawah sedar Tok Puteri memperlihatkan ragam manusia berjalan tempang, bersuara sengau, bermasalah dengan anak menantu dan berperwatakan pendekar selain dialog berubah-ubah mengikut watak yang dibawa Tok Puteri dalam gaya pengucapan puisi tradisional dialek
Kelantan-Pattani yang menarik.

Drama pentas dan drama elektronik yang terdapat pada masa ini terdapat beberapa persamaan dan persamaan. Antaranya drama Pentas yang dipentaskan dan dipertontonkan oleh sesebuah kumpulan kebiasaannya akan dapat memberikan lebih kepuasan kepada penonton. Kebanyakan mereka yang terlibat drama pentas terdiri dari mereka yang berpengalaman, berupaya dalam mendalami watak dan menjalani latihan dalam tempoh masa yang lama. Mereka akan berusaha seboleh mungkin untuk mengurangkan dari berlakunya kesilapan dalam pementasan. Kebanyakan drama pentas memerlukan seseorang itu menggunakan kebolehan diri yang ada pada mereka semaksima mungkin seperti menari, melompat, bergaduh , menyanyi dan sebagainya. Jadi pementasan drama pentas menuntut komitmen yang tinggi dari mereka yang terlibat. Keadaan ini adalah amat berbeza sama sekali dengan mereka yang terlibat dalam darama media elektronik. Segala kesilapan yang dilakukan ooleh pelakon boleh dibetulkan berulangkali sehingga menepati kehendak skrip, disunting dan sebagainya.
Proses pementasan drama pentas boleh disesuaikan mengikut kos. Pementasan ini boleh dilakukan dimana saja mengikut kesesuaian dan jenis drama yang dipentaskan terpulang samada sebabak atau sebagainya, dan ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Keadaan ini adalah amat berbeza samasekali jika dibandingkan dengan proses pembikinan filem layar perak yang memerlukan kos yang tinggi dalam merealisasikannya. Kos untuk kostum, pengangkutan, kamera, penyuntingan dan sebagainya.

Hakikat yang perlu diakui oleh semua golongan ialah jumlah penonton drama pentas adalah terhad kepada sesuatu kelompok dan dimainkan pada masa tertentu. Justeru itu drama pentas juga dikenai sebagai salah satu bentuk hiburan milik golongan elit memandangkan kos untuk menikmati pementasan adalah tinggi dan tidak mampu dinikmati oleh golongan marhain. Puteri Gunung Ledang The Musical III yang dipentas hanya mampu menarik golongan pertengahan dan elit sahaja. Keadaan ini amat berbeza berbanding dengan filem yang sama, Puteri Gunung Ledang, ia boleh dinikmat oleh sesiapa sahaja dengan kos yang begitu murah dan boleh dilakukan dimana saja tanpa melibatkan lokasi yang khusus.Jumlah penonton yang terhad ini menjadikan ia amat mahal untuk dipentaskan dan dinikmati selalu, ia amat berbeza bagi kategori drama elektronik, berjaya merentasi sempadan politik, agama dan bangsa.

Kebanyakan pementasan drama akan mengambil masa yang panjang merangkumi kegiatan latihan seperti bacaan skrip, latihan pengukuhan, penyediaan prop dan pentas serta pekara yang berkaitan dengannya. Kos dan masa yang diambil bagi menyediakan pentas agak lama berbanding dengan pementasan yang dilakukan hanya tempoh beberapa hari sahaja. Keadaan ini adalah amat berbeza sama sekali dibandingkan dengan proses pembikinan filem. Kebiasaannya tempoh menyiapkan sesebuah filem adalah di antara dua bulan sehingga setahun seperti yang dilakukan di Malaysia pada masa kini.

Drama pentas atau drama media elektronik mempunyai persamaan yang dalam memainkan peranan sebagai agen perubahan dan sebagai wadah pengajaran. ( Aziz Abas via Rahmah Bujang , 1982 : 83 ). Pementasan atau penyiaran drama yang berasakan kedua- dua kategori ini adalah berasaskan cara kehidupan manusia sehari-hari dan dan unsur kesenian yang wujud di antara penonton dan pelakon. Namun demikian dari segi penayangan drama atau filem yang berasaskan elektronik lebih terikat dengan perancangan persembahan, mutu dan standard cerita yang ditetapkan dan kecenderungan penonton dalam memenuhi kehendak penayangan. Keadaan ini adalah amat berbeza berbanding dengan cerita drama pentas yang tidak begitu terikat dengan kategori di atas.

Kalam Hamidi ( 2003:40 ) menyatakan proses pementasan darama pentas adalah amat berbeza sama sekali berbanding dengan media elektronik yang terdapat pada masa kini. Pementasan drama pentas ini memerlukan beberapa prop yang khas bagi mengambarkan situasi cerita, kostum, pencahayaan dan sebagainya bagi mengambarkan peredaran masa dan tempat yang dipentaskan. Penggunaan tirai dalam pementasan drama amat penting sekali kerana ia melambangkan peralihan masa dan terbahagi kepada beberapa bahagian seperti tirai pembuka dan penutup, tirai babak-babak yang dilakonkan dan yang terakhir ialah tirai penutup disamping kebijaksanaan pengarah dalam menyusun atur penggunaan pentas dan lampu. Pekara sebegini tidak begitu dititikberatkan dalam media elektronik seperti proses pengambaran dan pembuatan filem contohnya. Kebanyakan pengarah akan mencari lokasi yang bersesuaian dan boleh diubah-ubah, penggunaan kostum yang bersesuaian, pemilihan pelakon yang bersesuaian dan mampu menjiwai watak yang diserahkan (Darwis Harahap, 1993:14). Kejayaan lakonan drama pentas atau drama layar perak bukanlah diukur berdasarkan ungkapan pelakon tetapi berasaskan keupayaan penonton dalam menyelami watak yang dibawa, penonton ketawa tanpa melibatkan pelakon ketawa , pelakon merasa sedih tanpa pelakon mengalirkan air mata.
Semua orang tahu menyebut 'drama', tetapi apakah kita benar-benar memahami konsep sebenar sebuah 'drama' dan ciri-cirinya. Drama berasal daripada dua perkataan samada dari bahasa atau sifat. Pengertian drama dari bahasa adalah berdasarkan perkataan Greek Tua iaitu “dran” yang bermaksud satu lakonan atau perbuatan. Manakala dari segi sifat pula membawa maksud ‘sedih’ ( Kalam Hamidi 2003:20). Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah yang menyebabkan drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari.

Manakala Rahmah Bujang ( 1994:2 ) telah memberikan definisi drama sebagai sebuah hasil seni yang berbentuk kreatif dan dramatik yang mengutamakan kesan dan tekanan emosi sebagai penambat yang mendorong penonton untuk terus menonton dan menjwai persoalan-persoalan yang dramatik dari awal sehingga akhir.
Mana Sikana ( 1982 : 3) menyatakan drama adalah berasal dari perkataan Greece yang bererti aksi dan gerak yang melibatkan aspek penulisan skrip, pengarahan, pemangunggan, dan lain-lain aspek pementasan manakala Herman J Waluyo mendefinisikan drama adadalh berasal dari kata akal yunani iaitu “draomai” yang bererti membuat berbuat, berlaku, bertindak atau beraksi. Secara keseluruhannya drama ini memberikan makna satu cabang seni sastera atau seni mandiri.
Moody menyatakan bahawa drama merupakan bentuk kebudayaan yang melekat erat pada kebudayaan dan kebiasaan manusia diseluruh dunia. Drama dapat memebtuk seseorang menjadi dewasa dengan mengajarnya pelbagai pengalaman hidup manusia beradasarkan watak yang dilakonkannya. Melalui pementasan drama, seseorang itu akan dapat memahami dan mengenrti kehidupan manusia yang lain dengan sepenuhnya. Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas, dengan penghayatannya berbeza antara dibaca dengan pementasannya. Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. Apabila skrip drama itu dilakonkan di atas ruang pentas dengan gabungan pelbagai seni yang lain dan ditonton pula oleh khalayak secara kolektif, maka ia dinamakan teater.
Sejarah perkembangan drama adalah amat panjang. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa drama adalah berasalkan dari Greek, Mesir dan India. Dari segi ilmunya, Greek adalah antara negara yang berkaitan dengan perkembangan drama pada masa kini. Drama pada peringkat awal lebih memainan fungsi sebagai upacara ritual dalam kehidupan sosial sesebuah masyarakat. Sesetengah pula berpendapat perkembangan drama di Mesir bermula pada zaman pemerintahan Firaun pada zaman kedua dan ketiga sebelum masehi. Bagaimanapun pandangan ini tidak diterima oleh para ilmua kerana tiada catatan yang bertulis mengenai perkembangan drama disini dan ini berlaianan dengan India yang mempunyai catatan bertulis iaitu Natyasastera. Perkembangan drama melibatkan beberapa bahagian seperti drama moden dan drama tradisional. Perkembangan drama tradiosnal pada peringkat awal yang berfunsi sebagai sebuah upacara ritual dalam membentuk sesebuah masyarakat yang harmorni. Contohnya, upacara memuja pantai yang dilakukan di sebuah negeri di pantai Timus semenanjung Malaysia selepas musim menuai adalah melibatkan upacara ritual, jampi serampah, teater atau drama kemudian dikuti oleh majlis perkahwinan. Dewasa ini, pementasan drama merupaka salah satu idea dalam menerapkan idea pemikiran masyarakat atau sebagai alat propaganda pihak tertentu. Drama moden yang terdapat pada masa ini lebih merupakan drama yang berbentuk prosa moden atau puisi. Terdapat beberapa drama yang menggunakan puisi dalam pementasan seperti yang digunakan dalam sandiwara. Kewujudan pelbagai genre drama yang terdapat dipasaran pada masa ini telah memberikan ruang dan peluang yang luas untuk dibaca dan dipentaskan.

Perkembangan dan fungsi drama yang pelbagai dan menyeluruh telah berjaya melahirkan sebuah karya kreatif yang berkesan dalam membentuk sebuah genre dalam merakam dan membangunkan semangat nasionalise, perakam sejarah, pencerminan masyarakat dan sebagai alat untuk mendiskusi keunggulan intelektualisme dan tamadun masyarakat. Keberkesanan dalam pengolahan idea yang dialirkan berjaya melahirkan sebuah genre drama yang mampu mencetuskan satu fenomena dikalangan khalayak.
Kebolehan dan kebijaksanaan pengarang dalam melahir dan membentuk watak-watak drama menjadikan watak tersebut benar-benar wujud di alam nyata dan seakan ia begitu rapat dengan kita. Pengucapan dan pengolahan idea yang dilontarkan oleh watak yang diwujudkan pengkarya melalui watak hero, heroin, dan watak pembantu yang lain telah berjaya memberikan impak yang pelbagai dalam pementasan drama. Drama Sharom Husain, Si Bongkok Tanjung Puteri , berjaya menggarapkan unsur patriotisme dan melahirkan semangat kebangsaan terhadap tanah air melalui watak seperti Si Bongkok, Tanjung, Daeng Parani dan sebagainya. Begitu juga dengan pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical yang diolah dan dipentas oleh Tiara Jacqueline di Panggung Negara telah berjaya memberikan satu impak terhadap perkembangan seni pementasan negara pada masa ini.
Pemikiran dan gagasan pengarang yang disampaikan didalam sesebuah drama melalui pengucapan dialog watak-wataknya atau melalui penggunaan pelbagai perlambangan dalam menyampaikan idea. Drama yang bersifat sejarah contohnya, pengarang akan menasiolismekan bangsanya dengan mewujudkan watak-watak dari kerajaan Melayu pada satu ketika dahulu seperti zaman kesultanan Melaka, Johor dan Pahang. Watak-watak seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Mat Salleh dan Mat Kilau sebagai satu cara melahirkan semangat patriotisme dikalangan rakyat. Kewujudan watak yang sebegini menyebabkan plot akan bergerak , beraksi, bercakap, berfikir, berkonflik antara satu sama lian.
Aristtole telah mengkategorikan beberapa konflik berdasarkan watak yang terlibat. Pertama watak yang hidup akan bergerak selaras dengan perwatakan kemanusiaannya atau kedanamika kehidupan. Kedua watak tersebut harus ada keseimbangan yang sesuai dengan kemampuan diri dan kehendak dramatik sebuah drama. Ketiga watak yang wujud itu mestilah watak yang asli sifatnya bukan wujud atas dasar tertentu atau bersifat palsu dan yang ke empat watak harus kukuh iaitu perubahan watak yang berlaku atas sebab musabab. Drama yang terdapat pada masa ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Menurut Herman J. Waluyo (2002:2 ), kategori drama adalah terdiri daripada drama pentas dan drama naskah. Hasil darpada drama naskah itulah lahrlah beberapa jenis drama yang lain seperti drama pentas, layar perak, elektronik dan sebagainya.
Perwatakan yang wujud dalam drama dewasa ini bertujuan menyorot perwatakan kemanusiaan seperti keinginan, tindakan, perasaan dan sebagainya. Pembentukkan plot yang baik selalunya akan mendapati watak yang yang wujud adalah bersesuaian dari aspek perkembangan jiwa dan dan pemikirannya dari peringkat awal, semasa dan akan berlaku. Perjalanan watak ini akan dikongsi bersama oleh penonton dari segi emosi, jiwa, perasaan dan sebagainya menyebabkan penonton dapat merasai ‘pengalaman hidup’ dan melahirkan pengalaman yang dramatik berdasarkan unsur dramatik yang wujud disekelilingnya. Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dapat dianggap sebagai sebuah drama yang baik. Penggunaan bahasa dialog akan dapat memukau pendengar atau penonton apabila didengari oleh penonton dan menimbulkan keseronokan pancaindera disamping dapat menyampaikan amanat persoalan dan pengajaran., Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang

Drama mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat sebagai salah satu genre sastera berbanding genre lain seperti cerpen, puisi atau novel dilihat dari segi menikmati dan menghayati sesebuah hasil karya. Ini kerana drama adalah berbeza daripada novel dan cerpen atau puisi. Bagi novel dan cerpen, pengarang akan menjelaskan dengan terperinci kepada pembaca tentang sesuatu situasi dan latar bagi sesuatu peristiwa yang berlaku. Dan situasi ini adalah berbeza dengan drama, seseorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum (deskripsi) tentang sesuatu situasi, latar atau tempat. Berdasarkan genre cerpen, novel atau puisi, kewujudan dialog adalah dalam situasi tertentu. Dialoglah yang akan menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang. Hal inilah yang membezakan drama daripada karya sastera yang lain. Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog. Pemikiran atau gagasan pengarang disampaikan melalui dialog pelakon (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Sebuah naskhah drama yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur suspens, ketegangan dan seharusnya mampu membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton.
Drama merupakan karya seni yang mempunyai sifat sosial yang paling luas. Drama bersifat kerja berkumpulan kerana gabungan pekerja seni yang lain dan juga kerana reaksi penonton yang bersifat langsung. Skrip drama yang menjadi sebahagian daripada cabang sastera bersifat “tetap” dan kekal secara keseluruhan, tetapi setiap kali naskhah drama itu dipersembahkan (dilakonkan) di atas pentas, produksi teks (skrip) akan berlaku perbezaan. Hal ini demikian kerana pelakon akan memberikan reaksi yang berbeza kepada penonton yang berbeza dan juga kesan daripada mood pelakon yang berbeza dalam setiap persembahan. Gabungan antara nilai yang tetap dan berubah inilah menjadi kelebihan sesebuah teater yang membezakannya daripada drama yang dirakamkan secara mekanikal, iaitu filem, drama radio dan drama televisyen.

Drama mempunyai tiga tahap sebelum ia dipentaskan berbanding dengan genre sastera yang lain berdasarkan perancangan, latihan dan pementasan. Perancangan yang dilakukan adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah karya baik dari seorang pengarah. Manakala latihan memerlukan seseorang itu menggunakan itonasi suara dan gerak tubuh aktor sebagai satu kesatuan suara dan hiasan pentas berserta dengan pemakaian kostum. Pada tahap yang terakhir ialah permentasan. Sutradara dan perancang, sebagai orang belakang panggung, membantu aktor-aktornya mempertunjukkan drama kepada penonton. Dari segi penggunaan bahasa, penggunaan bahasa drama pentas lebih segar dan menarik tidak terasa kaku seperti bahasa puisi atau terlampau merintih dan mendayu. Bahasa yang digunakan dalam genre drama adalah lebih hampir dengan yang dialog yang terdapat dalam masyarakat. Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang digunakan seharian, padat dan ringkas tanpa meleret-leret.
Genre drama juga adalah berbeza dengan genre sastera yang lain kerana ia dapat mengambarkan peranan manusia dengan tepat. Setiap gambaran atau penerangan tentang watak dan perwatakan digambarkan dengan dengan begitu baik. Watak – watak ini selalu mempunyai konflik antara satu sama lain dengan menggunakan dialog. Situasi ini berbeza dengan genre sastera yang lain yang hampir keseluruhan karya adalah terdiri dari prosa melainkan beberapa babak yang melibatkan dialog. Justeru penggunaan dialog dalam drama menjadikannya berjaya mencuit hati dan perasaan penonton dengan lebih berkesan.

Terdapat beberapa perbezaan antara drama pentas dengan drama elektronik. Moulton telah menyatakan drama pentas ialah sebuah drama yang lahir berasaskan penulisan dan dialog yang yang dilukiskan sebagai kehidupan manusia yang melakukan aksi. Kedua- dua genre drama ini menpunyai persamaan dalam menggunakan bahasa sastera sebagai media pengantaraan. Drama pentas dilakukan secara langsung dan seboleh mungkin tidak akan berlaku kesilapan semasa pementasan. Pelakon memberikan perhatian dan sepenuh penghayatan untuk menjayakan pementasan. Pemnentasan drama pentas memerlukan masa yang panjang untuk membuat latihan, penghayatan watak , menghafal skrip dan sebagainya. Keadaan ini berbeza dengan drama elektronik boleh dilakukan suntingan untuk membetulkan kesilapan pelakon dan dilakukan secara berulangan.
Drama pentas adalah merupakan sebuah seni yang bersifat mandiri, yang berinteraksi antara beberapa kesenian seperti musik, tatalampu, seni lukis kostum, seni rias dan sebagainya. Suanana ini adalah berbeza dengan situasi drama elektronik, dalam drama ini pengarah, atau penulis skrip akan mengadun dan mengolah bahan yang diperolehi atau apa-apa yang berkaitan dengannya mengikut kesesuaian sehingga ia menjadi begitu menarik. Drama eletronik adalah lebih bersifat dominan berbanding dengan drama pentas Drama pentas ini menggunakan naskah yang tertentu dan diolah mengikut kesesuaian dan ia tidak dapat mengambarkan dengan tepat situasi kejadian. Pementasan drama memerlukan seseorang penonton memahami dan menghayati serta dapat menafsirkan apa yang ingin dan akan disampaikan oleh pelakon. Keadaan ini amat berbeza dengan drama elektronik pada masa sekarang ini, yang lebih bersifat kelenturan dan boleh disuaikan dengan kehendak skrip seperti perubahan alam dan peredaran masa yang boleh disesuaikan.

Filem layar adalah merupakan sebuah drama elektronik yang dapat menjelmakan kehidupan manusia atau memanusiakan manusia berdasarka pelbagai sumber cerita seperti kehidupan harian rakyat, novel, rekaaan atau khayalan yang diolah menikut kesesuaian filem. Para pelakon akan memainkan watak-watak tersebut dengan cara yang berkesan bagi membangkitkan emosi dan keberkesanan watak yang dimainkan dari segi perwatakan, gerakan, dialog, perasaan atau kehidupan yang dikehendaki.
Rumusan
Seni drama samada drama pentas atau drama elektronik adalah merupakan satu medium masyarakat dalam menyalurkan idea dalam menyampaikan permikiran atau pengajaran terhadap masyarakat. Keupayaan seseorang yang bergelar pengarah atau penulis skrip diibaratkan seorang tukang masak. Merekalah yang menentukan samada ia diterima atu tidak oleh masyarakat


Bibliografi.
Abdul Rahman Napiah, 1987, Drama moden Malaysia, perkembangan dan perubahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Darwis Harahap, 1993, mengamati filem cereka, Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Herman J. Waluyo, 2002, Drama, teori dan pengajarannya, PT Hanindita Graha Widya, Yogyakarta.
Kalam Hamidi, 2003, Pegangan pementasan drama, Penerbit UKM, Bangi, Selangor.
Khadijah Hashim, 2000 , Panduan menulis skrip drama radio, ‘K’ Publishing Sdn. Bhd, Shah Alam.
Mana Sikana, 1989, Di sekitar pemikiran drama moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Mana Sikana, 1996, Drama Melayu moden, Fajar Bakti, Shah Alam.
Mohamed Ghouse Nasuruddin, Seni Persembahan Tradisi Menjelang Awal Abad ke-21, Siri Syarahan Pelantikan Profesor 1994/Bil. 6 Pada 24 September 1994, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Rahmah Bujang ( Selenggara ) 1982, Drama Melayu 25 tahun, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Rahmah Bujang , 1994, Drama Melayu : dari skrip ke pentas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Said Salim Said Nong, 1988, Drama Melayu Televisyen Malaysia, satu pernilaian perkembangan dan peranan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sabtu, 14 November 2009

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan pengaruhnya terhadap masyarakat Melayu

Hikayat Muhammad Ali Hanafyah (HMAH) merupakan salah sebuah karya yang disebut di dalam Sulatus Salatin. Persoalannya di sini, mengapakah dalam Sulatus Salatin, Sultan Melaka menitahkan agar pembesar Melaka memperdengarkan kepada rakyat Melaka yang pada masa sama terpaksa berhadapan dengan tentera Feringgi yang diketuai oleh Alfonso.
HMAH merupakan sebuah karya timur tengah yang ditulis bertujuan untuk mengambarkan tentang kekuatan, kekuasaan, kepahlawanan keturunan dari Nabi Muhammad S.A.W. Kisahnya bermula dengan perlantikan baginda sebagai seorang rasul dan nabi bagi umat akhir zaman serta kehidupan yang dilaluinya sehingga beliau wafat. sebelum kewafatan baginda, baginda amat menyayangi cucunya iatu Hassan dan Hussin. Jibrail membawa satu perkhabaran peristiwa yang akan berlaku selepas kewafatan baginda, berkaiatan dengan masalah yang dihadapi oleh umat Islam, perebutan jawatan khalifah yang bermula dengan perlantikan Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali. Selepas kematian Ali, yang di bunuh dan penglibatan Aisyah dalam peperangan Sifin dan Muawiyah salah seorang sahabat nabi telah dilantik sebagai salah seorang khalifah Islam.
Setelah kemangkatan Muawiyah, Yazid mengantikan bapanya sebagai Khalifah. Pemerintahan Yazid penuh dengan kekejaman dan pelanggaran hukum Islam. semasa pemerintahannya jugalah berlakunya peristiwa Karbala dan penangkapan keturunan Rasullulah dan mereka ini dipenjarakan. Pemenjaraan cicit kesayangan baginda telah sampai kepada saudara mara baginda seperti Muhammad Ali Hanafiah. Muhammad Ali Hanafiah apabila mendengar peristiwa yang berlaku terhadap Ali Akhbar anak Hussin, meratap kesedihan dan berikrar akan melepaskan anak saudaranya dari tawanan Yazid. Muhammad Ali Hanafiah bersama-sama dengan saudaranya telah mengambil masa selama 25 tahun untuk menentang Yazid dan penasihatnya Marwan Hakim sehinggalah Yazid dapat ditumpaskan. Persoalan disini bagaimanakah HMAH ini begitu berpengaruh sehingga Sultan Melaka mengarahkan ia diperdengarkan kepada rakyatnya. Apakah kelebihan karya ini sehingga ia menjadi pilihan utama Sultan Melaka pada masa itu?

Rabu, 14 Oktober 2009

Sastera Sejarah

Masihkah saudara mengingati beberapa artikel yang diutarakan oleh saya sebelum ini berkenaan dengan penggunaan teknologi dalam penulisan karya sejarah di nusantara. bagaimanapun disini, saya ingin menarik perhatian saudara dalam penkajian sastera klasik atau karya agung berdasarkan pendekatan pensejarahan moden atau pensejarahan baru yang dibincangkan oleh saudara jironakamura melalui blognya

Selasa, 6 Oktober 2009

Teknologi Melayu dalam Misa Melayu

Pada perbincangan yang lepas, saya ada menyentuh secara sepintas lalu mengenai unsur teknologi dalam karya Histografi Melayu terutama dalam Salalatus Salatin. Bagaimanapun penggalian yang dibuat hanyalah secara luaran sahaja memandangkan karya tersebut merupakan sebuah karya yang popular dan menjadi bahan kunyahan masyarakat. Dalam keenakan kita mengunyah dan memamah karya ini, saya merasa terpanggil untuk melihat sejauh manakah karya Misa Melayu mengangkat teknologi masyarakat Melayu . Hasil pembacaan tersebut dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti jadual di bawah ini. Bagaimanapun seperti biasa, saya tinggalkan sedikit ruang kepada pembaca untuk mengemukakan pandangan dan penggalian dengan lebih terperinci.

Jenis Karya
Misa Melayu

Jenis Teknologi
a. Alatan Perang
1. Apilan sejenis meriam
2. baur – keris atau pedang
3. istinggar – alatan senapang
4. lela – meriam kecil
5. milawati- rumak kecil tempat berkawal
6. pemuras

b. Pembinaan rumah
1. astaka – balai tidak berdinding
2. kambi
3. Sengkuap
4. simpai
5. sulur bayung – ukiran
c. Alat timbangan atau perniagaan
1. bahara
2. gadah
d. Menentukan cuaca dan masa
1. mengetahui atau tanda berlaku ribut atau hujan
2. julat

e. Hiburan dan permainan tradisional
1. bangsi
2. ceracap
3. jogar
4. cuki
5. kebak
6. mendora
7. nafiri
8. negara

f. Pelayaran
1. baluk- sejenis perahu muatan
2. gada-gada – bendera kecil menetukan arah angin
3. galang
4. ghurab – kapal atau perahu
5. keci
6. lanchang
7. payar – perahu peronda
8. temberang – peralatan atau tali
g. Pertanian /perikanan
1. mengisa – menanguk ikan

h. Membuat pakaian
1. geramsut – pakaian sutera
2. karap – alatan penenunan
3. kerawang
4. kimkha
5. masjur dewanga

Selasa, 15 September 2009

Membicarakan Teks Sulalatus Salatin Edisi A. Samad Ahmad

Apabila kita menelaah dan menikmati prosa klasik, seringkali kita penikmatan kita terhadap hasil karya terganggu kerana penggunaan gaya bahasa yang meleret, panjang dan terputus-putus menyebabkan kita merasa pening dan kebinggungan. Hasilnya kita merasakan teks tersebut yang selama ini diangkat oleh seseorang sebagai sebuah karya agung tidak lain hanyalah sebuah karya yang membosankan dan memualkan untuk dibaca. Apatah lagi pada masa sekarang ini, teks ini sudah dijadkan sebagai teks kajian waib bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran sastera di tingkatan Enam.

Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab. Permulaan bab dibincangkan dengan jurai keturunan raja Melaka sehingga pembentukan Melaka ataupun sesudah pembukaan Melaka. Kita boleh membahagikan perbincangan Sulalatus Salatin kepada 2 bahagian iaitu sebelum pembukaan kota Melaka [ mengandungi 4 bab] dan Selepas pembukaan kota Melaka [ mengandungi 11 bab ]

Analisis sebelum zaman Melaka bermula dengan peristiwa yang berlaku di benua keling , peristiwa di Palembang, Samudra pasai dan yang terakhir pada bab 4 peristiwa di Singapura. Manakala Dizaman sekepas pembukaan kota Melaka, kita boleh bahagikan kepada 11 bab iaitu mengenai peristiwa di zaman Sultan Iskandar Syah, Sultan Muhammmad Syah, Sultan Muzaffar Syah [ semuanya berlaku dalam bab 4], Sultan Masyur Syah [ bab 5-8], Sultan Alau’din Riayat Syat [bab 8-9], dan yang terakhir di zaman sultan Mahmud Syah [bab 9-19]

Manakala zaman selepas Melaka, bermula dengan kejatuhan Melaka setelah ditakluk oleh Peringgi, Sultan Melaka telah melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan usaha-usaha yang dilakukan oleh sultan yang terbabit untuk menawan kembali Melaka. Zaman sultan Mahmud Syah merupakan zaman kejatuhan Melaka , zaman sultan Ahmad syah dan zaman sultan Alaudin Riayat syah.

Diharap dengan adanya panduan ini, ia akan dapat membantu seseorang menikmati karya agung sebagai sebuah mauduk yang bernilai

Sabtu, 12 September 2009

TEORI SASTERA TEMPATAN DALAM MENGHARUNGI ARUS GLOBALISASI

Dipetik dari Anex dari http://situasihati.blogspot.com/


Mohamad Mokhtar Hassan &Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali

PengenalanGlobalisasi pada hakikatnya merujuk kepada satu keadaan di mana dunia iniseolah-olah berfungsi sebagai satu entiti. Proses globalisasi bermula apabila masyarakat Barat berjaya untuk menjelajah seluruh penjuru dunia ini dan menggabungkan kawasan-kawasan yang begitu jauh ke dalam satu rangkaian yang berinteraksi antara satu sama lain. Peningkatan teknologi membolehkan keadaan globalisasi sehinggakan dunia ini seolah-olah menjadi kecil dan tidak mempunyai sempadan. Peningkatan dalam tek-nologi pengangkutan dan perhubungan misalnya telah menghilangkan halangan akibat jarak yang jauh dan masa yang berbeza, dan mewujudkan keadaan dunia tanpa sempadan.Keadaan dunia tanpa sempadan kini membolehkan maklumat bergerak bebastanpa halangan. Pergerakan maklumat secara bebas membuat kumpulan manusiaterdedah kepada kebudayaan luar dan nilai-nilai yang baru dan berbeza. Pada waktusekarang ini, perkembangan teknologi tidak membolehkan kita meng-asingkandiri kita daripada masyarakat luar lagi. Kita terpaksa berhadapan denganpen dedahan kepada kebu-dayaan dan nilai-nilai yang berbeza tanpa sebarang halangan ataupun pengubahsuaian. Antara bahaya proses globalisasi adalah kelahiran sebuah kebudayaan sejagat di mana semua nilai manusia menjadi sama. Setiap kebudayaan sebenarnya mempunyai ke-lebihan tertentu dalam bidangbidang yang berbeza. Apabila sesuatu kebudayaan itu pupus, ilmu yang terkumpul oleh kebudayaan tersebut juga hilang buat selama-lamanya. Kelahiran satu kebudayaan sejagat dan kehilangan kebudayaan yang pelbagai akan menghilangkan sebahagian daripada ilmu yang terkumpul oleh manusia sebelum ini dan akan merugikan generasi akan datang (Ahmad Hakimi Khairuddin dan Faridah Che Husain dlm Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, 2006: 351 – 352).

Masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ataupun mana-mana negara laindi dunia ini akibat proses globalisasi adalah perkembangan kontemporari yangsecara langsung dan tidak langsung memasukkan nilai-nilai masyarakat barat kedalam sistem nilai masyarakat tempatan (Ibid.: 370). Menurut Md. Salleh Yaafar (2002: 126) dalam abad ke-20, wujud dan berkembang pelbagai kesusasteraan dengan latar belakang bangsa, bahasa, pemikiran, dan kebu dayaan yang berbeza-beza. Akan tetapi, yang dominan danmenduduki tempat yang sentral ialah kesusasteraan Barat yang umumnyamendukung semangat dan cita-cita modenisme. Hal ini disebabkan kesusasteraan bangsa-bangsa Barat buat ratusan tahun telah menjajah manusia dan budaya lain di luar lingkungkan dunia mereka. Justeru disebabkan penjajahan tersebut, kesusasteraan Baratlah yang disebar luas dan paling dikenali di dunia, sama ada dalam bahasa asli atau dalam terjemahan. Umumnya kesusasteraan Baratlah yang menentukan nilai dan kanun, serta mengemukakan karya agung untuk dijadikan contoh dan ikutan bagi perkembangan kesusasteraan lain yang umumnya dianggap mundur dan perlukan bimbingan. Ia yang bertanggungjawab bagi proses homogenisasi kesusasteraan untuk manusia di seluruh dunia atas nama kese-jagatan cita rasa kesenian. Pada masa yang sama, ia juga merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan merosot dan pupusnya sastera tradsisional bangsa-bangsa diluar dunia Barat.
KehadiranTeori-teoriBaratPengaruh Barat dalam kesusasteraan Melayu juga amat hebat terutamanya dalam pengenalan teori-teori moden Barat khususnya pada abad ke-20. Teori-teori Barat yang berbagai-bagai nama seperti teori Psikologi, Resepsi, Semiotik, Intertekstualiti, Feno-menologi, Dekonstruksi, Hermeneutik,Strukturalisme-Genetik,Feminisme, dan berbagai-bagai nama teori yang lain amat mendominasi kesusasteraan tanah air. Hinggakan teori-teori Barat diagung-agungkan malah adasarjana yang cukup fanatik dengan teori-teori Barat. Mereka mendewa-dewakan teori Barat. Para pengkaji mahu-pun para mahasiswa khususnya di peringkat pascasiswazah seboleh-boleh meneliti karya-karya sastera tempatan dengan mengaplikasikan teori sastera Barat. Demikianlah kesan daripada hegemoni Barat bukan sahaja terhadap kesusasteraan Melayu malah terhadap pemikiran peneliti, pengkaji dan para sarjana tanah air.

Sungguhpun tidak dinafikan keistimewaan-keistimewaan dan kekuatankekuatanyang ada pada teori-teori sastera Barat itu, namun dari sudut yang lain,terdapat beberapa kelemahan dan ketidaksesuaian beberapa teori sastera Barat untuk di-aplikasikan terhadap karya sastera Melayu. Sebagai misalannya teoriFeminisme yang dicirikan oleh aktiviti politik dalam menentang patriaki dan’sexism’. Dengan kata lain, teori ini berlandaskan kepada usaha kaum wanitamenuntut hak sama rata dengan kaum lelaki. Hal ini bercanggah dengan ajaran agama Islam yang dianuti majoriti masyarakat Melayu di Malaysia kerana pada hakikatnya tidak ada perbezaan di antara lelaki dengan wanita. Begitu juga teori Marxisme yang berlandaskan fahaman komunis yang tidak sesuai dengan amalandan fahaman masyarakat di Malaysia. Malahan Hashim Awang pula mendapati terdapatnya kekurangan tertentu dalam teori-teori barat seperti tidak lengkap, bersifat berat sebelah dan memberi perhatian kepada satu-satu aspek sahaja yang menyebabkan kajian tidak sempurna sepertimana teori-teori yang dikemukakan oleh M.H. Abrams, Karl Buhler, Charles Morris atau Roman Jakobson (Mana Sikana, 1997: 103).Muhammad Haji Salleh pula menyifatkan Foucault, di kalangan pemikir-pemikir Barat yang lain, sebagai ”terlalu Eropah, dan terlalu merujuk kepada contoh-contoh Eropah yang kita tidak kenali”. Malahan dengan kehadiran banyak teori dari Barat,Timur dan Afrika telah menuntutnya untuk berfikir bagi sastera Melayu(Muhammad Haji Salleh, 1989: 10).Mokhtar Hassan & Tengku Intan 26 Di samping itu, ada yang melihat oleh kerana Barat pernah menjajah Tanah Melayu, kemerdekaan akan sempurna bila masyarakat Melayu juga bebas daripadapenjajahan fikiran Barat. Oleh sebab keterikatan kepada teori Barat bermaknapenjajahan fikiran maka ada yang ingin mengembangkan teori sendiri (Umar Junus,1997: 7). Lanataran disebabkan kelemahan itu diikuti pula dengan usaha para sarjanatempatan untuk memartabatkan teori-teori sastera tempatan, telah melahirkan beberapa teori sastera tempatan.Dalam usaha membina teori sastera tempatan, menurut Zawiyah Yahya dalam bukunya yang bertajuk Resisting Colonialist Discourse (1994) bahawa adalah sebahagian daripada usaha ’resisting colonialist discourse’, iaitu sebahagian daripadaperjuangan melawan hegemoni Barat dari segi politik dan ekonomi, serta melawan hegemoni di bidang ilmu. Manakala Hashim Awang pula melihat bahawa hakikat keberadaan bangsaMelayu sebagai warga dunia, yang berdaya fikir dan daya cipta, bangsa besar,bertamadun dan berbudaya tinggi, yang memiliki sasteranya sendiri, yang mengerakkan para sarjana untuk memiliki teori ciptaannya sendiri yang khusus.Teori itu untuk memenuhi cita rasa budaya yang terserap dalam sastera Melayu(Ranofla Dianti Irwan, 2002: 9).

Kehadiran Teori-teori Sastera Tempatan Sejarah kemunculan teori sasetra tempatan dapat diselusuri sejak awal tahun 1960-an lagi. Lama sebelum idea pembinaan teori sasetra tempatan dikemukakan, ahli sejarah mula mengapungkan idea tersebut dalam disiplin mereka. Sejarawanmuda dari Universiti Malaya pada waktu itu, Khoo Kay Kim, mengemukakangagasan bahawa sejarah Tanah Melayu harus ditulis semula. Sejarah yang ditulispada waktu itu, yang dikatakan objektif, sebenarnya adalah sejarah kolonial, iaitu sejarah yang diadunkan daripada kaca mata penjajah untuk kepentingan penjajah (A. Rahman Yusof, 199: 10). Sekitar tahun 1970-an, timbul pula kesedaran bahawa di samping memilih teori asing yang sesuai dengan keadaan tempatan, para sarjana tempatan juga harus berusaha membina teori sendiri. Usaha pembinaan teori tempatan ini berterusan kedekad 1980-an hingga kini. Hal ini selari dengan kebangkitan Islam di seluruh dunia, lalu timbul desakan daripada kalangan pemikir Islam bahawa pengislaman bukan sahaja terhadap bank, insuran dan pajak gadai, malah ilmu pengetahuan juga wajib diislamkan. Teori sastera tempatan di Malaysia bermula apabila pada 30 Ogos 1989, Profesor Muhammad Haji Salleh membentangkan syarahan perdananya sempena jawatan Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tajuk ”Puitika Sastera Melayu: Suatu Pertimbangan” yang kemudiannya diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebang-saan Malaysia, Bangi pada tahun yang sama. Teorinya itu dikenali sebagai teori Puitika Sastera Melayu. Teorinya itu mengandungi lima konsep, iaitu konsep teks, genre, pengarang, khalayak dan keindahan. Konsep teks dibahagikan kepada dua, iaitu teks lisan/persembahan dan teks tulisan. Teks lisan/persembahan baginya lebih jelas ditemui dalam karya-karya foklor.Mana-kala teks tulisan jelas dalam karya-karya chireografik (naskah) dan bukuTeori Sastera Tempatan cetakan.

27. Dengan berbekalkan definisi teks yang dikemukakan oleh Roland Barthes, Muhammad menjelaskan konsep teks lisan dan teks tulisan. Teks lisan adalah suatu medan metodologi, bukan suatu buku yang konkrit, dan teks itu dialami hanya dalam suatu kegiatan atau suatu persembahan. Teks adalah suatu yang amat simbolik. Justeru itu, konsep teks lisan bagi Muhammad sebagai ”suatu yang lebih besar, yang lebih menyeluruh, yang bukan sahaja mencakupi permulaan, badan dan akhiran cerita, tetapi segalanya yang dipersembahkan dalam ritual-ritual yang mengiringi cerita itu, seperti ’makan pinang’, ’makan sirih’, berserta mentera yang dibacakan, seni suara, batil/ belanga, topeng-topeng pengkisahan dan juga gerak tunjuk dan isyarat. Ke dalam semua ini dijalankan kata-kata, suara, rentak dan sebagainya” (Muhammad Haji Salleh, 1989: 18). Manakala konsep teks sastera tulisan pula, Muhammad berpendapat bahawa ia” harus diambil dari daging cerita, mukadimah hikayat dan bait syair yang secara pengkisahan dan dan penjelasan” (ibid.: 19). Kesimpulannya, beliau berpandangan bahawa konsep teks adalah luwes (flexible), boleh dilenturkan pengarang, zaman dan keperluan semasa dan peribadi. Konsep genre pula, Muhammad melihat harus luwes dalam melihat genre-genre Melayu. Beliau memberi contoh dalam mentakrifkan istilah ’penlipur lara’ dan’ hikayat’. Ada yang memahami ’penglipur lara’ sebagai tukang cerita dan tugasnya, dan juga sebagai suatu jenis cerita atau kategori sastera, Justeru itu dalam mengkaji genre-genre Melayu maka beberapa hal perlu dipertimbangkan. Konsep pengarang pula bagi Muhammad, pengarang sastera lisan ialah” pawang, dalang, penghulu, penglipur lara dan bidan, yang juga menduduki tempat tinggi dalam masyarakat kecilnya” (ibid.: 28).. Manakala konsep khalayak pula dilihat pembaca memainkan peranan yang amat besar kerana bukan sahaja sekadar membaca teks tetapi juga memberi respons intelektual dan emosinya dalam mentafsirkan teks yang dibaca. Konsep keindahan pula, beliau memberikan nilai dasar konsep keindahan budaya prosa Melayu. Pertama, sebuah karya yang indah itu ”menceritakan tentang kehidupan sebenar, dan dengan itu mengajar dan membimbing pendengar atau pembacanya” (ibid.: 36). Kedua, karya yang asal yang dicipta oleh pengarang pertamanya dihubungkan dengan yang indah kerana dikatakan ”sebagai lebih bijaksana, lebih dekat kepada sumber kebenaran” (ibid.: 36-37). Sebagai rumusan dari idea awalnya itu, Muhammad cuba memperlihatkan pentakrifan ”kesusasteraan” dari sudut pandangan orang-orang Melayu yangdikatakan lebih menitikberatkan pengajaran dan bimbingan moral. Dalam konsep teks sastera orang-orang Melayu dikatakan mengalami suatu tegangan binari di mana di suatu sudut karya itu suci-mulia dicipta oleh leluhur yang membwa kebenaran sedangkan di pihak lain, pergerakan waktu, bahasa, gaya dan konteks menuntut perubahan dan penyesuaian. Manakala konsep pengarang haruslah dilonggarkan yang meliputi bukan sahaja penulis asli, tetapi juga seorang dalang, penglipur lara, bomoh, bidan dan juga penyalin. Manakala khalayak dilihat sebagai penyumbang kepada penciptaan dan makna sesebuah karya kerana mempengaruhi penyusunan dan panjang-pendek bahagian-bahagian cerita, suasana hati pengarang dan mutu teks. Akhirnya konsep estetika sastera Melayu, sifat-sifat didaktik, kepadatan, kemerduan irama, bahasa dan persembahan, kesesuaian dan kesederhanaan dipentingkan.Mokhtar Hassan & Tengku Intan

Idea awal Muhammad Haji Salleh itu kemudiannya dikembangkan dan akhirnya diterbitkan dalam bentuk buku yang bertajuk Puitika Sastera Melayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000). Buku yang setebal 369 halaman itu merupakan penerangan yang mendalam terhadap teori tersebut.Teori Teksdealime pula merupakan sebuah teori yang diperkenalkan oleh Dr.Mana Sikana, mantan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Gagasanideanya itu dilontarkan oleh Mana Sikana pada tahun 1993 hingga 1995, apabilaideanya itu disiarkan dalam akhbar mingguan di Mingguan Malaysia. Daripadasejumlah artikel yang tersiar itu sebahagian besarnya berhubung dengan teori dan pendekatan kritikan. Setelah beberapa kertas kerja yang telah dibentangkannya, akhirnya pada 1995, beliau menulis sebuah artikel yang bertajuk ”Teori Sastera Teksdealisme” yang diterbitkan dalam Jurnal Rumpun terbitan Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.Teksdealisme merupakan cantuman dari dua kata iaitu ”teks” dan ”idealisme” , iaitu berhubung dengan keunggulan sesebuah teks. Gagasan awal teori ini bergerak dari sebuah premis bahawa sesiapa yang ingin menghasilkan sesebuah karya, sudah tentu dalam fikirannya tertanam keazaman untuk menghasilakan yang terbaik. Begitu juga dengan pengarang, sudah menjadi cita-cita seorang pengarang, untuk menciptakan sebuah sasatera yang unggul dan agung. Untuk menghasilkan sebuah teks yang unggul, seseorang pengarang itu harus ada sifat-sifat berani dan bijaksana. Teori ini mengandungi empat prinsip, iaitu prinsip kehadiran, prinsip perlanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip keindividualisme. Sesebuah teks itu terbina hasil daripada kehadiran-kehadiran pelbagai unsur. Bermula daripada idea, pengalaman, pembentukan teks, penulisan dan penilaian kerja kepengarangan dan pengkhalayakan, semuanya bergerak atas landasan kehadiran. Penghasilan sesebuah teks yang ideal bermula daripada idea dan pengalaman. Idea dalah lintasan-lintasan pemikiran yang bergema dalam kesedaran pengarang yang mengembang, mematang dan akhirnya dijelmakan dalam bentuk teks kreatif. Pengalaman pula ialah sumber yang mencetuskan idea tersebut. Pengalaman berkumpul di rumah pemikiran pengarang yang hadir daripada pelbagai sumber dan rujukan.Dalam prinsip perlanggaran pula merupakan suatu proses penciptaan dinamikuntuk mencari pembaharuan dalam berkarya. Seseorang pengarang yang sedarkonsep kepengarangannya akan cuba memperbaharui setiap teks yangdihasilkannya. Prinsip pengukuhan pula merupakan usaha pendewasaan pengarang untuk penghasilan teks yang unggul dan terunggul. Pengarang akan berikhtiar dengan segala kemampuan yang dimilikinya untuk memperbaiki teks yang dihasilkannya. Tegasnya, pengukuhan adalah usaha pematangan, pengejapan dan penyempurnaan dalam bekarya. Prinsip yang terakhir pula merupakan prinsip keperibadian atau individualisme yang merupakan kemuncak kepada prinsip kehadiran, perlanggaran dan pengukuhan. Setiap pengarang seharusnya berusaha menemui atau mencari peribadi masing-masing dalam berkarya. Hasil gigih Mana Sikana itu, kemudiannya belaiu menghasilkan sebuah buku yang khusus tentang teori itu yang diberikan tajuk Teori Sastera Teksdealisme (Singapura: Penerbit Pustaka Karya, 2006). Buku itu merupakan perbincangan yang agak mendalam tentang teori yang diperkenalkannya itu.Sebuah lagi teori tempatan yang tidak kurang hebatnya ialah teori Pengkaedahan Melayu. Teori ini telah diperkenalkan oleh Profesor Dr. Hashim Awang, mantan Teori Sastera Tempatan
Pensyarah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Menurut HashimAwang (2002: 1), teori ini termasuk ke dalam golongan teori yang dikenali sebagai grounded theory atau ”teori beralas/ berlandas” yang terbentuk dari hasil penyelidikan bersifat kualitatif, iaitu di dalamnya terbangun rumusan atau formula yang berupa prinsip-prinsip umum tentang karya atau teks sastera dan amalanamalan yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu. Teori ini dilahirkan dengan bertunjangkan kepada dua dasar pengkaedahanutama, iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Denganberpandukan kepada tanggapan terhadap alam melalui perspektif budaya bangsa Melayu dan juga agamanya sendiri, maka pembentukan Pengkaedahan Alamiah dapat diwujudkan dalam tiga rangkaian pendekatan, iaitu Pendekatam Gunaan, Pendekatan Moral dan pendekatan Firasat. Pendekatan Gunaan melihat karya sastera sebagai suatu objek atau bendaciptaan dalam alam yang juga merupakan suatu kejadian yang mempunyai sebab, hikmat, fungsi, tujuan, ukuran dan imbangan. Malah karya sastera yang dicipta oleh pengarang dengan keizinan Allah, paling utama diteliti dari sudut kegunaan atau kemanfaatan penghasilannya yang dapat diberikan kepada pembaca atau masyarakat, baik dilihat pada tahap ekstrinsik mahupun intrinsik. Dengan kata lain, karya sastera dapat ditanggapi sebagai alat yang boleh memberi guna kepada manusia dan kehidupannya pada kedua-dua peringkat zahir dan batin. Pendekatan Moral pula dikaitkan dengan karya sastera sebagai suatu penciptaan seni yang menyingkapkan dan menyumbangkan pengalaman serta pengetahuan. Pengalaman yang tersingkap adalah pengalaman pengarang yang dirakamkan atau dipaparkan dalam karya sastera, yang terdiri daripada pemerian mengenai pelbagairagam atau jenis dan perlakuan serta perbuatan manusia yang dapat pula memperkayakan pengalaman dan juga menjadi cermin perbandingan atau pengibaratan kepada pembaca. Tegasnya, dari karya sastera, pembaca bukan sahaja dapat menimba dan memperkayakan pengalaman serta pengetahuan, tetapi juga mengambil contoh tauladan atau kias ibarat untuk memperbaiki serta mempertingkatkan kehidupan. Pendekatan Firasat ialah pendekatan yang ditunjangi oleh tanggapan bahawa karya sastera merupakan suatu kejadian alam yang merakamkan dan memanifestasikan pengalaman hidup yang penuh dengan daya kemisterian dan keimaginatifan dan dianggap oleh masyarakat Melayu sebagai bermakna kepada kehidupan. Ia perlu diberi perhatian untuk menemukan makna atau pengertiannya, seperti mentafsir makna mimpi (ta’bir), iaitu proses menemukan makna menerusi tafsiran lambang atau alamat tertentu yang wujud di dalamnya. Sastera adalah kejadian alam yang mempunyai makna atau pengertian yang penemuannya itu hanya dapat dilakukan menerusi proses ta’bir atau tafsiran. Pengkaedahan Keagamaan, iaitu suatu pendekatan yang berdasarkan kepada keimanan yang bersendikan aqidah agama Islam. Pengkaedahan ini wujud berdasarkan kepada agama Islam sebagai agama anutan masyarakat Melayu. Rujukan paling utama adalah Al-Quran dan Hadith. Dari pengkaedahan ini maka wujudnya tiga pendekatan, iaitu Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni.Dalam Pendekatan Dakwah, melihat karya sastera sebagai suatu wadah atausarana untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah.

Sastera ditanggapi sebagai mengandungi persoalan-persoalan yang memaparkan pengisahan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah sehingga ia dapat dijadikan semacam ’kitab’ yang darinya pembaca dapat mengenali dan menghayati dengan lebih dekat dan khusyuk tentang diri dan sifat Allah yang demikian bertujuan menambahkan dan mempertingkatkan rasa kecintaan dan kehormatan manusia yang lebih besar dan suci terhadap-Nya.Pendekatan Kemasyarakatan pula melihat karya sastera sebagai wadah tempatpendedahan segala macam persoalan yang berakarkan kepada tujuan-tujuanmemberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada masyarakat seperti yang dituntut oleh Islam. Sebagai suatu hasil seni yang mengutamakan keintelektualan dan keindahan, karya sastera dalam konteks ini bersesuaian untuk mendedahkan dengan berani, jelas dan benar permasalahan-permasalahan tentang kemungkaran, ketidakadilan, kepura-puraan, kerasuahan, penipuan dan penindasan, iaitu permasalahan-permasalahan yang dianggap sebagai punca kepada berlakunya kepincangan masyarakat dan keruntuhan iman umat Islam. Pendekatan Seni pula pendekatan yang memberi penumpuan kepada aspekaspek keindahan dalam karya sastera, iaitu keindahan yang membataskan dirinya kepada nilai-nilai etika yang tunduk kepada akidah dan ajaran suci Islam. Dilihat dalam ajaran dan amalannya, Islam memang mengutamakan kebenaran dan keindahan. Penghasilan karya sastera juga merupakan suatu amalan yang turut dituntut supaya membentuknya dalam acuan yang ada keteraturan dan keindahan, terutamanya keindahan yang memiliki nilai-nilai makna dan hikmah seperti yang terdapat pada keindahan alam semesta dari ciptaan Allah. Secara ringkasnya, teori Pengkadehan Melayu dapat dirajahkan sepertimana di bawah ini: Sebuah lagi teori ialah Teori Konseptual Kata Kunci yang diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Hassan. Falsafah teori ini ialah seseorang pengarang itu dapat dikatakan mempunyai konsepsinya yang tersendiri terhadap sesuatu isu, hal, perkara atau objek dan sebaianya. Hal yang sama juga bagi individu yang lain. Konsepsi seseorang pengarang itu bukan sahaja dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan, pekerjaan, mayarakat, kepercayaan, ideologi, pertubuhan yangdiperjuangkan oleh pengarang itu dan sebagainya tetapi juga berkemungkinanberubah dengan berlakunya peredaraan umur, masa dan zaman. Konsepsi dalam bahasa Inggeris ”conception’ bermaksud ”notion” atau ”idea” (Kamus Inggeris-Melayu Dewan, 1992: 284). Dalam melihat konsepsi seseorang pengarang itu, dapat diteliti daripada kata-kata yang digunakan dalam karya. Kata-kata yang ditemui dalam karya atau beberapa karya pengarang itu dinamakan sebagai kata kunci.Teori ini mengandungi tiga prinsip,1 iaitu:i.Kepengaruhanii.Pemilihankataiii.Kesan

Prinsip pertama, iaitu kepengaruhan dihubungkan dengan pengarang ataupengkarya. Berbagai-bagai faktor yang mempengaruhi konsepsi seseorangpengarang atau pengkarya terhadap sesuatu isu, hal, perkara, objek atau sebagainya.Antaranya faktor latar belakang pengarang seperti pendidikan, pekerjaan, keluarga,masyarakat, budaya, kepercayaan, ideologi, politik, pertubuhan yang diperjuangkandan sebagainya. Faktor umur, masa dan peredaran zaman juga sedikit sebanyakmemainkan peranan dalam menentukan konsepsi seseorang pengarang itu. Faktorfaktorini turut menen-tukan penerusan atau perubahan konsepsi seseorang pengarang atau pengkarya itu.Justeru itu dalam memahami konsepsi seseorang pengarang itu denganmendalam, seseorang peneliti atau pengkaji yang ingin menerapkan teori ini harus mengenali latar belakang pengarang dan lain-lain faktor yang berkaitan yang mempengaruhi diri pengarang. Sebagai misalannya untuk mengenali konsep kemiskinan Usman Awang yang dikemukakan dalam karya-karya cerpennya, seorang peneliti harus mengenali latar belakang dan latar belakang keluarganya. Begitu juga untuk mengenali konsep perjuangan Keris Mas yang dikemukakan dalam cerpennya, seorang pengkaji harus mengenali latar belakang Keris Mas dan penglibatannya dengan beberapa pertubuhan yang diceburinya. Dengan mengenali latar belakang dan sebagainya, seoang peneliti atau pengkaji dapat memahami konsepsi pengarang dengan lebih jelas.Prinsip kedua, iaitu pemilihan kata, dihubungkan dengan karya sastera. Dalamprinsip ini pengarang atau pengkarya akan menggunakan kata-kata yang beradadalam lingkungan dirinya untuk menyatakan konsepsinya terhadap sesuatu isu, hal, perkara, objek dan sebagainya. Kata-kata bagi sesuatu konsep itu akan sentiasa melingkari minda seseorang pengarang atau pengkarya. Kata-kata bagi sesuatu konsep itu akan dapat ditemui dalam karya-karya yang dihasilkan oleh pengarang atau pengkarya. Sebagai analoginya, seorang kanak-kanak apabila ditanya tentang hari raya maka terlintas dalam mindanya ”duit”, “baju” dan “kasut” dan sebagainya. Kata-kata ini merupakan kata kunci yang melingkari konsep Hari Raya bagi seorang kanak-kanak.

Berlainan pula bagi orang dewasa, kata-kata yang melingkari mindanya apabila memperkatakan konsep Hari Raya ialah ”silaturahim”, ”bermaafmaafan” dan ”kunjung-mengunjungi”. Prinsip ketiga, iaitu kesan dihubungkan dengan pembaca. Konsepsi seseorang pengarang atau pengkarya terhadap sesuatu isu, hal, perkara, objek dan sebagainya dapat diperolehi oleh khalayak pembaca dengan meneliti karya atau karya-karya yang dibaca dengan meneliti kata-kata kunci yang digunakan oleh pengarang. Kejayaan menemui konsepsi seseorang pengarang atau pengkarya itu akan terhasil apabila konsepsi yang dikemukakan oleh khalayak pembaca itu menyamai konsepsi yang dikemukakan oleh pengarang atau pengkarya. Dalam hal ini, untuk mendapatkan konsepsi seseorang pengarang dengan lebih objektif, seseorang peneliti atau pengkaji itu harus memahami hal-hal yang berhubung dengan ekstrinsik pengarang dengan lebih mendalam. Di samping beberapa teori yang telah dibincangkan di atas tadi, terdapatbeberapa teori lain yang telah diperkenalkan oleh para sarjana dan pengkaji sastera tempatan. Antaranya ialah teori Takmilah dan teori Persuratan Baru. Kedua-dua teori ini juga mendapat sambutan dan pengaruhnya daripada peneliti dan pengkaji sastera tempatan. Kesimpulan Dalam menghadapi arus globalisasi dan hegemoni Barat, maka para sarjana Melayu di Malaysia sudah melihatkan akan kesannnya tehadap kesusasteraan Melayu serta teori sastera Barat terhadap kesusasteraan Melayu. Menyedari hakikat itu, maka diusahakan beberpa teori sastera tempaatn yang didapati lebih sesuai untuk diaplikasikan terhadap karya-karya sastera Melayu. Jelasnya, kini teori-teori tempatan sudah mula dikenali malah telah mendapat sambutan dan pengaruhnya. Sambutan dan pengaruh yang paling jelas ialah dengan terdapat beberapa calon pascasiswazah yang telah berjaya menghasilkan tesis PhD mereka dengan mengaplikasikan teori sastera tempatan. Kejayaan mereka menghasilkan tesis PhD dengan mengaplikasikan teori sastera tempatan memperlihatkan bahawa teori sastera tempatan tidak kurang hebatnya dengan teori sastera Barat. Namun hal yang tidak dikesampingkan ialah agar kesusasteraan Melayu khususnya teori tempatan tidak akan terhapus dengan hadirnya arus globalisasi dan hegemoni Barat.

Rujukan
A. Rahman Yusof, ”Adakah Kita Memerlukan Teori Sastera Tempatan?”, DewanSastera, November 1999.

Ahmad Hakimi Khairuddin dan Faridah Che Husain dlm Tamadun Islam danTamadun Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006.

Mana Sikana (peny.), Teori Sastera dan Budaya dalam Kajian Akademik, Bangi: Jabatan Persuaratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997.

Mohamad Mokhtar Hassan, Teori Konseptual Kata Kunci,Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2005.

Khamis, 10 September 2009

Penggunaan Teknologi dalam karya Sejarah

Dalam keseronokkan kita membaca dan menikmati karya agung peninggalan penulis yang terdahulu, kita sering mengabaikan atau mengenepikan teknologi dalam menganalisis karya tersebut. Karya Agung seperti Sulaltus Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja Pasai dan sebagainya banyak mengandungi elemen teknologi dalam penceritaan. Kita seringkali tidak mengambil perhatian yang serius terhadapnya. Penggunaan ini banyak dipancarkan sebagai satu asas atau penandaan worlview masyarakat di masa itu. Dalam Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu contohnya, sudah terdapat penggunaan teknologi dalam teks tersebut sebagaimana di gambarkan bagaimana asal usul keturunan raja melayu itu turun ke bukit siguntang, Raja suran turun ke laut, peristiwa wan epuk dan wan malini, pembinaan rumah yang tidak bertiang terus, pembuatan keris, perniagaan, perperangan dan sebagainya telah mencapai satu tahap kegemilangan peradaban pada masa itu. bagaimana pada masa itu mereka menggunakan satu tknologi yang tertentu dalam menentukan masa dan tahap kedudukan seseorang dalam organisasi sosial. semua ini dilakukan dengan menggunakan kaedah teknologi pembinaan yang berupaya menyusun atur kedudukan setiap orang yang bergelar dengan kaedah yang begitu sistematik sekali. Adalah amat elok sekali jika unsur ini tidak dikesampingkan disaat kita menikmati karya ini.

Selasa, 1 September 2009

Keris Mas - Sasterawan 1 Malaysia?

ketika saya sibuk mengemas buku- buku lama, dengan tak semena-mena saya terjuma sebuah buku lama terbitan Dewan Bahasa dan pustaka pada tahun 1995 yang memuatkan Koleksi terpilih hasil penulisan Keris Mas dan diselenggarakan oleh A. Rahim Abdullah. saya membelek buku tersebut helaian demi helain dengan penuh minat. Apakah karya yang termuat dalam antologi tersebut benar-benar bermutu atau boleh diangkat sebagai sebuah karya yang malar segar. Hasil penelaah, boleh disimpulkan bahawa Keris mas merupakan seorang Penulis yang malar segar, isu yang diutarakan sentiasa bersesuaian dengan situasi semasa. Antara karya yang terdapat dalam antologiini tediri dari cerpen, fragmen novel dan esei-esi terpilih beliau. Kebanyakkan penulisan beliau berkaiatan dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan, permasalahan masyarakat semasa, hubungan antara masyarakat yang berbilang kaum dan sebagainya. Oleh itu, keris Mas wajar di angkat sebagai seorang Sasterawan yang mematuhi standard sasterawan 1Malaysia masa kini. Adakah anda bersetuju dengan pendapat saya? Bagaimana dengan pandangan anda berdasarkan penulisan puisi yang dihasilkan olehnya, cerpen atau novel-novel sebelumnya?

Selasa, 18 Ogos 2009

Panduan Menganalisa Aspek Cereka Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Pendahuluan.
Pengkaji cuba mengupas sejauh mana Penulis iatu Maimunah Hj. Omar dalam membicarakan membicarakan beberapa panduan dalam menganalisis sebuah cereka. Penulis telah membahagikan perbincangan kepada tiga bab. Bab 1, membicarakan tentang panduan umum dalam menganalisa sesebuah novel cereka berdasarkan tema , plot , watak dan perwatakan , sudut pandangan , latar , gaya bahasa , nada dan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah novel.
Bab 2, Pembicaraan dikhususkan terhadap penganalisaan kesemua aspek cereka novel berdasarkan aspek yang dibincangkan di Bab 1 dengan menumpukan analisa terhadap novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Manakala Bab 3 pula mengisahkan pengkajian dan penelitian beberapa persoalan yang terdapat dalam cereka Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Sinopsis
Bab 1 membicarakan tentang beberapa aspek penganalisaan cereka berdasarkan tema dan ciri- cirinya , pendedahan tentang plot atau jalan cerita sebuah karya yang berfungsi menggerakan jalan cerita dari satu tahap ke tahap berdasarkan aksi watak. Watak pula adalah mengisahkan tentang aksi pelaku yang mengerakan plot dalam mengembangkan tema yang mahu disampaikan oleh penulis. Pengunaan bahasa dan gaya bahasa adalah merupakan satu cara pengarang menyampaikan karya kreatif dan berunsur dramatik dengan gaya bahasa tersendiri. Perbincangan mengenai latar dalam sesebuah karya merujuk perihal tempat dan masa yang terdapat dalam cereka dan membantu pembaca memahami cerita , peristiwa terjadi dan dimana berlaku.Bagi memastikan apa yang disajikan kepada khalayak dapat dirasai , pemilihan kata yang bersesuaian yang mengambarkan sikap dan perasaan pengarang melalui penggunaan bahasa. Aspek penganalisaan terakhir berdasarkan aspek pemikiran yang merujuk keseluruhan makna tersirat yang ingin disampaikan oleh pengarang .

Pada Bab 2 pengarang membicarakan tentang penganalisaan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur berdasarkan ciri – ciri yang dibincangkan sebelum ini iaitu;
a. Sinopsis
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur mengisahkan tentang liku – liku kehidupan Encik Muhammad dalam menjalankan perniagaannya. En.Muhammad merupakan salah seorang dari pengarah sebuah firma perdagangan yang terkenal di Kuala Lumpur dan berkongsi dengan En. Tan serta Tan Sri Syed Aris. Encik Muhammad seorang yang bercita- cita besar dan telah membuka sebuah Ladang Orkid yang diuruskan oleh isterinya Cik Tipah dan merancang untuk membuka sebuah kawasan perlombongan di Lembah Tualang. Antara kampung terlibat ialah kampungnya sendiri iaitu Kampung Pulai.

Encik Muhammad menghadapi masalah dan rintangan dalam memajukan Lembah Tualang sebagai kawasan perlombongan. Beliau terpaksa membeli tanah orang kampung dan memindahkan mereka ke kawasan tanah rancangan felda. Pada masa yang sama masyarakat memandang serong terhadapnya setelah tersebar khabar angin mengatakan rancangannya memajukan Jeram Medang sebagai pusat maksiat.

Rahim, anak Encik Muhammad yang belajar di luar negara turut menentang cadangan bapanya dan menganggap sebagai seorang pemeras , tamak dan zalim. Bagi mendapatkan sokongan anaknya , En. Muhamamad cuba merapatkan Mahani anak Tan Sri Syed Aris dan akhirnya mereka berkahwin. En. Muhammad Yusof, Wakil rakyat Lembah Tualang telah membantu Encik Muhammad menyelesaikan masalah penempatan penduduk Kampung Pulau ke Tanah Rancangan Felda.

Masalah Encik Muhamad masih belum selesai apabila rancangannya turut diganggu oleh Lebai Maarup salah seorang penduduk di Kampung Pulai. Lebai Maarup merupakan seorang anak muda yang mempunyai tanah di situ dan tidak mahu menjualkan tanahnya, sebaliknya ingin mewakafkanya. Rahim anaknya berjaya memujuk ayahnya supaya bersetuju dengan cadangan Lebai Maarup dan sebagai pertukaran, Rahim bersetuju menjadi pengurus syarikat perlombongan bapanya.

Tema yang cuba dibangkitkan dalam novel ini berkaitan dengan kebangkitan bangsa Melayu di dalam bidang perniagaan . Pada masa yang sama wujud kebangkitan pergerakan dakwah Islamiah dikalangan generasi muda dari dalam dan luar negeri.

Plot novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur mempunyai lebih dari satu cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang. Ceritanya mengenai cadangan En. Muhammad mengembangkan perniagaannya. Cerita kedua berkaitan perkembangan dan penerapan nilai – nilai islam yang dibawa Lebai Maarup , Imam Sahak dan lain- lain. Kepelbagaian plot yang digunakan pengarang menyebabkan ia tidak kronologi dan berlapis – lapis dan bercampur aduk dengan peristiwa lain . Struktur plot dalam novel ini bersifat moden yang terdiri dari lima tahap iaitu eksposisi , aksi menaik , klimaks , aksi menurun dan penyelesaian. Bagi memastikan cerita lebih menarik, Keris Mas telah memaparkan unsur konflik dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Konflik yang wujud dalam novel ini iaitu;
Konflik dalam diri watak yang diwakili oleh En. Muhammad dengan penduduk Kampung Pulai dan Konflik di antara Mahani dengan Rahim.
Konflik antara manusia dengan manusia contohnya Sudin dengan Mat Akil , Encik Muhammmad dengan Tauke Chan , Lebai Maarup dengan Mat Akil dan bebarapa watak lain.
Konflik antara manusia dengan Tuhan contohnya Ketaatan Encik Muhammad pada ajaran islam tetapi tidak mahu menerima cadangan Lebai Maarup mewakafkan tanahnya ke jalan Allah.

Berdasarkan analisa ke atas novel saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, pengarang telah berjaya mengambarkan watak Encik Muhammmad sebagai seorang yang berani , berpandangan jauh , berpendidikan tinggi dan berjaya dalam hidup. Watak Encik Muhammmad ini cuba digambarkan oleh Kris Mas mewakili satu golongan ahli perniagaan yang berjaya dilahirkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Selain dari watak Encik Muhammad ia turut memaparkan watak lain seperti Jahid , Mahani , Rahim ,Lebai Maarup , Imam Sahak dan lain – lain.

Penggunaan bahasa dari aspek pengkajian terhadap novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur menggunakan sesuatu perkatan dengan lengkap, tepat, lancar dan berkesan. Penggunaan dan pemilihan perkataan yang sesuai berjaya mengambarkan watak yang terlibat.Penggunaan perkataan Inggeris seperti ‘ air con’,‘ supermarket’ dan sebagainya berjaya mengambarkan kehidupan masyarakat kota.

Latar yang digunakan dalam novel berjaya mengambarkan keadaan sebenar sesuatu tempat seperti Pekan Tualang , Kedai Bunga Flora , Jeram Medang , Rumah Besar Tepi Bukit dan sebagainya. Latar masa yang digunakan dalam novel ini berlatarbelakangkan tahun – tahun 70an dan 80an berdasarkan graduan yang senang mendapat kerja sebelum tamat pengajian. Kepelbagaian latar yang digunakan oleh Keris Mas menjadikan perkembangan cerita lebih menarik , tidak statik , mengambarkan sosial masyarakat pada masa itu disamping pembaca berupaya menyelami peristiwa yang berlaku seolah – olah dialami sendiri .

Keris Mas menggunakan pelbagai sudut pandangan dalam mengembangkan dan mengambarkan perwatakan dalam sesebuah karya. Penggunaan sudut pandangan orang ketiga, sudut pandangan serba tahu, sudut pandangan objektif, sudut pandangan neutral dan sudut pandangan terhad. Umpamanya Keris Mas menggunakan sudut pandangan orang pertama bagi tujuan pengkisahan manakala pada bahagian – bahagian tertentu menggunakan sudut pandangan yang lain bagi menimbulan kesan – kesan tertentu.

Pada bab ke tiga pengarang lebih menumpukan kepada pengkajian beberapa persoalan yang dikemukakan dalam sesebuah cereka. Contohnya persoalan yang berkaitan dengan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur seperti asas keagaman , adat resam , kemajuan , kekayaan dan sebagainya.

Kelebihan dan Kekurangan
Berdasarkan buku yang ditulis oleh Maimunah Haji Omar , ia akan dapat membantu seseorang dalam menganalisa sebuah cereka berdasarkan ,
1. Tema dan persoalan yang yang ingin diutarakan dalam sesebuah cereka.
2. Mengenalpasti penggunaan plot yang yang terdapat dalam sesebuah karya.
3. Dapat mengenalpasti latar masa , tempat , masyarakat , budaya dan lain – lain.
4. Penggunaan gaya bahasa dan pemilihan bahasa yang digunakan oleh pengarang samada bahasa asing, pemilihan perkataan yang sesuai , penggunaan ayat yang tepat berdasarkan frasa ayat , semantik dan penggunaaan unsur – unsur bahasa . Penggunaan unsur bahasa ini akan dapat menimbulkan kesan emosi ke atas pembaca.
5. Pengambaran watak dan perwatakan .
6. Pemikiran yang ingin diutarakan .


Faedah kepada pengkaji.
1. Dapat memahami dasar- dasar kerajaan dalam membangunkan ekonomi orang Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru yang diwakili oleh watak Encik Muhammad. ( Noor Azam , 1975 )
2. Melalui buku ini ia akan dapat membantu pengkaji memahami aspek – aspek utama dalam menganalisa sesebuah cereka.
3. Membantu pengkaji mengenalpasti mutu sesebuah cereka berdasarkan ciri – ciri yang harus ada pada sesebuah cereka.
4. Memudahkan pengkaji membuat analisa mengenai teks yang berkaitan cereka dan genre lain .
5. Pendedahan kepada pengkaji aspek cereka jika digunakan dengan baik akan melahirkan sebuah karya yang bermutu .

Penutup.
Pengarang telah mendedahkan beberapa aspek dalam menilai sesebuah cereka.Bagi menghayati sebuah karya kesusasteraan, pengetahuan tentang kaedah dan penulisan sebuah karya adalah amat berguna kepada pembaca. Pengetahuan tentang teori dapat membantu pembaca memahami isi tersurat dan tersirat. Pembicaran setiap komponen yang berhubungkait antara satu dengan yang lain telah membantu pengkaji dalam memahami garis panduan penilaian sebuah karya cereka.

Bibliografi.
Noor Azam , Persfektif , DBP , Kuala Lumpur ,1975
Keris Mas , Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur , 2003.
Sahnon Ahmad ,Konsep wira melayu moden dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Di dalam Siti Aishah Murad ( selenggaraan) ,Konsep Wira Dalam Sastera Melayu,Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur , 1993
Sohaimi Abdul Aziz , Novel dalam kritikan ,Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang, 2004.

Selasa, 11 Ogos 2009

Pemikiran Ketatanegaraan dalam Teks Nasihat al-Muluk

1.0 Pendahuluan.

Sastera adab atau kenegaraan adalah merupakan petunjuk kepada golongan raja – raja dalam mentadbir negara yang diterangkan secara naratif tentang panduan mentadbir negara berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu khasnya raja-raja dari zaman Timur Tengah (Harun Mat Piah, 2006 : 549). Sebelum kedatangan Islam, penduduk di Nusantara telah terdedah dengan kitab ketatanegaraan dari pengaruh agama Hindu seperti Pacantara dan masyarakat Jawa iaitu Paraton. Setelah kedatangan Islam ke Nusantara, kitab ketatanegaraan Islam telah mempengaruhi pentadbiran raja-raja seperti Taj a-Salatin, Bustan al-Salatin dan sebagainya.

Penulisan karya Nasihat al-Muluk ( Nasīhatul Mulūk ) oleh Imam al- Ghazali (1058-1111) kemungkinan besar dikarang untuk Sultan Ahmad Sanjar ibn Malekshah, pemerintah Dinasti Saljuq pada tahun 1099 seperti dicatat oleh Jalāluddīn Humāyī. Karya Nasihat al-Muluk mengandungi kisah-kisah raja zaman pre-Islam di Parsi terutama Anoshervān dan selepas Islam. Nasihatul Muluk telah disalin semula ke bahasa Arab dengan menggunakan tajuk al-Tibr al-masbuk fi nasihat al-muluk.

Secara umumnya karangan ketatanegaraan hampir menyamai karya “Mirror of Princes”. Dalam kalangan masyarakat Melayu kewujudan karya ketatanegaraan merupakan petanda kewujudan pengaruh kesusasteraan Islam dalam memberikan panduan kepada raja-raja yang memerintah dan hubungan antara raja dan rakyat khususnya amalan keadilan. Teks Nasihat al-Muluk telah dikarang bertujuan menegur sultan yang zalim supaya bersikap adil dan saksama dalam pentadbiran negara dengan diolah melalui cerita-cerita yang lain seperti kisah nabi-nabi, Khalifah al-Rasyidin dan cerita-cerita agama dicelah-celah cerita lain. Kearifan dalam teks ketatanegaraan ialah raja/sultan yang adil, saksama dan bertanggungjawab itu adalah tonggak pemerintahan yang aman dan sejahtera. Di sini, karya ketatanegaraan khusus itu diperlukan untuk menegur kelemahan raja, termasuk tertunduk kepada nafsu dan kegelojohan, lebih-lebih lagi mengetepikan nasihat dan pesan raja sebelumnya, walaupun kisah kejatuhan kerajaan yang dikaitkan dengan kezalimannya itu adalah kiasan dalam memberikan nasihat kepada raja. Dengan kata lain, pengarang masa dahulu merasa diri mereka bertanggungjawab untuk menegur raja supaya insaf dan membaiki kelemahan dirinya, selain dikehendaki mengarang karya yang indah untuk halwa telinga, Ini bermakna karya sentiasa bersifat diaktif, sebagai pedoman dan cermin untuk khalayaknya supaya berbuat baik bagi mengekalkan keharmonian masyarakat.

Siti Hawa Salleh (2006 : 42) menyatakan konsep kenegaraan atau kerajaan yang dibentuk adalah berkaitan dengan peribadi orang yang dilantik menjadi raja atau sultan sendiri. Raja diberikan perlukisan sifat dan tokoh yang menarik, saksama, bertanggungjawab, adil, tidak menganiayai rakyatnya dan namanya harum dikenali orang. Sifat-sifat yang baik seorang raja akan melahirkan sebuah kerajaan dan menarik rakyat dari kawasan lain untuk berteduh di bawah naungannya.

Perbincangan Nasihat al-Muluk.
Antara pemikiran yang terdapat dalam Nasihat al-Muluk dapatlah dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya ;

2.0 Keadilan raja
Keadilan yang terkandung dalam Nasihat al-Muluk yang dikarang Imam al-Ghazali merupakan salah satu intipati utama. Menurut Imam al-Gahazali, keadilan seseorang raja merupakan kewajipan seorang pemerintah dan dituntut oleh Allah dan diberikan pahala di akhirat kelak. Berdasarkan sebuah hadis,

Dan sabda nabi alaihissalam, “Terlebih dikasih orang itu pada Allah taala dan terlebih hampir mereka itu segala raja-raja yang adil, dan terlebih dibenci akan mereka itu pada Allah taala dan terlebih jauh mereka itu dengan segala raja-raja yang aniaya.”
( Jelani Harun ( peny ) 2006 : 118 )

Menurut al-Ghazali, raja yang dilantik haruslah mempunyai sepuluh ciri untuk memastikan dirinya menjadi seorang raja yang adil dalam pemerintahannya. Ciri-ciri seorang raja yang adil berdasarkan pohon adil ialah mengetahui terlebih dahulu situasi kerajaan dan bahaya yang akan menimpanya, sentiasa menyukai majlis ilmu dan berbuat baik dengan alim ulama, tidak melakukan kezaliman terhadap rakyatnya, tidak sombong dan bermegah-megah dengan membesarkan diri, sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat, memenuhi hajat rakyat, tidak mementingkan nafsu syahwat, bertolak ansur melakukan sesuatu pekerjaan, bermuafakat dan yang terakhir jangan mengambil hak orang lain tanpa kebenaran ( Jelani Harun ( Peny), 2006 : 117 – 136 )

Nasihat al-Muluk bukan saja memperkatakan tentang keadilan seorang raja yang memerintah sesebuah negara tetapi juga memberikan nasihat. Menurut Imam al-Ghazali, raja hendaklah menjauhkan diri dari membuat kezaliman kerana boleh merenggangkan hubungan dengan rakyat jelata seperti dinyatakan oleh Imam al-Ghazali,

Bermula raja yang adil itu barang yang siapa adil pada antara segala hambanya, takut ia daripada aniaya, dan binasa. Dan raja yang aniaya itu celaka ia, tiada tinggal kerajaannya itu, dan tiada kekal. Dari kerana bahawasanya nabi sallallahu-alaihi wasssalam berkata,” Bermula kerajaan itu kekal ia serta kafir dan tiada kekal serta aniayanya.”
(Jelani Harun (peny), 2006 : 73 – 74)

Petikan Nasihat al-Muluk diatas menerangkan tentang sifat seorang raja mestilah seorang yang bersikap adil dan saksama dalam membuat sesuatu keputusan agar tiada orang yang teraniaya. Kesilapan dalam membuat keputusan akan menyebabkan sesebuah kerajaan akan mengalami kejatuhan. Menurut Siti Hawa Haji Salleh (2003 : 43), konsep ketatanegaraan mempunyai hubungan rapat dengan antara raja dengan rakyat. Kesalahan pentadbiran daripada pihak raja menyebabkan negeri yang diperintah akhirnya membawa kehancuran walaupun sebelumnya sebuah negara yang kuat.

Selain itu, Nasihat al-Muluk membincangkan peranan akal dalam Bab Enam. Menurut Imam al- Ghazali, pemerintah yang baik ialah pemerintah yang berakal dan menggunakan akal dalam membuat keputusan. Imam al-Gahazali turut mengisahkan kemuliaan akal dan berakal dengan mengemukakan kisah Khaifah Ma’mun. Khaifah Ma’mun telas menulis sepucuk surat kepada Nursirwan Adil, berkenaan kelebihan akal. Kelebihan akal menurut pandangan Nursirwan Adil, “bahawasanya tiada bagi raja itu dan tiada bagi rakyat itu yang terlebih baik daripada akal”
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 123)

Pemerintah disaran mengunakan akal fikiran semasa memerintah supaya wujud keadilan kepada rakyat. Keadilan raja bukan saja terhad dalam membuat keputusan tetapi melibatkan segala aspek kehidupan seperti makan minum, keluarga dan tempat tinggal, dan keadilan batiniah. Imam al- Gahazali menasihatkan raja agar tidak bertuhankan nafsu syahwat dan kusar seperti dalam petikan berikut,

Seyogia bagi yang berkehendak akan memeliharakan adil atas segala rakyatnya itu bahawa ditertibkan akan segala hambanya dan segala yang bekerja padanya bagi adil ia. Dan dipeliharakan segala hal yang dikerjakan dan dilihat pada isi rumahnya, dan segala anaknya, dan segala tempatnya. Dan tiada sempurna baginya demikian itu melainkan memelihara adilnya dahulu daripada batinnya. Dan demikian itu bahawa jangan dikeraskan akan syahwatnya dan kusarnya atas akalnya. Dan jangan dijadikan akalnya dan agamanya itu akan tuannya syahwatnya dan kusarnya, tetapi dijadikan akan akalnya dan agamanya itu akan tuannya syahwat dan kusarnya.
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 128)

Selain daripada itu, menurut Imam al-Ghazali yang disebutkan sebagai adil ialah mempunyai akal yang sempurna.

Ketahui oleh mu hai raja, dan nyatakan dalam hatimu bahawasanya kelihatan adil itu daripada kesempurnaan akal jua.

Dan barangsiapa tiada ada ia berakal, tiada ia adil, dan tempat diam itu api neraka. Maka dari kerana sebab inilah ada kepala harta segala yang bahagia itu akal jua.
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 129)

Nasihat al-Muluk juga banyak menerangkan beberapa bentuk keadilan sebagai panduan kepada raja yang memerintah iaitu:

i. Raja harus memahami tugas dan tanggungjawab.
Apabila seseorang putera raja ditabalkan menjadi raja, raja wajib mengetahui peranan dan tanggungjawabnya. Kedudukannya bukan saja sebagai ketua pemerintah dengan mengeluarkan segala arahan tetapi bertanggungjawab kepada Allah S.W.T yang memberikan amanah kepadanya. Segala perbuatan raja semasa memerintah rakyatnya dinilai baik dan buruk.

Bahawa diketahuinya (raja) dahulu kadar kerajaan dan mengetahui akan bahayanya. Maka bahawa kerajaan itu suatu nikmat bagi yang berdiri dengan sebenar-benarnya, diperoleh daripada bahagia yang tiada hingga baginya, tiada kemudiannya. Dan barangsiapa taksir daripada berdiri dengan haknya diperolehi ia dalam celaka.
(Jelani Harun ( peny.), 2006 : 78)
ii. Raja harus beriman dan beramal salih.

Seseorang yang ditabal menjadi raja mestilah seorang yang beramal salih dan sentiasa mentaati Allah S.W.T. Raja yang taat dan sentiasa mematuhi perintah Allah S.W.T menjadikan dirinya seorang yang adil , beriman, bertakwa, serta sentiasa memberikan pedoman kepada rakyatnya.

“Bahawa (raja) jangan menuntut akan kesukaan seorang daripada manusia dengan bersalahan dengan syarak”.
( Jelani Harun (peny.), 2006 : 83 )

iii. Raja harus menjadikan peribadi yang adil.
Rasullulah S.A.W telah mengaitkan keadilan raja berkaitan rapat dengan agamanya,“Yang adil itu kemuliaan agama dan dalamnya itu kebaikkan segala raja-raja dan kuat segala yang khas, dan segala yang am, dan dalamnya itu adalah kebaikan rakyat, sentosa mereka itu, dan afiat mereka itu. Dan segala pekerjaan itu ditimbang dangan timbangan yang adil.” (Jelani Harun (peny.), 2006 : 118)

vi. Raja harus mengadili pertikaian rakyat.
Raja Anursyarwan telah menyelesaikan pertikaian rakyatnya berkaitan dengan penemuan harta yang terdapat dalam sebidang tanah yang telah dijual oleh seorang rakyatnya kepada sahabatnya. Masing-masing tidak mahu menerima harta tersebut berada disitu sebelum dijual, manakala Penjual tidak mahu menerimanya dengan alasan tanah tersebut telah dijual. Raja Anusyarwan telah menyelesaikan pertikaian tersebut dengan cara mengahwinkan anak mereka.

v. Raja harus menghormati ulama.
Sebagai seorang raja yang menerima amanah dari Allah S.W.T, pemerintah hendaklah sentiasa patuh dan menurut segala ajaran Islam dengan mempelajari ilmu agama dan mendapat nasihat dari mualim. Panduan dan nasihat yang diberikan oleh ulama dapat membentuk sebuah negara mengikut syariat Allah S.W.T.

Bahawa sentiasa rindu (raja) kepada melihat segala ulama dan loba ia atas mendengarkan pengajar mereka itu.
(Jelani Harun ( peny.), 2006 : 105)


vi. Raja harus bijaksana
Diceritakan dalam teks Nasihat al-muluk, raja mestilah seorang yang bijaksana dalam mentadbir negara. Raja mesti seorang bijak, tegas dan adil dalam mengurus permasalahan yang wujud. Contohnya kisah Raja Kasytasyat dengan seorang Pengembala Kambing. Pengembala Kambing telah menyalib anjingnya yang gagal menjaga belaan daripada dibaham harimau sebaliknya mendiamkan diri. Kisah ini menimbulkan kesedaran kepada Raja Kasytasyat berkenaan menterinya yang gagal menguruskan rakyat jelata dan sebaliknya mengkhianati amanah. Raja Kasytasyat telah memerintah Wazir Rasat Rusan menyiasat salah laku yang dilakukan wazir dan menjatuhkan hukuman sula. Nasihat al- Muluk telah berjaya mengolah cerita yang berunsur nasihat berkenaan kawanan kambing sebagai rakyat jelata, manakala Pengembala Kambing ialah pemerintah dan anjing sebagai seorang Wazir yang diamanahkan menjaga kebajikan rakyat.

Kebijaksanaan raja mentadbir negara menjadikannya seorang yang matang, sabar, telus dalam tadbir urus negara dan sentiasa berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rakyat dan negara, bijak berkomunikasi, berpandangan jauh, mempunyai siasah yang tinggi menyebabkan dirinya dihormati rakyat dan disegani musuh.

“Seyogia bagi yang berkehendak akan memeliharakan adil atas segala rakyatnya itu bahawa ditertibkan akan segala hambanya dan segala yang bekerja padanya bagi adil ia. Dan dipeliharakan segala hal yang dikerjakan dan dilihat pada isi rumahnya, dan segala anaknya, dan segala tempatnya. Dan tiada sempurna baginya demikian itu melainkan memelihara adilnya dahulu daripada batinnya. Dan demikian itu bahawa jangan dikeraskan akan syahwatnya dan kusarnya atas akalnya. Dan jangan dijadikan akalnya dan agamanya itu akan tuannya syahwatnya dan kusarnya, tetapi dijadikan akan akalnya dan agamanya itu akan tuannya syahwat dan kusarnya.”.
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 128)

vii. Raja harus mengasihi rakyat
Raja yang adil sentiasa dan mengasihi rakyatnya dan selalu memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyatnya. Raja yang mengasihi rakyat tidak akan membiarkan rakyatnya menderita dengan mengenakan pelbagai cukai yang membebankan, majlis yang membazir, bersikap pemaaf dan pemurah. Kesannya, rakyat akan sentiasa menghormati, menumpahkan taat setia dan mendoakan kesejahteraan raja
.
“Bahawa jangan suka pada mengangkat tanganmu (raja) daripada aniaya tapi kauringankan akan segala hambamu itu, dan segala taulanmu, dan segala yang bekerja padamu, dan yang menunggu pintumu”.
(Jelani Harun ( peny.), 2006 : 55)

Menurut Aflatun, raja yang kuat bukan saja seorang raja yang dapat menewaskan lawannya, tetapi seorang yang tenang, berfikir, berakal, menjaga kemuliaan diri dan menjaga hati rakyatnya dengan mengambil pedoman kerajaan yang terdahulu dalam mentadbir rakyat. Raja mesti beradab semasa berurusan dengan rakyat agar sentiasa dihormati dan dipandang mulia. Raja yang tidak mengasihi rakyat dan bersikap zalim ibarat seorang raja yang tidak berakal seperti sifat binatang seperti yang diungkapkan oleh syair dibawah,

Yang baik hatinya itu bertempat-tempat harimau,
Tinggalkan olehmu bersenda-senda kata,
Apabila tiada engkau dalamnya itu harimau,
Peliharakanlah diri kamu serta dua biji matamu.
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 120)

Bahawa engkau ( raja) sungguh-sunguh akan gemar daripadamu daripada sekalian rakyatmu dengan dengan muafakat dengan syarat.
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 128)

Raja yang menyayangi rakyatnya sepanjang dan sentiasa menunaikan segala kehendak hambanya, ibarat kasih Allah S.W.T terhadap hambanya seperti sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam, “bermula segala raja-raja yang tiada kasih pada rakyatnya itu maka tiada dikasih akan dia pada hari kiamat” dan “Hai Tuhanku, berikan oleh-Mu kurnia pada segala raja-raja yang memberi kurnia akan segala rakyatnya dan kusarkan oleh-Mu atas segala raja-raja yang kusar ia atas segala rakyatnya”. (Jelani Harun (peny.), 2006 : 37)


viii. Raja harus mengekalkan peribadi yang baik.
Raja mestilah seorang yang mempunyai keperibadian yang baik, amanah dan bertanggungjawab kepada Allah S.W.T dan rakyatnya. Raja yang baik sentiasa menjaga tingkahlaku dan mempunyai peribadi yang baik, menghindarkan diri dari melakukan kejahatan dan menyalahi hukum syarak seperti berjudi, menipu, minum arak yang boleh menyebabkannya di pandang hina oleh rakyat.

“Bahawa jangan engkau (raja) adat akan dirimu itu kelengkar dengan syahwat daripada memakai kain yang sangat baik, dan makan akan makanan baik, tetapi engkau kerjakan qanaat pada segala pekara itu. Maka tiada adil baginya dengan tiada qanaat ia”.
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 78)

xi. Cita- cita tinggi seorang raja
Raja yang dihormati dan disanjungi rakyat, tidak bersikap sombong, bongkak dan zalim dalam berhubung dengan rakyatnya bagi mengelak dirinya dipandang hina dan sentiasa dihormati oleh rakyat. Banyak kerajaan sebelumnya telah runtuh kerana sikap raja yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Kerajaan yang baik dan adil dipelihara oleh Allah S.W.T dan sentiasa memenuhi kehendak rakyat tanpa mengira masa dan menghindari dari diampu orang bawahan.

3.0 Kebijaksanaan pembesar.
Menurut Siti Hawa Salleh (2003 : 42), raja dengan pembesar mempunyai hubungan yang erat. Dalam sistem pentadbiran, rakyat bergantung penuh kepada raja yang adil, saksama dan bijaksana. Dalam Nasihat al- Muluk kemuliaan raja bergantung kepada menteri yang dipilih. Menteri berperanan besar dalam mentadbir negara dan merupakan tulang belakang raja seperti Firman Allah Azzawajalla di dalam surah;

[An- Nahl : 43]: “Tanyalah olehmu mereka itu tentang pekerjaan.” Dan cerita mengenai Nabi Musa alaissalam [Taha:29-33]: “ jadikan oleh-Mu akan daku menteri daripada isi rumahku Harun saudaraku, Kau keraskan dengan dia kuatku dan Kau satukan ia dalam pekerjaan ku’.
( Jelani Harun ( peny ) 2006 : 136 )

Nasihat al- Muluk telah memberikan panduan didalam membuat pilihan melantik menteri berdasarkan ciri-ciri berikut,

a. Menteri mestilah seorang yang berakal, pengasih, boleh dipercayai, berilmu, adil, salih, amanah dalam melaksanakan perintah raja dan bijak menyimpan rahsia. Sifat amanah menteri yang dipilih oleh raja dapat melahirkan sebuah kerajaan yang makmur, baik dan mulia. Kesukaan raja adalah menghapuskan musuhnya, taat dan membesarkan darjat seperti yang diucapkan oleh Anusyarwan pada anaknya;

“Permuliakanlah olehmu kan menteri mu kerana bahawasanya apabila dilihat akan dikau atas pekerjaan yang tiada harus bagimu bahawa tiada muafakat akan dikau atasnya”
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 137 )

b. Menteri yang dipilih mestilah seorang yang alim dan bijak menasihati raja ke arah kebaikan jika mendapati raja tidak bersifat adil dengan menganiaya rakyatnya. Kemahuan rakyat ialah seorang raja yang adil dan baik seperti ditanya oleh Bahram ( Jelani Harun ( Peny), 2006 : 138 ) terdiri dari enam pekara iaitu, ( a ) mempunyai seorang menteri yang salih, ( b ) kuda yang baik, ( c ), pedang yang baik, ( d ) kota yang teguh dan harta yang bernilai tinggi, ( e ) isteri yang baik budi pekerti dan ( f ) tukang masak yang pandai.

c. Menteri yang dipilih juga seorang yang mampu mengajar dan memberikan nasihat kepada raja seperti ditegaskan oleh Qadhi Qudhat pada masa pemerintahan Raja Anusyarman, “bahawasanya tiada boleh memeliharakan kerajaaan itu melainkan dengan sahabat yang empunya pemilih lagi mengajari mereka itu bersungguh serta raja itu”. Selain itu menteri yang dipilih juga seorang yang mampu membentuk dan menasihati raja menjadi seorang taat dan takut pada Allah, bersikap amanah, berbuat kebenaran dan mencari keredhaan rakyat dan Tuhan serta mempercayai sebenar-benarnya sesuatu itu datang Allah Taala. Diceritakan hubungan antara raja dengan menteri amat erat ibarat isi dengan kuku. Rosak ketua rosaklah anak buahnya seperti kisah antara Nabi Sulaiman dengan Seri-Seri. Berkatalah Nabi Sulaiman, “Tetap engkau”. Berkatalah seri-seri itu, “Tetaplah engkau dahulu supaya tetap aku” (Jelani Harun (peny.), 2006 : 139).

Berdasarkan surat yang dihantar oleh Wazir Yunan kepada Raja Anursyarwan yang mengandungi empat pesanan iaitu sentiasa bersikap adil, berakal, bersabar dan merasa malu. Pada masa yang sama jangan meninggalkan empat pekara iaitu bijak berbicara dan tipu muslihat, kecut hati , bersifat kedekut, dan suka berperang. Sifat tersebut harus ada pada setiap raja agar dapat menimbulkan perasaan kasih dan sayang rakyat terhadap rajanya. (Jelani Harun (peny.), 2006 : 110).

Sabda Rasulullah (S.A.W) “Apabila dikehendaki Allah pada seorang raja akan kebaikan, dilimpahkan baginya menteri memberi nasihat, lagi benar ia, lagi fasihat. Jika lupa raja itu diingatkan akan dia, dan minta tolong dengan dia, ditolonginya”.
(Jelani Harun ( peny.), 2006 : 110)

d. Menteri merupakan hiasan atau lambang seorang raja. Menteri dilantik mestilah seorang yang alim, berakal, tua dan mahir dalam melakukan pekerjaan. Contohnya bagaimana kebijaksanaan Umar ibn Laith dalam mengadili tindakan saudaranya Abi Ja’far Zaiduyat yang telah mendera hambanya dengan menendang dan memukul sebanyak 26 kali. Tindakan Abi Ja’far Zaiduyat telah menimbulkan perasaan kurang senang Umar. Ekoran itu, Umar telah memanggil Abi Ja’far Zaiduyat dengan memberikan nasihat dengan mengibaratkan hamba yang dipukul seperti dua bilah pedang yang diletakan dalam satu sarung. Nasihat yang disampaikan oleh Umar secara simbolik telah menimbulkan kesedaran dan keinsafan terhadap Abi Ja’far Zaiduyat.

Raja bukan saja bertanggungjawab dalam melantik menteri dan memastikan mereka menjalankan amanah yang diserahkan kepada mereka, tetapi pada masa yang sama, raja harus bertanggungjawab terhadap orang yang berada dibawahnya seperti,
i. Apabila mendapati menteri yang dipilih melakukan kesilapan, siasat terlebih dahulu, membetulkan kesalahan, jangan terburu-buru menghukum menterinya.
ii. Seseorang menteri akan dipandang mulia kerana kebijaksanaannya, memahami kehendak rakyat, tidak tamak harta dunia. Menteri mestilah seorang yang adil dan tidak melakukan kezaliman dengan membunuh orang yang tidak berdosa, merampas harta yang dipusakai oleh rakyat sebaiknya mereka menjaga kebajikan rakyat agar mereka dipandang tinggi oleh masyarakat.
iii. Seorang yang sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam menjalankan amanah yang ditugaskan kepadanya.
iv. Seorang raja tidak boleh menyerahkan tugas mentadbir negara kepada seorang menteri yang tidak mahir dalam mentadbir negara, jika diserahkan juga tugas tersebut akan menyebabkan kerajaan menjadi huru-hara,

4.0 Kepatuhan rakyat
Dalam sesebuah negara, kepatuhan dan ketaatan rakyat kepada raja berkaitan dengan keadilan dan keprihatinan raja terhadap pentadbirannya. Keadilan dan kepatuhan rakyat terhadap raja banyak diperkatakan dalam teks Nasihat al-Muluk. Contohnya nasihat yang disampaikan oleh Wazir Yunan melalui sepucuk surat kepada Raja Anursyarwan

Kepatuhan rakyat kepada raja disebabkan beberapa sebab seperi perasaan takut atau perasaan hormat terhadapnya. Nasihat al-Muluk banyak menceritakan tentang kepatuhan rakyat terhadap rajanya. Dalam keadaan tertentu, adab bersama raja amat dititikberatkan yang bertujuan untuk melahirkan perasaan hormat dan patuh. Jika rakyat tidak patuh dan bersikap kurang sopan, hamba tersebut akan menerima padahnya seperti yang dikatakan oleh Sufyan al-Thawri, “Jangan bersahabat bagi raja-raja dan pelihara olehmu berkhidmat padanya, dari kerana bahawasanya jika ada engkau bagi mengikut, dilelahkan akan dikau. Maka jika engkau sangkal akan dia akan dibunuh akan dikau. Maka tiada ia memberi kepadamu”. ( Jelani Harun ( peny. ) 2006 : 115 )

5.0 Ilmu, akal dan budaya
Bauran ilmu dalam Nasihat al-Muluk banyak memperkatakan tentang peranan alim ulama dalam mentadbir negara. Kealpaan ulama memberikan nasihat dan panduan menyebabkan negara mengalami kerosakan. Ulama berperanan besar dalam pentadbiran seperti kata Ali ibn Abi Talib, “Adalah segala-gala manusia itu pada zaman itu tidur dan adalah segala ulama itu jaga ia. Dan pada hari ini segala ulama itu tidur dan segala makluk itu mati. Maka apa faedahnya berkata-kata orang yang tidur itu bagi orang mati?”(Jelani Harun (peny.) 2006 : 118).

Nasihat al-muluk turut menyinggung berkenaan perhubungan diplomatik dan kepentingan penghantaran surat atau utusan negara. Imam al-Gahazali memberikan nasihat agar surat yang ditulis dapat memberikan pengajaran dan panduan kepada seseorang raja dan boleh dirujuk kembali. Hasil penulisan merupakan lambang keagungan atau cerminan kehidupan masyarakat lampau serta memberikan teladan kepada generasi selepasnya. Ilmu pengetahuan dipandang tinggi Islam seperti firman Allah dalam [Surah Al- ‘Alaq : 1-4 ] : “Bacakan olehmu ya Muhammad, dan Tuhan-mu yang terlebih mulia yang memberitahu dengan kalam, memberitahukan segala manusia barang yang tiada diketahui.”

Nasihat al-muluk telah memberikan panduan dengan jelas adab-adab dalam menulis surat seperti menggunakan tulisan yang jelas, kalam yang runcing, khat yang baik serta pemilihan kata dan bahasa yang baik. Contoh surat yang ditulis oleh Abdullah ibn Rafi’ bagi pihak Khalifah Ali ibn Abi Talib (a.s). “Hai Abdullah, perbaik olehmu akan dakwat kamu dan luaskan olehmu antara segala mistar itu dan himpunkan olehmu antara segala huruf.”. Surat – surat yang ditulis kerajaan dihantar secara rasmi dan dimuliakan dengan beberapa tanda atau mohor seperti penggunaan cincin yang bertanda Lailahaillallah Muhammadar Rasullulah. Surat yang diterima dari negara lain akan dibaca dengan segera. Surat yang rasmi yang ditulis dengan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan tepat.

Berdasarkan Surah Al-Alaq, ilmu adalah amat penting dalam kehidupan manusia. Ilmu itu berfungsi sebagai alat perhubungan manusia dan cerminan hidup bermasyarakat. Ilmu dan pedang cukup sinonim dalam sesebuah masyarakat pada suatu masa dahulu. Seorang yang tiada berilmu pengetahuan dan kemahiran berpedang dipandang rendah oleh masyarakat. Pada masa dahulu kalam digunakan sebagai salah satu perantaraan dalam merekod pelbagai perkara seperti mencari sumber alam, perubahan musim, astronomi dan perniagaan.

Bauran ilmu yang terdapat dalam Nasihat al-Muluk banyak memaparkan kesukaan raja dan pembesar yang sentiasa mencintai majlis ilmu. Contohnya perbincangan ilmu mengenai peranan akal semasa pemerintahan Khalifah Ma’mun. Dari segi sosial, kedudukan seorang yang berilmu akan dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Bagaimanapun jika orang yang berilmu mencintai dunia dan perutnya, dirinya dipandang hina oleh masyarakat. Manakala manusia yang tidak berakal dan berilmu dipinggirkan masyarakat dan ini berbeza bagi yang berakal, berilmu dan sentiasa berbuat kebaikan serta mematuhi suruhan Allah S.W.T.

Ilmu berupaya memandu akal ke arah kebaikan, mentaati Allah dan menjauhi diri dari melakukan kejahatan. Akal dapat membezakan seorang yang beriman dengan orang yang jahil, bertuankan nafsu, bermegah-megah, zalim dan sentiasa menjauhi kebaikan. Kedudukan akal dalam Islam dapat mengangkat kedudukan dan kemuliaan seseorang dalam masyarakat berbanding mereka yang jahil. Diam seorang yang berilmu adalah lebih baik berbanding dengan percakapan seorang yang jahil.

Kelebihan orang yang berilmu menyebabkan dirinya dihormati, dipandang tinggi melebihi daripada menghormati orang tua ( Jelani Harun ( peny. ), 2006 : 175 ), kerana ilmu yang ada padanya dapat mengelak dirinya dari neraka dan menghampirkan diri dengan syurga.

Nasihat al-Muluk mengalakkan proses pencarian ilmu dan sentiasa bersabar. Kesabaran adalah ilmu atau kemuliaan menuju ke arah kebaikan, menyelamatkan akidah, memperolehi manfaat darinya, serta mengajari dan memberikan nasihat kepada orang lain.

6.0 Kepentingan Hukuma
Naskah Nasihat al-Muluk pada fasa ini banyak membicarakan tentang hukuma atau peraturan / wasiat yang ditinggalkan oleh orang yang terdahulu sebagai panduan kepada rakyat atau raja bagi sesebuah negara. Panduan atau peraturan yang dibincangkan berkaitan dengan kehidupan seharian seperti hubungan manusia dengan penciptanya iaitu Allah, hubungan sesama manusia, bermasyarakat dan tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Antara panduan yang diberikan berdasarkan Nasihat al-Muluk, panduan menjaga kesihatan mata, hendaklah sentiasa melihat sesuatu yang berwarna hijau, air yang mengalir, minum minuman yang hening dan melihat wajah manusia yang tenang. Bagi mengelak dari terkena penyakit, hendaklah mengurangkan mengambil makanan masin, mandi dengan air panas, melihat matahari yang terik dan melihat musuh. Selain itu terdapat beberapa pekara yang akan melemahkan anggota badan seperti banyak memakan daging, banyak berjimak dan tidur selepas waktu isyak. Empat pekara yang akan menyihatkan badan seseorang ialah makan pada masanya, tidak berlebihan dan tidak melakukan sesuatu yang sia-sia.

7.0 Kewanitaan.
Nasihat al-muluk telah memberikan bererapa contoh dan panduan kepada raja dan marhain untuk memilih isteri. Menurutnya sebaik-baik isteri yang dipilih mestilah berdasarkan sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam, “Sebaik-baik segala perempuan dan lebih berkat mereka itu yang baik parasnya, yang peranak, yang ringan mas kahwin” dan “Wajib atasmu dengan perempuan yang merdeka, maka bahawasanya ia terlebih suci dan lebih berkat”. Terdapat banyak panduan diberikan untuk menilai seorang perempuan yang baik untuk dijadikan isteri. Bagaimanapun, Nasihat al-Muluk telah menyarankan agar perempuan yang dipilih itu mestilah berdasarkan kepada agamanya, bukan kepada paras rupa, harta dan nafsu. Melalui agama, isteri tersebut akan taat pada suaminya dan merupakan dinding kepada api neraka.

Selain itu, Nasihat al-Muluk turut memberikan nasihat kepada raja yang memerintah tentang kebaikan dan keburukan perempuan. Banyak kerajaan di dunia yang runtuh kerana seorang perempuan. Kealpaan dan sikap yang suka berpoya-poya menyebabkan negara menjadi huru hara dan menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap raja.

Nasihat al-Muluk telah membincangkan sepuluh sifat perempuan adalah seperti binatang iaitu babi, kera, anjing, ular, baghal, kala, tikus, burung, luak dan kambing. Sifat perempuan yang pertama iaitu seperti babi, hanya memikirkan tentang makan dan minum tanpa memikirkan peranan dan tangjungjawab mereka kepada agama, keluarga dan bangsa. Kedua yang berperangai seperti kera, iaitu berkenaan dengan sikap perempuan amat menyukai segala barangan perhiasan seperti emas dan perak, suka bermegah-megah terhadap orang lain dan menggunakan kedudukan suaminya tanpa memikirkan kesannya. Ketiga pula perempuan yang mempunyai sifat seperti anjing, perempuan yang tidak mempunyai sikap hormat terhadap suaminya. Perempuan ini digambarkan sebagai seorang yang suka memarahi dan sentiasa bertengkar dengan suamiinya apabila kehendaknya tidak dipenuhi dan sebaliknya akan memuji apabila dirinya dilumuri dengan intan, emas dan permata. Perempuan seperti anjing seorang yang suka bermuka-muka untuk mendapatkan sesuatu.

Sikap perempuan seperti baghal pula, merujuk pemikiran yang lemah. Apabila seorang isteri dimarahi dan ditegur oleh suaminya, terus melarikan diri dari rumah dan tidak mahu lagi kembali. Perempuan yang mempunyai sikap seperti kala, perempuan yang suka membuat fitnah dan mengadu domba sesama jiran menyebabkan jiran berseteru, dengki-mendengki dan bergaduh tanpa perasaan takut terhadap azab yang dijanjikan oleh Allah. Perempuan yang berperangai seperti tikus, perempuan yang suka mengambil dan mencuri barangan suaminya dan kemudian disembunyikan ketempat lain atau memberikan kepada saudara maranya tanpa pengetahuan suaminya.

Perempuan yang berperangai seperti burung, merujuk kepada perempuan yang mengabaikan keluarganya dan menjaja kehidupan keluarganya kepada orang lain pada siang hari dengan mempersoalkan tanggungjawab dan kasih sayang suaminya terhadap dirinya. Perempuan yang berperangai seperti luak, berkaitan dengan sifat perempuan yag suka memaki suaminya apabila berada di rumah dan berpura-pura sakit. Sedangkan semasa peninggalan suaminya semua berada dalam keadaan elok dan yang terakhir perempuan yang berperangai seperti kambing, bersifat pengasih, salih dan mentaati suami dan Allah. Perempuan sebegini memberikan keberkatan kepada keluarga.

Nasihat al-Muluk banyak memberikan panduan kepada pemerintah dan masyarakat dalam memilih perempuan sebagai pasangan hidup dan perhubungan sesama manusia. Perhubungan yang terjalin mestilah berdasarkan hukum syarak dan diredhai Allah. Perempuan yang dianjurkan dalam Islam sentiasa sabar, rajin, menjaga maruah suami, redha dengan takdir Ilahi dan sentiasa mentaati suami dan Allah. Diceritakan juga bagaimana seorang perempuan yang bertaqwa dapat mengembalikan seorang lelaki yang sesat ke jalan Allah dan kisah Raja Kasyru dan bersama isteri yang bernama Syirin berhajat mahu makan ikan. Kebijaksanaan isteri Raja Kasyru dan Pengail menyebabkan Raja Kasyru menjadi seorang yang pemurah.

8.0 Kesimpulan.
Nasihat al-Muluk yang dikarang oleh Imam al-Ghazali merupakan panduan kepada raja dalam mentadbir negara berdasarkan himpunan cerita-cerita yang dikutip dan diolah dari zaman sebelum dan selepas Islam. Keupayaan Imam al-Ghazali mengabungkan tanggungjawab raja, menteri, ilmu, akal dan wanita menjadikannya sebagai salah sebuah karya yang dapat menuntun raja mnjadi seorang pemimpin yang baik.




Bibliografi.
Ahmad Jelani Halimi, Surat perdagangan Kedah-Inggeris pada separuh pertama abad ke 18, dalam Rogayah H. Hamid & Maryam Salim, 2006, Kesultanan Melayu : Kedah , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jelani Harun (peny), 2006, Nasihat al-Muluk - Nasihat kepada Raja-Raja, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah, 2006, Kesusasteraan Melayu tradisional, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun, 2003, Pemikiran adab ketatanegaraan Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun, Idealisme keadilan undang-undang : Karya ketatanegaraan sebagai respons intelektual terhadap undang-undang adat Melayu dalam Mohamad Mokhtar Hassan (peny.), 2003,Kesusasteraan dan undang-undang, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Siti Hawa Salleh, Naskah Melayu berunsur sejarah ( Kerajan Melayu ) dalam Rogayah A Hamid (peny.), 2003, Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laman Web.
Ding Chong Ming, Kearifan lokal dalam naskah nusantara dalam abad ke 19 , Kertas simposium Internasional Penaskahan Nusantara IX, kearifan lokal yang terkandung dalam Nusantara di Bima, Nusa Tenggara Barat, 27-29 Julai 2007 melalui http://article.melayuonline.com/?a=SkxQL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=
Jelani Harun , Kitab Kumpulan Ringkas Berbetulan Lekas : Karya ketatanegaraan Melayu yang terakhir, melalui http://www.penerbit.ukm.my/jsari19-08.

W. M Abdul Hadi, Islam di Nusantara dan tranformasi budaya ilmu melalui http://ahmadsamantho.wordpress.com/2008/04/10/islam-di-nusantara-dan-transformasi-kebudayaan-melayu/