Selasa, 1 September 2009

Keris Mas - Sasterawan 1 Malaysia?

ketika saya sibuk mengemas buku- buku lama, dengan tak semena-mena saya terjuma sebuah buku lama terbitan Dewan Bahasa dan pustaka pada tahun 1995 yang memuatkan Koleksi terpilih hasil penulisan Keris Mas dan diselenggarakan oleh A. Rahim Abdullah. saya membelek buku tersebut helaian demi helain dengan penuh minat. Apakah karya yang termuat dalam antologi tersebut benar-benar bermutu atau boleh diangkat sebagai sebuah karya yang malar segar. Hasil penelaah, boleh disimpulkan bahawa Keris mas merupakan seorang Penulis yang malar segar, isu yang diutarakan sentiasa bersesuaian dengan situasi semasa. Antara karya yang terdapat dalam antologiini tediri dari cerpen, fragmen novel dan esei-esi terpilih beliau. Kebanyakkan penulisan beliau berkaiatan dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan, permasalahan masyarakat semasa, hubungan antara masyarakat yang berbilang kaum dan sebagainya. Oleh itu, keris Mas wajar di angkat sebagai seorang Sasterawan yang mematuhi standard sasterawan 1Malaysia masa kini. Adakah anda bersetuju dengan pendapat saya? Bagaimana dengan pandangan anda berdasarkan penulisan puisi yang dihasilkan olehnya, cerpen atau novel-novel sebelumnya?

1 ulasan:

  1. Ehmmm... menarik utk dibincangkan ni.

    Berdasarkan persoalan umum yang dibentangkan,sesuai lah untuk mengangkat Keris Mas sbg sasterawan 1 Malasysia.

    Apa pun, esei ini menghambat saya utk baca balik lah karya Keris Mas...

    TQ .

    BalasPadam