Sabtu, 14 November 2009

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan pengaruhnya terhadap masyarakat Melayu

Hikayat Muhammad Ali Hanafyah (HMAH) merupakan salah sebuah karya yang disebut di dalam Sulatus Salatin. Persoalannya di sini, mengapakah dalam Sulatus Salatin, Sultan Melaka menitahkan agar pembesar Melaka memperdengarkan kepada rakyat Melaka yang pada masa sama terpaksa berhadapan dengan tentera Feringgi yang diketuai oleh Alfonso.
HMAH merupakan sebuah karya timur tengah yang ditulis bertujuan untuk mengambarkan tentang kekuatan, kekuasaan, kepahlawanan keturunan dari Nabi Muhammad S.A.W. Kisahnya bermula dengan perlantikan baginda sebagai seorang rasul dan nabi bagi umat akhir zaman serta kehidupan yang dilaluinya sehingga beliau wafat. sebelum kewafatan baginda, baginda amat menyayangi cucunya iatu Hassan dan Hussin. Jibrail membawa satu perkhabaran peristiwa yang akan berlaku selepas kewafatan baginda, berkaiatan dengan masalah yang dihadapi oleh umat Islam, perebutan jawatan khalifah yang bermula dengan perlantikan Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali. Selepas kematian Ali, yang di bunuh dan penglibatan Aisyah dalam peperangan Sifin dan Muawiyah salah seorang sahabat nabi telah dilantik sebagai salah seorang khalifah Islam.
Setelah kemangkatan Muawiyah, Yazid mengantikan bapanya sebagai Khalifah. Pemerintahan Yazid penuh dengan kekejaman dan pelanggaran hukum Islam. semasa pemerintahannya jugalah berlakunya peristiwa Karbala dan penangkapan keturunan Rasullulah dan mereka ini dipenjarakan. Pemenjaraan cicit kesayangan baginda telah sampai kepada saudara mara baginda seperti Muhammad Ali Hanafiah. Muhammad Ali Hanafiah apabila mendengar peristiwa yang berlaku terhadap Ali Akhbar anak Hussin, meratap kesedihan dan berikrar akan melepaskan anak saudaranya dari tawanan Yazid. Muhammad Ali Hanafiah bersama-sama dengan saudaranya telah mengambil masa selama 25 tahun untuk menentang Yazid dan penasihatnya Marwan Hakim sehinggalah Yazid dapat ditumpaskan. Persoalan disini bagaimanakah HMAH ini begitu berpengaruh sehingga Sultan Melaka mengarahkan ia diperdengarkan kepada rakyatnya. Apakah kelebihan karya ini sehingga ia menjadi pilihan utama Sultan Melaka pada masa itu?

5 ulasan:

  1. Salam

    Tahniah ..tetapi perlu juga diseledik asal usul sejarah ..sudah tiba masanya tuan menyemak kembali sejarah ..sebenarnya tiada permusahan di antara Yazid dan Ahli Bait ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. He org yg tiada akal..mmg begitulah tajdir yg terjadi..

      Padam
  2. Satu pendapat Saidina Ali Hanafiah ini belum wafat beliau terkurung di sebuah gua,nanti dia akan keluar di hari kiamat untuk membunuh raja hansyHa/dzusuwaqatain yg ini merosak kaabKa.

    BalasPadam
  3. boleh saya tahu sumbernya daripada mana? ada references tak?

    BalasPadam
  4. Its really helping :)

    BalasPadam