Deruman enjin bot yang kadangkala semput menyebabkan lamunan Ahmad seringkali terganggu. Gangguan –gangguan tersebut menyebabkan Ahmad berasa amat menyampah sekali. Tiada lagikah bot yang lebih elok dan canggih sedikit. Ahmad memandang ke arah belakang bot, dijelingnya pemandu bot. rasa kasihan pula dihatinya, pemandu bot tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap dirinya. Yang menjadi masalah sekarang ini, hanya bot itu saja yang bergerak perlahan, dilihatnya kuasa kuda tesebut hanyalah 60. manatah mampu bot tersebut mengangkut bilangan penumpang yang seramai 9 orang dengan purata berat keseluruhan mencecah 70kilogram. Dibuatnya, bot tersebut karam di tengah tasik banding, hanya tinggal satu harapan selebihnya akan tenggelam ke dasar. Impian untuk memancing akan turut terkubur bersama mereka.
Eiiii, ngerinya, bila memikirkan suasana tersebut. Ahmad tidak mahu memikirkan lagi perkara tersebut. Baginya, biarlah bot itu bergerak dengan perlahan, asalkan ia sampai ke destinasi dengan selamat. Disepanjang perjalanan tersebut, dilihatnya pohon-pohon yang berada di sekitar tasik itu yang menghijau dan mendamaikan hatinya. Ditambahi dengan kerjenihan air tasik yang belum ternoda oleh kerakusan pembalakan. Walauun ahmad tahu, terdapat kegiatan pembalakan di kawasan tersebut, sekurang-kurangnya, alam sekitar di kawasan tersebut tidak sewenang-wenang digondolkan sesuka hati.
Deruman enjin bot semakin perlahan apabila menghampiri kawasan alur air yang bergenting. Alur tersebut yang mengecil di bahagian hujungnya menyebabkan bot bergerak seperti merangkak melaluinya. Masing-masing yang berada dalam bot tersebut saling berpandangan, tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya. Pohon-pohon kayu yang mati dan bercerangah di dalam air kadangkala menyebabkan pemandu bot tidak menang tangan untuk mengelaknya. Mahu saja dilanggar kayu-kayu tersebut. Disaat bot tersebut dalam kepayahan mengharungi alur yang sempit, tiba-tiba bot yang yang dinaiki mereka terasa terumbang – ambing apabila damparan ombak dari beberapa buah bot laju dari Jabatan Perhilitan yang berkuasa tinggi. Kehadiran mereka di tasik tersebut untuk memantau kegiatan pemburuan haram dan sebagainya.
Dalam keasyikan melayan perasaan, rombongan memancing ke sungai kejar berselisih dengan beberapa orang dari masyarakat orang asli. Dengan serba kepayahan, mereka berkayuh dengan menggunakan buluh rakit untuk mencari sesuap nasi. Bagi mereka, tasik banding adalah merupakan nyawa mereka. Tanpa berbaju, berkulit gelap dan bergerutu akibat terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari menjadikan mereka sahabat alam yang akrab. Seperti kamelion, dari kejauhan, mereka ini seperti kepingan kayu yang hanyut bergerak perlahan-lahan. Kehidupan masyarakat orang asli di sungai kejar yang yang terdiri dari suku kaum temiar dan semai menyebabkan kulit mereka berbeza dengan suku kaum asli yang lain.
Sungguh kasihan melikat cara penghidupan mereka, yang bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan. Rakit tersebut adalah satu-satunya alat untuk mereka mencari makan. Diperhatinya Ahmad dengan sayu, bagaimana nanti jika segala sumber yang ada ditasik tersebut mengalami kepupusan, apakah mareka nanti berupaya mengikut arus semasa. Bagaimana nanti dengan anak-anak mereka. Apakah anak –anak mereka pada masa ini sudah merasai nikmat kemajuan. Direnungnya anak mata berkulit gelap sepintas lalu, apakah rambut yang berkerinting itu akan turut mengalami perubahan nanti, jika segala kemajuan yang dibawa masuk oleh kerajaan itu sampai kepada mereka. Apakah tiada lagi pondok-pondok yang dibina dari pohon bambu. Pada masa yang sama, sekumpulan anak muda mandi tasik di kedalaman air yang tidak terjangkau oleh kita. Betapa beraninya mereka. Tiada langsung sekelumit rasa takut dihati mereka. Ahmad mersa bersyukur, kerana penghidupannya kini sudah banyak berubah tidak lagi seperti masyarakat asli yang dilihatnya tadi.
‘Bang,kita masuk dan memancing dulu di sungai Selatan, lepas tu bila petang sikit kita ke sungai kejar, orang kata di sungai selatan banyak toman, jadilah bolehlah kita buat lauk untuk makan tengahari nanti’ ujar Daniel, ketua kumpulan memancing. Ahmad, Sabri, Det , dan yang lain-lain hanya diam membisu. Masing-masing memerhatikan saja. Tiada apa yang mahu diucapkan kerana ini merupakan kali pertama mereka menyertai kumpulan ini. Bot yang membawa 9 orang penumpang membeok ke arah sungai selatan.
Setibanya sahaja, anpa membuang masa, dikeluarkan Sabri Joran pusaka yang banyak berjasa kepadanya. Joran peninggalan orang yang berjasa dikampungnya, yang dianugerahkan kepadanya dek kerana ketangkasannya dalam menundukkan ikan yu semasa memancing di laut China Selatan berhampiran dengan Pulau Tioman. Masih ingat lagi olehnya, bagaimana ia membantu Tok Dollah Layar, menewaskan Ikan Yu yang seberat 25 kilogram dan sepanjang 8 kaki. Sabri dan Tok Dollah Layar telah berhempas pulas menewaskan ikan yu tersebut. Sehinggakan bot yang disewa oleh mereka terjongkit di bahagian hujungnya dan kadangkala berpusing-pusing akibat bertarung dengan ikan tersebut. Kini, Sabri mengharapkan tuah joran yang diberikan oleh Tok Dollah Layar, walaupun ia tahu, joran yang digunakan di laut tidak sesuai untuk memancing di tasik, dia tetap juga berharap agar berkat joran tersebut berpihak kepadanya. Diambilnya perambu yang bermata kail tiga, disangkut di bahagian hujung kail, dengan kekuatan tali bersaiz 100, dimasukkan umpan yang diadun istimewa untuk melayan ikan toman tasik banding. Sabri tahu, Ahmad juga tahu, begitu juga Daniel dan juga Det. Semua mereka tahu. Ikan Toman tasik banding bukan main-main caranya, mesti menggunakan formula yang khusus bagi menarik minat ikan tersebut mendekati umpan tersebut. Sudah seminggu perut ayam yang direbus, digaul dan diperap dengan belacan serta diuli dengan tepung. Umpan tersebut diharap akan dapat membangkitkan aroma dan mampu memikat cita rasa toman tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan