
Mizi yang sebelumnya sibuk menyediakan makan tengahari bergegas ke tempat kumpulan memancing. Meninggalkan periuk yang masih lagi di api dan membuak-buak. Demi keseronokan yang ingin dikongsi bersama, segalanya cuba dilupakan buat seketika. Dibiarkan periuk nasi disitu sendirian.
“Hoi, bau apa ni, macam hangit saja”, ujar Daniel dengan memandang sekitar sambil hidungnya diungkit-ungkit ke atas untuk menentukan hala bau hangit yang dibawa angin. “Mizi, periuk nasi dah hangit, cepat pergi perlahankan api jika tak alamak makan nasi hangitlah kita”. Mizi tersentak apabila namanya disebutnya. Sedarlah kini, periuk yang diamanahkan di bawah kementeriannya berada dalam darurat. Api masih lagi marak dan air dadih nasi meruap melimpahi periuk nasi. Diambil ikan toman yang baru ditangkap tadi, disiang dan dipotong untuk di masak singan asam pedas dan digoreng. Dikupas kulit ikan toman yang tebal dan terlenjang dengan isi yang memutih. Sebahagian dimasukkan ke dalam periuk untuk digulai asam dan sebahagian lagi digoreng. Sekonyong-konyong tiba Daniel membawakan nasi bekal yang dibungkus dengan daun upih dari rumahnya. Diletakkan nasi tersebut dilongkokan barangan mentah yang akan diterpa sekejap lagi nanti.
Melihatkan keseronokan dan pertarungan hebat yang berlaku sebelumnya, Mizi tidak mahu ketinggalan. Disaat ini dirasakan amat sesuai baginya untuk turut sama menyertai pertarungan tersebut. Jika mereka yang lain berebut-rebut berentap dengan toman, bagi Mizi toman bukan pilihan hatinya. Toman jatuh ke nombor yang ke berapa dalam dirinya. Baginya tengas dan tamakang merupakan pilihan utama hatinya. Umpan anai-anai yang dikutip semalam selepas hari hujan di waktu remang-remang senja amat digemarai oleh ikan tersebut. Dikutipnya satu persatu anak anai-anai dari spesisis Kalotermitidae atau kelkatu yang jatuh ke anah dan tertanggal sayapnya. Bagi Mizi ia tidak kisah kalkatu jenis apa sekalipun asalkan ia kelkatu sudah cukup membangkitkan keghairahan ikan tengas dan temakang. Ikan sebegini amat pantang sekali dengan umpan sebegini. Selalunya umpan anak anai-anai tidak pernah mengecewakan. Digunakannya joran teleskopik yang baru dibeli di pasaraya Tesco, dua minggu yang sudah, dan ini merupakan kali pertama joran ini beraksi di Tasik Banding. Diikatnya mata kail yang bersaiz tujuh dan mencangkuk anai-anai tersebut dibahagian abdomen sehingga kepala. Dilabuhkan mata kail ke dasar tasik tasik. Suasana menjadi hening. Sehening tasik Belum.
Bab 2
Apabila hari hampir senja rombongan memancing beralih ke hulu sungai. Dikaakan di muara sungai Kejar merupakan salah satu tempat yang baik untuk melabuhkan pancing. Hasil dari risikan dan cakap-cakap orang yang terdahulu, sungai Kejar merupakan tempat yang amat sesuai untuk memancing kelah, tengas dan baung. Kalau ikan yang biasa-biasa saja seperti selat, sia dan sebarau tidak perlu lagi dipersoalkan lagi.
Sebaik saja bot yang membawa mereka berlabuh di muara sungai Kejar, Ahmad, Mizi, Daniel, Sabri dan yang lain-lain. Segala barangan yang dibawa, diangkut dan diletakkan ditebing sungai. Masing-masing memilih barangan utuk dibawa selain barangan peribadi dengan menyusuri denai yang kelihatan lenyah dengan tapak kaki yang dilalui oleh pengunjung sebelum ini. Disusuri perlahan-laan denai tersebut. Tanah yang berbecak dan berselut memerlukan kepakaran tahap tinggi memandangkan denai tersebut melalui pinggiran bukit yang agak curam. Daya cengkaman dan regangan amat penting di tika ini. Jumlah bebanan yang digalas dan barangan bimbitan menyebabkan perjalan tersebut agak sedikit goyah dan perlahan. Berderet-deret seperti kumpulan semut yang mengusung butiran gula. Dipertengahan jalan, kelihatan sebatang kayu mati yang merintangi perjalanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan