‘Fewwwwit’, bunyi sms yang nyaring telah mengejutkan lamunan Ahmad. Bagaikan dirasuk Syaitan, diterkam telefon bimbit tersebut, dibuka dengan penuh nafsu, bagaikan tersembul biji matanya, menatapi bait demi bait aksara yang tertulis di skrin telefon tersebut.
‘Hoi, tunggu apa lagi, jom lah, biarkan mereka dengan kursus mereka, kita buatkan kursus kita sendiri, jumpa nanti di tempat yang dijanjikan?’. Bagaikan dikejar hantu, Ahmad tergesa-gesa meninggalkan majis tersebut. Tidak peduli lagi. Tidak kisah apa lagi. Tidak semuanya. Baginya saat dan tika ini hanya Sungai Kejar yang berlegar dibenaknya. Biarkan saja mereka berbicara. Biarkan mereka berceramah. Biarkan mereka itu dan ini. Baginya Sungai Kejar adalah matlamat utamanya. Ahamad sudah tidak peduli lagi apa yang akan terjadi nanti. Semuanya itu tidak penting baginya pada tika ini.
‘Pit…..Pit…..Pit.! Bunyi hon kereta Unser keras berbunyi memecahkan suasana yang hening di rumah Ahmad. Kereta itulah yang ditunggu olehnya sejak sejam lagi. Kereta yang akan membawa dirinya ke Sungai Kejar, Royal Belum. Kereta yang mengangkut segala harapan dan memori dirinya berserta dengan rakan-rakannya. Tanpa memperdulikan apa lagi, Ahmad dengan sepenuh tenaga mengangkat barangan yang siap dipek terus ke dalam kereta Unser tersebut. Baginya tiada ruang dan waktu untuk mengucapkan kata-kata. Apa yang terbayang di matanya tentang kejernihan dan kedamaian tasik banding yang dimpikan selama ini. Sudah banyak kali didengari olehnya, dan kata-kaya kawanya, di sungai kejar nanti engkau boleh mandi sepuas-puasnya, kau boleh merasakan kesejukan dan kedamaian hutan tersebut.Tanpa banyak bicara, unser tersebut meluru laju membelah kehangatan.
Dalam beberapa waktu, masing-masing sibuk melayari rasa, unser akhirnya tiba ke penghujung. Dengan jarak sejauh 50kilometer, dirasakan olehnya begitu amat lama sekali, bagaikan bertahun lamanya. Apa kejadah kereta ini, begitu perlahan dan amat –amat sekali. Itulah yang dirasaka olehnya. Sedangkan unser tersebut dengan penuh keringat memerah tenaga untuk menngangkut si jembalang pemancing yang dirasuk untuk bertamu di Sg Kejar.
‘Maafkan saya Encik, boleh tumpang tanya, adakah encik ini dari Group Daniel yang akan memancing di Sg. Kejar nanti’ sapa pemandu bot, yang ditempah oleh di Daniel lebih kurang sebulan yang lalu. Dengan sepantas kilat diangguk dan diiyakan oleh Sabri yang begitu amat teruja sekali dengan ekspedisi Sg. Kejar kali ini. Baginya, ekspedisi kali ini amat berlianan sama sekai berbanding dengan sebelumnya. Bukannya dirinya tidak pernah memancing di sungai Kejar, sungai Tiang atau sungai Selatan. Sebut saja di mana sungai ditasik banding yang belum diterokai, semuanya sudah. Sehinggakan jika ikan itu boleh berkata-kata, sungai itu boleh mengocakan suara, jika unggas boleh melontarkan puisi bermadah, maka kesemua mereka akan bersepakat menuding jari ke arahnya.
‘Ok, semua sila angkut barang ke bot yang berwarna biru, pada masa ini sedang berada berhampiran dengan jeti’, tegas Daniel dengan laungan serak basahnya. Apalagi bagaikan pungguk merindukan bulan, bagaikan cincin di jari manis, bergegas mereka mengangkut dan meletakan semua peralatan memancing ke dalam bot tersebut. Bot tersebut bergerak meninggalkan Jeti Aman, menunju ke arah timur. Lebih kurang 30 minit perjalanan, bot tersebut terpaksa melalui satu pemeriksaan keselamatan yang dikendalikan oleh Tentera.
‘Ok, tuan-tuan, sila berikan kad pengenalan dan surat kebenaran untuk memasuki kawasan larangan, ada perubahan atau pertukaran ahli yang mengikuti ataupun tidak, atau ada membawa barangan larangan seperti alat menangkap ikan yang berbahaya, bom, alat memanahjaring dan sebagainya. Selain itu tuan tidak dibenarkan memakai pakaian keselamatan seperti seluar, baju atau apa-apa yang menyerupai, dikhuatiri mendatangkan bahaya’, ujarnya. Pegawai tentera tersebut dengan penuh lantang dan tegas menyuarakan arahan dan dasar keselamatan sebelum dibenarkan masuk. Matanya melirik liar memerhatikan kearah rombongan memancing. Terdengar suara yang memgumam tidak berpuashati kerana segala barangan yang di bawa oleh mereka digelidah. Terpaksa menadah telinga mendengar kuliah yang tidak dipinta. Masing-masing menunjukkan wajah mencuka riak, bosan dan mencuih bibir tidak berpuashati kerana mood untuk memancing telah diganggu oleh anasir yang tidak dipinta. Ahmad memalingkan muka ke arah daratan, memerhatikan burung raja udang dan enggang yang berkejaran di angkasa. Alangkah riang dan bebas mereka berterbangan tanpa perlu lagi memikirkan tentang apa yang patut dibuat dan apa yang perlu dipatuhi.
Bot enjin akhirnya bergerak jua menuju destinasi seperti yang dirancangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan