Selasa, 26 Januari 2010

Russia Simpan Khazanah Sastera & Budaya Melayu


Oleh Dr Victor Pogadaev Dipetik dari berita Harian 26 Januari 2010
(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Rencana/20100126000447/Article/index_html )


MAKLUMAT mengenai Malaysia dan orang Melayu di Russia diperoleh daripada sumber Barat dan ditambah dengan laporan selok-belok orang Russia yang mengadakan perjalanan mengelilingi dunia. Misalnya, catatan pegawai tentera laut Russia, A Butakov. Beliau melihat orang Melayu julung kali di Pulau Pinang pada 1842. Pengembara Russia itu juga cuba memahami wataknya dan mengerti sikap mereka terhadap persekitaran. Apabila membandingkan orang Melayu dengan bangsa lain, Butakov memberi keutamaan kepada orang Melayu yang disifatkannya 'mempunyai ciri mulia kerana jujur dan selalu menepati janji'.

Beliau menyukai bahasa Melayu yang menurutnya mirip kepada bahasa Itali dari segi bunyi. Setiap kali berpeluang bercakap dengan orang Melayu, Butakov cuba menceritakan kepada mereka mengenai tanah airnya. Pada masa itu orang kurang pengetahuan mengenai Russia. Alangkah hairannya seorang ulama mendengar cerita negara jauh itu. Orang Melayu tidak pernah melihat salji. Lama-kelamaan, bilangan orang Russia yang melawat Melaka bertambah. Ada banyak gambaran mengagumi alam setempat dan keindahan Melaka. Dengan minat mendalam, mereka menceritakan mengenai kemahiran tukang besi Melayu menempa keris. "Senjata orang Melayu pada amnya dan keris terutama sangat tulen dari segi bentuk dan kemahirannya", begitu kata seorang pengembara Russia itu.

Pelaut Russia terkenal, IF Kruzenstern (1770-1846) dalam pelayarannya ke Pasifik melawat Tanah Melayu pada 1798 dan sempat membawa pulang contoh sastera Melayu yakni naskhah Sejarah Melayu yang diciptakan pada masa gemilang Kesultanan Melaka. Di Russia, beliau menyerahkan naskhah itu kepada ahli Akademi Sains, HD Fren yang menghantarnya ke Muzium Asia. Pada naskhah itu ada tulisan tangan Fren yang memberitahu bahawa Kruzenstern mendapat izin 'kakitangan kerajaan' membuat salinan naskhah itu yang bernilai tinggi.

Baru-baru ini naskhah itu diterjemah dan diterbitkan sarjana Russia, Elena Revunenkova. Pada kurun ke-18, terjadi peristiwa lebih menarik. Atas titah Ratu Catherine Agung, sebuah kamus perbandingan daripada 180 bahasa dan loghat termasuk bahasa Melayu diterbitkan. Pengaruh sastera Melayu terhadap sastera Russia kelihatan pada kurun ke-19 dan ke-20 apabila karya seperti puisi Melayu termasuk pantun dicipta penyair Russia, Valery Bryusov (1873-1924), Adelina Adalis (1900-1969) dan Nikolay Gumilev (1986-1921) Dalam Lagu-Lagu Melayu misalnya yang dicipta Bryusov (1909), jelas gambaran mengenai kepulauan Melayu apabila menyebut 'keharuman bunga cempaka yang diserapi oleh angin', pokok beringin, pisang, pandan, kelapa, sawah dan harimau di belukar rimba. Puitis watak serta muzik rentaknya seperti diterjemahkan berikut:

Gelombang putih di pantai laut,
Siang malam ombak menderu,
Bunga putih di padang banyak,
Yang kena di hati cuma satu.
Pasang naik air mendalam,
Mulut rakus menelan orang,
Nak cumbu rayu siang malam,
Rindu aku bukan kepalang.
Di langit bulan purnama putih,
Laut menari mabuk kepayang,
Mukamu bulan, bibirmu merah,
Jantung menari di dada sayang.

Angin berhembus berbau cempaka,
Kurma, kelapa, pandan dan pisang.
Pengantin gembira, di leher pedaka,
Tocang beriben, tangan bergelang.

Padi memutih disinari bulan,
Kelawar hitam berandai-randai,
Pengantin baru berdakap-dakapan
Isteri dicium dan dibelai.

Harimau ke rimba pagi-pagi,
Pagi-pagi ular ke lubang,
Pagi-pagi terik matahari,
Kucari teduh di gunung-ganang.

Antara karya ilmiah masa itu juga termasuk buku ahli geografi dan pengembara M Venyukov Catatan Mengenai Keadaan Kini Wilayah Jajahan British di Asia yang diterbitkan pada 1875. Dalam buku itu, beliau menganalisis pentadbiran Inggeris di wilayah jajahannya dan cara eksploitasi jajahan. Saintis Russia dengan tegas menentukan sikap penjajah terhadap penduduk setempat sebagai 'bangsa penakluk yang angkuh terhadap orang yang ditakluk kerana bukan saja kekayaannya dirampas, malah juga dihancurkan secara sistematik'.

Sikap itu tidak berubah apabila penulis Russia, A Fyodorov yang mengelilingi dunia pada 1903. Dalam catatannya, beliau menyebut menyaksikan sendiri bagaimana seorang Eropah yang (kononnya) berperadaban tinggi, mencampakkan puntung rokok pada belakang seorang penarik beca.

Peranan istimewa dalam pengajian Melayu dimainkan ahli etnografi Russia, NN Miklukho-Makay (1846-1888) yang pernah dua kali mengunjungi Melaka pada 1874-1875. Daripada catatannya, beliau amat bertuah kerana 'Sultan Johor, Sultan Abu Bakar cepat mengerti erti matlamat ilmiah saintis itu dan memberi pertolongan kepadanya.

Baginda menulis beberapa surat sokongan dan membantu menyelenggara ekspedisi.' Selama berada di Johor, saintis Russia itu turut diberi kemudahan di satu daripada istana diraja. Tetapi Miklukho-Maklay tidak boleh tinggal lama di istana itu. Beliau tergesa-gesa menyelidiki seberapa banyak suku dan bangsa yang boleh. Beliau pernah berjalan kaki, naik gajah, mengharungi sungai dan naik perahu.

Musim hujan menyukarkan usahanya apabila banjir dan terpaksa berjalan melalui hutan yang dinaiki air sehingga ke paras pinggang. Bagaimanapun, apabila sampai ke kampung Melayu, beliau sentiasa berasa sikap ramah penduduknya. Ia memberi hasil besar kepada kajiannya: apabila beliau sempat mengumpulkan banyak data antropologi dan etnografi mengenai pelbagai suku dan Orang Asli Semenanjung.

Pada 1890 di Singapura, pejabat konsul Russia dibuka. Ia mengurus masalah mengenai persinggahan kapal Russia (pada 1900 saja dianggarkan lebih 40 kapal). Di sini kapal itu diisi bahan bakar dalam perjalanannya dari Baltik ke Lautan Pasifik. Dengan penubuhan konsulat itu, Russia mendapat peluang memperoleh maklumat yang lebih terperinci keadaan di Malaya. Menarik juga bahawa pada akhir 1903, Sultan Johor menyatakan niat melawat Russia selama kunjungannya ke Eropah (dengan tujuan mencari pengimbang kepada dasar British). Kementerian Luar Russia menyetujui lawatan itu tetapi di arkib Russia tiada maklumat mengenai kunjungan Sultan Johor ke Russia atau sama ada ia dihalang oleh Revolusi Russia 1905-1907.

Konsul Jeneral Russia, AM Vivodtsev beberapa kali mengajukan keperluan perluasan perdagangan dengan Malaya, menekankan bahawa di sini boleh memborong kopra, timah, kapur, nanas dalam tin, lada hitam. Beliau menghubungkan pertumbuhan hubungan dengan Malaya melalui penerokaan Siberia dan wilayah Timur Jauh Russia. Kalau membina kilang di sana, maka hasil pengeluarannya boleh dibawa ke Asia Tenggara dan barang Russia tidak akan kalah kepada barang dari Eropah. Malaya pada masa itu memainkan peranan besar dalam kehidupan seorang rakyat Russia Maligin, atau disebut juga Mamaliga yang namanya diperoleh daripada arkib, berkat usaha seorang sejarawan Russia EIGnevusheva (1916 - 1994).

Pada 1892 Maligin melalui Singapura tiba di pulau Lombok, Indonesia dengan menjadi penasihat raja. Pada 1894 beliau memimpin perjuangan anti-Belanda di pulau itu. Pemberontakan ditumpas dan Maligin ditawan. Pada 1896 beliau dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun tetapi pada 1898 diampunkan dan diserah kepada Russia. Pada 1901 Maligin tiba semula di Singapura dengan menjadi pelaut di kapal Russia di Odessa.

Ketika Perang Dunia Pertama, Russia mengambil bahagian dalam pertempuran di wilayah ini. Di Georgetown, Pulau Pinang ada kawasan perkuburan Bandar Jalan Barat untuk pelaut dari kapal penjelajah Russia, Zhemchug (Mutiara) yang ditenggelamkan Jerman pada Oktober 1914. Pada 1975, di atas pusara itu sebuah tugu didirikan. Pada Februari 1915, Russia sebagai sekutu Inggeris ditawarkan untuk menumpas pemberontakan tentera India di Singapura.

Untuk menghalang pemberontak menyusup ke benua, pasukan komando Russia (40 kelasi dan tiga pegawai) menduduki kawasan di utara pulau. Satu-satunya pertempuran pasukan komando dengan pemberontak terjadi pada 25 Februari. Dalam pertempuran itu, dua kelasi Russia cedera. Pada 1912, Melaka dikunjungi ahli zoologi Russia, II Puzanov yang membawa pulang banyak bahan menarik dan diserahkannya sebagai hadiah kepada Muzium Antropologi Universiti Moscow.

Selepas revolusi Oktober 1917, hubungan antara Russia dan Malaya terputus meskipun pengajian Melayu diteruskan berkat usaha saintis LA Mervart (1888-1965). Perubahan situasi di kawasan itu pada 1960-an membuka jalan untuk saling mengadakan hubungan. Hubungan langsung antara wakil Soviet Union dan Malaysia diadakan pada September 1966 di Moscow, dan pada 3 April 1967, hubungan diplomatik diwujudkan dan perjanjian perdagangan ditandatangani. Pada Disember 1991, Persekutuan Russia diakui sebagai penerus hak Soviet. Sejak itu perhubungan antara kedua-dua negara semakin cergas.
Dr Victor A Pogadaev ialah sarjana Russia, kini berkhidmat sebagai Profesor Madya di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya

Rabu, 20 Januari 2010

Sebening Royal Belum IV

Joran yang berbatang titanium, yang berat beberapa aun itu diangkat dengan lembut dan perlahan. Di saat joran itu diangkat, mulutnya berkumat kamit membacakan jampi serapah tok nenenk moyang untuk memanggil ikan agar datang segera memagut mata kail yang dilabuhkan. Tak payah lagi berkenal-kenalan dan bertegur sapa dan bertanya khabar. Dibaca jampi Unduk bagi menarik rombongan ikan yang berdekatan agar segera menghampiri. Setelah selesai jampi dibaca, dihembuskan dengan perlahan ke air dan ditepuk permukaan air sebanyak tiga kali. Diambil umpan yang sudah siap dan dicangkuk dengan mata kail sea lions bersaiz 12 dan berperambut tiga diharap mendatangkan tuah. Disaat menunggu joran dipagut, matanya meliar menimatai keindahan alam tasik banding. Pohon-pohon yang tetap teguh berdiri di dalam air walaupun ia berusia puluhan tahun. Kayu-kayu mati dan bercerangah telah menimbulkan panorama yang mengasyikan dengan suasana yang hening. Tiba-tiba batang joran yang dipacakkan di gigi air menunjukkkan sesuatu. Batang jorang meliut dan membongkok ke hadapan dan semakin menunduk . Tanpa membuang masa, Ahmad yang berada berhampiran dengan joran tersebut bergegas ke arah joran tersebut. Sepantas kilat batang joran yang banyak berjasa sebelum ini di angkat dan pedal kekili dipusing. Tali yang tadi sekejap kendur dan sekejap tegang sudah berubah. Suasana menjadi semakin tegang. Ahmad memainkan peranannya kini. Ditunjuknya ilmu pusaka tok moyang. Berpantang maut sebelum ajal, berpantang undur sebelum kalah. Ditarik tali pancing dengan penuh hati-hati agar ikan yang dipancing tidak terlepas. Ditarik dan dilepaskan tali pancing itu dengan perlahan. Baginya tidak rugi jika mengundur selangkah untuk mara sepuluh langkah. Strategi menawan toman biarlah betul. Semua orang tau, toman tasik banding bukan sebarangan toman. Pernah suatu ketika dahulu, seorang pemancing mendaratkan toman seberat 10 kilo dengan menggunakan tali bersaiz 60. Hampir 20 minit pertarungan sengit berlaku akhirnya berjaya juga Ahmad mendaratkan ikan toman tasik banding yang dianggarkan seberat 15 kilo. Sabri, det, daniel kesemua mereka menjerit keseronokan. Itu merupakan petanda bahawa jampi yang dibaca dan dihembus oleh Sabri tadi benar-benar menjadi.

Mizi yang sebelumnya sibuk menyediakan makan tengahari bergegas ke tempat kumpulan memancing. Meninggalkan periuk yang masih lagi di api dan membuak-buak. Demi keseronokan yang ingin dikongsi bersama, segalanya cuba dilupakan buat seketika. Dibiarkan periuk nasi disitu sendirian.

“Hoi, bau apa ni, macam hangit saja”, ujar Daniel dengan memandang sekitar sambil hidungnya diungkit-ungkit ke atas untuk menentukan hala bau hangit yang dibawa angin. “Mizi, periuk nasi dah hangit, cepat pergi perlahankan api jika tak alamak makan nasi hangitlah kita”. Mizi tersentak apabila namanya disebutnya. Sedarlah kini, periuk yang diamanahkan di bawah kementeriannya berada dalam darurat. Api masih lagi marak dan air dadih nasi meruap melimpahi periuk nasi. Diambil ikan toman yang baru ditangkap tadi, disiang dan dipotong untuk di masak singan asam pedas dan digoreng. Dikupas kulit ikan toman yang tebal dan terlenjang dengan isi yang memutih. Sebahagian dimasukkan ke dalam periuk untuk digulai asam dan sebahagian lagi digoreng. Sekonyong-konyong tiba Daniel membawakan nasi bekal yang dibungkus dengan daun upih dari rumahnya. Diletakkan nasi tersebut dilongkokan barangan mentah yang akan diterpa sekejap lagi nanti.

Melihatkan keseronokan dan pertarungan hebat yang berlaku sebelumnya, Mizi tidak mahu ketinggalan. Disaat ini dirasakan amat sesuai baginya untuk turut sama menyertai pertarungan tersebut. Jika mereka yang lain berebut-rebut berentap dengan toman, bagi Mizi toman bukan pilihan hatinya. Toman jatuh ke nombor yang ke berapa dalam dirinya. Baginya tengas dan tamakang merupakan pilihan utama hatinya. Umpan anai-anai yang dikutip semalam selepas hari hujan di waktu remang-remang senja amat digemarai oleh ikan tersebut. Dikutipnya satu persatu anak anai-anai dari spesisis Kalotermitidae atau kelkatu yang jatuh ke anah dan tertanggal sayapnya. Bagi Mizi ia tidak kisah kalkatu jenis apa sekalipun asalkan ia kelkatu sudah cukup membangkitkan keghairahan ikan tengas dan temakang. Ikan sebegini amat pantang sekali dengan umpan sebegini. Selalunya umpan anak anai-anai tidak pernah mengecewakan. Digunakannya joran teleskopik yang baru dibeli di pasaraya Tesco, dua minggu yang sudah, dan ini merupakan kali pertama joran ini beraksi di Tasik Banding. Diikatnya mata kail yang bersaiz tujuh dan mencangkuk anai-anai tersebut dibahagian abdomen sehingga kepala. Dilabuhkan mata kail ke dasar tasik tasik. Suasana menjadi hening. Sehening tasik Belum.


Bab 2

Apabila hari hampir senja rombongan memancing beralih ke hulu sungai. Dikaakan di muara sungai Kejar merupakan salah satu tempat yang baik untuk melabuhkan pancing. Hasil dari risikan dan cakap-cakap orang yang terdahulu, sungai Kejar merupakan tempat yang amat sesuai untuk memancing kelah, tengas dan baung. Kalau ikan yang biasa-biasa saja seperti selat, sia dan sebarau tidak perlu lagi dipersoalkan lagi.

Sebaik saja bot yang membawa mereka berlabuh di muara sungai Kejar, Ahmad, Mizi, Daniel, Sabri dan yang lain-lain. Segala barangan yang dibawa, diangkut dan diletakkan ditebing sungai. Masing-masing memilih barangan utuk dibawa selain barangan peribadi dengan menyusuri denai yang kelihatan lenyah dengan tapak kaki yang dilalui oleh pengunjung sebelum ini. Disusuri perlahan-laan denai tersebut. Tanah yang berbecak dan berselut memerlukan kepakaran tahap tinggi memandangkan denai tersebut melalui pinggiran bukit yang agak curam. Daya cengkaman dan regangan amat penting di tika ini. Jumlah bebanan yang digalas dan barangan bimbitan menyebabkan perjalan tersebut agak sedikit goyah dan perlahan. Berderet-deret seperti kumpulan semut yang mengusung butiran gula. Dipertengahan jalan, kelihatan sebatang kayu mati yang merintangi perjalanan.

Khamis, 14 Januari 2010

Dilema guru tingkatan Enam

Sebagai warga pendidik yang terdedah dengan pelbagai perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan, pelbagai dasar dan penambahan yang dilakukan oleh kerajaan bagi menambahkan mutu pendidikan hatta dalam meningkatkan pelajar yang berkualiti samada di peringkat pra sekolah, menghapuskan masalah 3m sehinggalah meningkatkan taraf guru yang mengajar tingkatan enam. Dasar ini yang diperkenalkan pada tahun 2008 telah banyak menimbulkan pelbagai reaksi dan kontroversi di kalangan guru yang terlibat. ketiadaan dasar yang jelas dalam melaksanakan dasar ini menyebabkan guru yang mengajar tingkatan tersepit antara pentadbir dan kontrak yang harus dipatuhi. Ketiadaan dasar yang jelas dan pelaksanan yang tidak serentak menyebabkan berlaku kecelaruan yang tidak kesudahan. bayangkan di antara sekolah-sekolah yang berada dalam daerah yang sama dan jaraknya tidak sampai 10km mempunyai dasar yang berbeza seperti waktu pulang, satunya balik jam 4 pm termasuk kolukium dan R&D, manakala satu lagi hanya jam 3pm.
Ini belum lagi dikira dengan pelaksanaan Ko-kurikulum yang terpaksa melibatkan pelajar dan guru di tingkatan enam. Ketidakfahaman pentadbir tentang pelaksanaan ini menyebabkan ia semakin bercelaru, haru biru. Pemberian kenaikan pangkat seperti tiada makna lagi kerana guru-guru tersebut sudah berada dan mendapat timebase dan ia sudah tidak menguntungkan kerana bebabanan yang harus dipikul berat dengan pelbagai tugas seperti guru p&p, mengadakan R&D, kolukium, memberikan kuliah, merancang dan menlaksanakan ko-kurikulum dan yang paling utama waktu pulang guru hampir sama dengan masa mereka yang bekerja pejabat iaitu dari jam 7.30 pagi sehingga 3.30 petang atau dalam keadaan tertentu melebihinya. seringkali guru-guruini dipersalahkan andainya pelajar gagal dan disuruh membuat pelbagai perancangan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Ibarat disuruh pelajar berlari, bagaimana cara larian terpulang kepada kebijaksanaan seorang guru, tetapi tentang ini ...... sorry. pandai-pandailah macamana nak cari.
Jadi bagaimana mahu cemerlang jika hanya berharapkan impian dan kegigihan saja tanpa ....

Selasa, 12 Januari 2010

Sebening Royal Belum III

Deruman enjin bot yang kadangkala semput menyebabkan lamunan Ahmad seringkali terganggu. Gangguan –gangguan tersebut menyebabkan Ahmad berasa amat menyampah sekali. Tiada lagikah bot yang lebih elok dan canggih sedikit. Ahmad memandang ke arah belakang bot, dijelingnya pemandu bot. rasa kasihan pula dihatinya, pemandu bot tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap dirinya. Yang menjadi masalah sekarang ini, hanya bot itu saja yang bergerak perlahan, dilihatnya kuasa kuda tesebut hanyalah 60. manatah mampu bot tersebut mengangkut bilangan penumpang yang seramai 9 orang dengan purata berat keseluruhan mencecah 70kilogram. Dibuatnya, bot tersebut karam di tengah tasik banding, hanya tinggal satu harapan selebihnya akan tenggelam ke dasar. Impian untuk memancing akan turut terkubur bersama mereka.

Eiiii, ngerinya, bila memikirkan suasana tersebut. Ahmad tidak mahu memikirkan lagi perkara tersebut. Baginya, biarlah bot itu bergerak dengan perlahan, asalkan ia sampai ke destinasi dengan selamat. Disepanjang perjalanan tersebut, dilihatnya pohon-pohon yang berada di sekitar tasik itu yang menghijau dan mendamaikan hatinya. Ditambahi dengan kerjenihan air tasik yang belum ternoda oleh kerakusan pembalakan. Walauun ahmad tahu, terdapat kegiatan pembalakan di kawasan tersebut, sekurang-kurangnya, alam sekitar di kawasan tersebut tidak sewenang-wenang digondolkan sesuka hati.

Deruman enjin bot semakin perlahan apabila menghampiri kawasan alur air yang bergenting. Alur tersebut yang mengecil di bahagian hujungnya menyebabkan bot bergerak seperti merangkak melaluinya. Masing-masing yang berada dalam bot tersebut saling berpandangan, tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya. Pohon-pohon kayu yang mati dan bercerangah di dalam air kadangkala menyebabkan pemandu bot tidak menang tangan untuk mengelaknya. Mahu saja dilanggar kayu-kayu tersebut. Disaat bot tersebut dalam kepayahan mengharungi alur yang sempit, tiba-tiba bot yang yang dinaiki mereka terasa terumbang – ambing apabila damparan ombak dari beberapa buah bot laju dari Jabatan Perhilitan yang berkuasa tinggi. Kehadiran mereka di tasik tersebut untuk memantau kegiatan pemburuan haram dan sebagainya.

Dalam keasyikan melayan perasaan, rombongan memancing ke sungai kejar berselisih dengan beberapa orang dari masyarakat orang asli. Dengan serba kepayahan, mereka berkayuh dengan menggunakan buluh rakit untuk mencari sesuap nasi. Bagi mereka, tasik banding adalah merupakan nyawa mereka. Tanpa berbaju, berkulit gelap dan bergerutu akibat terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari menjadikan mereka sahabat alam yang akrab. Seperti kamelion, dari kejauhan, mereka ini seperti kepingan kayu yang hanyut bergerak perlahan-lahan. Kehidupan masyarakat orang asli di sungai kejar yang yang terdiri dari suku kaum temiar dan semai menyebabkan kulit mereka berbeza dengan suku kaum asli yang lain.

Sungguh kasihan melikat cara penghidupan mereka, yang bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan. Rakit tersebut adalah satu-satunya alat untuk mereka mencari makan. Diperhatinya Ahmad dengan sayu, bagaimana nanti jika segala sumber yang ada ditasik tersebut mengalami kepupusan, apakah mareka nanti berupaya mengikut arus semasa. Bagaimana nanti dengan anak-anak mereka. Apakah anak –anak mereka pada masa ini sudah merasai nikmat kemajuan. Direnungnya anak mata berkulit gelap sepintas lalu, apakah rambut yang berkerinting itu akan turut mengalami perubahan nanti, jika segala kemajuan yang dibawa masuk oleh kerajaan itu sampai kepada mereka. Apakah tiada lagi pondok-pondok yang dibina dari pohon bambu. Pada masa yang sama, sekumpulan anak muda mandi tasik di kedalaman air yang tidak terjangkau oleh kita. Betapa beraninya mereka. Tiada langsung sekelumit rasa takut dihati mereka. Ahmad mersa bersyukur, kerana penghidupannya kini sudah banyak berubah tidak lagi seperti masyarakat asli yang dilihatnya tadi.

‘Bang,kita masuk dan memancing dulu di sungai Selatan, lepas tu bila petang sikit kita ke sungai kejar, orang kata di sungai selatan banyak toman, jadilah bolehlah kita buat lauk untuk makan tengahari nanti’ ujar Daniel, ketua kumpulan memancing. Ahmad, Sabri, Det , dan yang lain-lain hanya diam membisu. Masing-masing memerhatikan saja. Tiada apa yang mahu diucapkan kerana ini merupakan kali pertama mereka menyertai kumpulan ini. Bot yang membawa 9 orang penumpang membeok ke arah sungai selatan.
Setibanya sahaja, anpa membuang masa, dikeluarkan Sabri Joran pusaka yang banyak berjasa kepadanya. Joran peninggalan orang yang berjasa dikampungnya, yang dianugerahkan kepadanya dek kerana ketangkasannya dalam menundukkan ikan yu semasa memancing di laut China Selatan berhampiran dengan Pulau Tioman. Masih ingat lagi olehnya, bagaimana ia membantu Tok Dollah Layar, menewaskan Ikan Yu yang seberat 25 kilogram dan sepanjang 8 kaki. Sabri dan Tok Dollah Layar telah berhempas pulas menewaskan ikan yu tersebut. Sehinggakan bot yang disewa oleh mereka terjongkit di bahagian hujungnya dan kadangkala berpusing-pusing akibat bertarung dengan ikan tersebut. Kini, Sabri mengharapkan tuah joran yang diberikan oleh Tok Dollah Layar, walaupun ia tahu, joran yang digunakan di laut tidak sesuai untuk memancing di tasik, dia tetap juga berharap agar berkat joran tersebut berpihak kepadanya. Diambilnya perambu yang bermata kail tiga, disangkut di bahagian hujung kail, dengan kekuatan tali bersaiz 100, dimasukkan umpan yang diadun istimewa untuk melayan ikan toman tasik banding. Sabri tahu, Ahmad juga tahu, begitu juga Daniel dan juga Det. Semua mereka tahu. Ikan Toman tasik banding bukan main-main caranya, mesti menggunakan formula yang khusus bagi menarik minat ikan tersebut mendekati umpan tersebut. Sudah seminggu perut ayam yang direbus, digaul dan diperap dengan belacan serta diuli dengan tepung. Umpan tersebut diharap akan dapat membangkitkan aroma dan mampu memikat cita rasa toman tersebut.

Sebening Royal Belum II












‘Fewwwwit’, bunyi sms yang nyaring telah mengejutkan lamunan Ahmad. Bagaikan dirasuk Syaitan, diterkam telefon bimbit tersebut, dibuka dengan penuh nafsu, bagaikan tersembul biji matanya, menatapi bait demi bait aksara yang tertulis di skrin telefon tersebut.

‘Hoi, tunggu apa lagi, jom lah, biarkan mereka dengan kursus mereka, kita buatkan kursus kita sendiri, jumpa nanti di tempat yang dijanjikan?’. Bagaikan dikejar hantu, Ahmad tergesa-gesa meninggalkan majis tersebut. Tidak peduli lagi. Tidak kisah apa lagi. Tidak semuanya. Baginya saat dan tika ini hanya Sungai Kejar yang berlegar dibenaknya. Biarkan saja mereka berbicara. Biarkan mereka berceramah. Biarkan mereka itu dan ini. Baginya Sungai Kejar adalah matlamat utamanya. Ahamad sudah tidak peduli lagi apa yang akan terjadi nanti. Semuanya itu tidak penting baginya pada tika ini.

‘Pit…..Pit…..Pit.! Bunyi hon kereta Unser keras berbunyi memecahkan suasana yang hening di rumah Ahmad. Kereta itulah yang ditunggu olehnya sejak sejam lagi. Kereta yang akan membawa dirinya ke Sungai Kejar, Royal Belum. Kereta yang mengangkut segala harapan dan memori dirinya berserta dengan rakan-rakannya. Tanpa memperdulikan apa lagi, Ahmad dengan sepenuh tenaga mengangkat barangan yang siap dipek terus ke dalam kereta Unser tersebut. Baginya tiada ruang dan waktu untuk mengucapkan kata-kata. Apa yang terbayang di matanya tentang kejernihan dan kedamaian tasik banding yang dimpikan selama ini. Sudah banyak kali didengari olehnya, dan kata-kaya kawanya, di sungai kejar nanti engkau boleh mandi sepuas-puasnya, kau boleh merasakan kesejukan dan kedamaian hutan tersebut.Tanpa banyak bicara, unser tersebut meluru laju membelah kehangatan.

Dalam beberapa waktu, masing-masing sibuk melayari rasa, unser akhirnya tiba ke penghujung. Dengan jarak sejauh 50kilometer, dirasakan olehnya begitu amat lama sekali, bagaikan bertahun lamanya. Apa kejadah kereta ini, begitu perlahan dan amat –amat sekali. Itulah yang dirasaka olehnya. Sedangkan unser tersebut dengan penuh keringat memerah tenaga untuk menngangkut si jembalang pemancing yang dirasuk untuk bertamu di Sg Kejar.

‘Maafkan saya Encik, boleh tumpang tanya, adakah encik ini dari Group Daniel yang akan memancing di Sg. Kejar nanti’ sapa pemandu bot, yang ditempah oleh di Daniel lebih kurang sebulan yang lalu. Dengan sepantas kilat diangguk dan diiyakan oleh Sabri yang begitu amat teruja sekali dengan ekspedisi Sg. Kejar kali ini. Baginya, ekspedisi kali ini amat berlianan sama sekai berbanding dengan sebelumnya. Bukannya dirinya tidak pernah memancing di sungai Kejar, sungai Tiang atau sungai Selatan. Sebut saja di mana sungai ditasik banding yang belum diterokai, semuanya sudah. Sehinggakan jika ikan itu boleh berkata-kata, sungai itu boleh mengocakan suara, jika unggas boleh melontarkan puisi bermadah, maka kesemua mereka akan bersepakat menuding jari ke arahnya.
‘Ok, semua sila angkut barang ke bot yang berwarna biru, pada masa ini sedang berada berhampiran dengan jeti’, tegas Daniel dengan laungan serak basahnya. Apalagi bagaikan pungguk merindukan bulan, bagaikan cincin di jari manis, bergegas mereka mengangkut dan meletakan semua peralatan memancing ke dalam bot tersebut. Bot tersebut bergerak meninggalkan Jeti Aman, menunju ke arah timur. Lebih kurang 30 minit perjalanan, bot tersebut terpaksa melalui satu pemeriksaan keselamatan yang dikendalikan oleh Tentera.

‘Ok, tuan-tuan, sila berikan kad pengenalan dan surat kebenaran untuk memasuki kawasan larangan, ada perubahan atau pertukaran ahli yang mengikuti ataupun tidak, atau ada membawa barangan larangan seperti alat menangkap ikan yang berbahaya, bom, alat memanahjaring dan sebagainya. Selain itu tuan tidak dibenarkan memakai pakaian keselamatan seperti seluar, baju atau apa-apa yang menyerupai, dikhuatiri mendatangkan bahaya’, ujarnya. Pegawai tentera tersebut dengan penuh lantang dan tegas menyuarakan arahan dan dasar keselamatan sebelum dibenarkan masuk. Matanya melirik liar memerhatikan kearah rombongan memancing. Terdengar suara yang memgumam tidak berpuashati kerana segala barangan yang di bawa oleh mereka digelidah. Terpaksa menadah telinga mendengar kuliah yang tidak dipinta. Masing-masing menunjukkan wajah mencuka riak, bosan dan mencuih bibir tidak berpuashati kerana mood untuk memancing telah diganggu oleh anasir yang tidak dipinta. Ahmad memalingkan muka ke arah daratan, memerhatikan burung raja udang dan enggang yang berkejaran di angkasa. Alangkah riang dan bebas mereka berterbangan tanpa perlu lagi memikirkan tentang apa yang patut dibuat dan apa yang perlu dipatuhi.

Bot enjin akhirnya bergerak jua menuju destinasi seperti yang dirancangkan.