Selasa, 18 Ogos 2009

Panduan Menganalisa Aspek Cereka Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Pendahuluan.
Pengkaji cuba mengupas sejauh mana Penulis iatu Maimunah Hj. Omar dalam membicarakan membicarakan beberapa panduan dalam menganalisis sebuah cereka. Penulis telah membahagikan perbincangan kepada tiga bab. Bab 1, membicarakan tentang panduan umum dalam menganalisa sesebuah novel cereka berdasarkan tema , plot , watak dan perwatakan , sudut pandangan , latar , gaya bahasa , nada dan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah novel.
Bab 2, Pembicaraan dikhususkan terhadap penganalisaan kesemua aspek cereka novel berdasarkan aspek yang dibincangkan di Bab 1 dengan menumpukan analisa terhadap novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Manakala Bab 3 pula mengisahkan pengkajian dan penelitian beberapa persoalan yang terdapat dalam cereka Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Sinopsis
Bab 1 membicarakan tentang beberapa aspek penganalisaan cereka berdasarkan tema dan ciri- cirinya , pendedahan tentang plot atau jalan cerita sebuah karya yang berfungsi menggerakan jalan cerita dari satu tahap ke tahap berdasarkan aksi watak. Watak pula adalah mengisahkan tentang aksi pelaku yang mengerakan plot dalam mengembangkan tema yang mahu disampaikan oleh penulis. Pengunaan bahasa dan gaya bahasa adalah merupakan satu cara pengarang menyampaikan karya kreatif dan berunsur dramatik dengan gaya bahasa tersendiri. Perbincangan mengenai latar dalam sesebuah karya merujuk perihal tempat dan masa yang terdapat dalam cereka dan membantu pembaca memahami cerita , peristiwa terjadi dan dimana berlaku.Bagi memastikan apa yang disajikan kepada khalayak dapat dirasai , pemilihan kata yang bersesuaian yang mengambarkan sikap dan perasaan pengarang melalui penggunaan bahasa. Aspek penganalisaan terakhir berdasarkan aspek pemikiran yang merujuk keseluruhan makna tersirat yang ingin disampaikan oleh pengarang .

Pada Bab 2 pengarang membicarakan tentang penganalisaan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur berdasarkan ciri – ciri yang dibincangkan sebelum ini iaitu;
a. Sinopsis
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur mengisahkan tentang liku – liku kehidupan Encik Muhammad dalam menjalankan perniagaannya. En.Muhammad merupakan salah seorang dari pengarah sebuah firma perdagangan yang terkenal di Kuala Lumpur dan berkongsi dengan En. Tan serta Tan Sri Syed Aris. Encik Muhammad seorang yang bercita- cita besar dan telah membuka sebuah Ladang Orkid yang diuruskan oleh isterinya Cik Tipah dan merancang untuk membuka sebuah kawasan perlombongan di Lembah Tualang. Antara kampung terlibat ialah kampungnya sendiri iaitu Kampung Pulai.

Encik Muhammad menghadapi masalah dan rintangan dalam memajukan Lembah Tualang sebagai kawasan perlombongan. Beliau terpaksa membeli tanah orang kampung dan memindahkan mereka ke kawasan tanah rancangan felda. Pada masa yang sama masyarakat memandang serong terhadapnya setelah tersebar khabar angin mengatakan rancangannya memajukan Jeram Medang sebagai pusat maksiat.

Rahim, anak Encik Muhammad yang belajar di luar negara turut menentang cadangan bapanya dan menganggap sebagai seorang pemeras , tamak dan zalim. Bagi mendapatkan sokongan anaknya , En. Muhamamad cuba merapatkan Mahani anak Tan Sri Syed Aris dan akhirnya mereka berkahwin. En. Muhammad Yusof, Wakil rakyat Lembah Tualang telah membantu Encik Muhammad menyelesaikan masalah penempatan penduduk Kampung Pulau ke Tanah Rancangan Felda.

Masalah Encik Muhamad masih belum selesai apabila rancangannya turut diganggu oleh Lebai Maarup salah seorang penduduk di Kampung Pulai. Lebai Maarup merupakan seorang anak muda yang mempunyai tanah di situ dan tidak mahu menjualkan tanahnya, sebaliknya ingin mewakafkanya. Rahim anaknya berjaya memujuk ayahnya supaya bersetuju dengan cadangan Lebai Maarup dan sebagai pertukaran, Rahim bersetuju menjadi pengurus syarikat perlombongan bapanya.

Tema yang cuba dibangkitkan dalam novel ini berkaitan dengan kebangkitan bangsa Melayu di dalam bidang perniagaan . Pada masa yang sama wujud kebangkitan pergerakan dakwah Islamiah dikalangan generasi muda dari dalam dan luar negeri.

Plot novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur mempunyai lebih dari satu cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang. Ceritanya mengenai cadangan En. Muhammad mengembangkan perniagaannya. Cerita kedua berkaitan perkembangan dan penerapan nilai – nilai islam yang dibawa Lebai Maarup , Imam Sahak dan lain- lain. Kepelbagaian plot yang digunakan pengarang menyebabkan ia tidak kronologi dan berlapis – lapis dan bercampur aduk dengan peristiwa lain . Struktur plot dalam novel ini bersifat moden yang terdiri dari lima tahap iaitu eksposisi , aksi menaik , klimaks , aksi menurun dan penyelesaian. Bagi memastikan cerita lebih menarik, Keris Mas telah memaparkan unsur konflik dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Konflik yang wujud dalam novel ini iaitu;
Konflik dalam diri watak yang diwakili oleh En. Muhammad dengan penduduk Kampung Pulai dan Konflik di antara Mahani dengan Rahim.
Konflik antara manusia dengan manusia contohnya Sudin dengan Mat Akil , Encik Muhammmad dengan Tauke Chan , Lebai Maarup dengan Mat Akil dan bebarapa watak lain.
Konflik antara manusia dengan Tuhan contohnya Ketaatan Encik Muhammad pada ajaran islam tetapi tidak mahu menerima cadangan Lebai Maarup mewakafkan tanahnya ke jalan Allah.

Berdasarkan analisa ke atas novel saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, pengarang telah berjaya mengambarkan watak Encik Muhammmad sebagai seorang yang berani , berpandangan jauh , berpendidikan tinggi dan berjaya dalam hidup. Watak Encik Muhammmad ini cuba digambarkan oleh Kris Mas mewakili satu golongan ahli perniagaan yang berjaya dilahirkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Selain dari watak Encik Muhammad ia turut memaparkan watak lain seperti Jahid , Mahani , Rahim ,Lebai Maarup , Imam Sahak dan lain – lain.

Penggunaan bahasa dari aspek pengkajian terhadap novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur menggunakan sesuatu perkatan dengan lengkap, tepat, lancar dan berkesan. Penggunaan dan pemilihan perkataan yang sesuai berjaya mengambarkan watak yang terlibat.Penggunaan perkataan Inggeris seperti ‘ air con’,‘ supermarket’ dan sebagainya berjaya mengambarkan kehidupan masyarakat kota.

Latar yang digunakan dalam novel berjaya mengambarkan keadaan sebenar sesuatu tempat seperti Pekan Tualang , Kedai Bunga Flora , Jeram Medang , Rumah Besar Tepi Bukit dan sebagainya. Latar masa yang digunakan dalam novel ini berlatarbelakangkan tahun – tahun 70an dan 80an berdasarkan graduan yang senang mendapat kerja sebelum tamat pengajian. Kepelbagaian latar yang digunakan oleh Keris Mas menjadikan perkembangan cerita lebih menarik , tidak statik , mengambarkan sosial masyarakat pada masa itu disamping pembaca berupaya menyelami peristiwa yang berlaku seolah – olah dialami sendiri .

Keris Mas menggunakan pelbagai sudut pandangan dalam mengembangkan dan mengambarkan perwatakan dalam sesebuah karya. Penggunaan sudut pandangan orang ketiga, sudut pandangan serba tahu, sudut pandangan objektif, sudut pandangan neutral dan sudut pandangan terhad. Umpamanya Keris Mas menggunakan sudut pandangan orang pertama bagi tujuan pengkisahan manakala pada bahagian – bahagian tertentu menggunakan sudut pandangan yang lain bagi menimbulan kesan – kesan tertentu.

Pada bab ke tiga pengarang lebih menumpukan kepada pengkajian beberapa persoalan yang dikemukakan dalam sesebuah cereka. Contohnya persoalan yang berkaitan dengan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur seperti asas keagaman , adat resam , kemajuan , kekayaan dan sebagainya.

Kelebihan dan Kekurangan
Berdasarkan buku yang ditulis oleh Maimunah Haji Omar , ia akan dapat membantu seseorang dalam menganalisa sebuah cereka berdasarkan ,
1. Tema dan persoalan yang yang ingin diutarakan dalam sesebuah cereka.
2. Mengenalpasti penggunaan plot yang yang terdapat dalam sesebuah karya.
3. Dapat mengenalpasti latar masa , tempat , masyarakat , budaya dan lain – lain.
4. Penggunaan gaya bahasa dan pemilihan bahasa yang digunakan oleh pengarang samada bahasa asing, pemilihan perkataan yang sesuai , penggunaan ayat yang tepat berdasarkan frasa ayat , semantik dan penggunaaan unsur – unsur bahasa . Penggunaan unsur bahasa ini akan dapat menimbulkan kesan emosi ke atas pembaca.
5. Pengambaran watak dan perwatakan .
6. Pemikiran yang ingin diutarakan .


Faedah kepada pengkaji.
1. Dapat memahami dasar- dasar kerajaan dalam membangunkan ekonomi orang Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru yang diwakili oleh watak Encik Muhammad. ( Noor Azam , 1975 )
2. Melalui buku ini ia akan dapat membantu pengkaji memahami aspek – aspek utama dalam menganalisa sesebuah cereka.
3. Membantu pengkaji mengenalpasti mutu sesebuah cereka berdasarkan ciri – ciri yang harus ada pada sesebuah cereka.
4. Memudahkan pengkaji membuat analisa mengenai teks yang berkaitan cereka dan genre lain .
5. Pendedahan kepada pengkaji aspek cereka jika digunakan dengan baik akan melahirkan sebuah karya yang bermutu .

Penutup.
Pengarang telah mendedahkan beberapa aspek dalam menilai sesebuah cereka.Bagi menghayati sebuah karya kesusasteraan, pengetahuan tentang kaedah dan penulisan sebuah karya adalah amat berguna kepada pembaca. Pengetahuan tentang teori dapat membantu pembaca memahami isi tersurat dan tersirat. Pembicaran setiap komponen yang berhubungkait antara satu dengan yang lain telah membantu pengkaji dalam memahami garis panduan penilaian sebuah karya cereka.

Bibliografi.
Noor Azam , Persfektif , DBP , Kuala Lumpur ,1975
Keris Mas , Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur , 2003.
Sahnon Ahmad ,Konsep wira melayu moden dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Di dalam Siti Aishah Murad ( selenggaraan) ,Konsep Wira Dalam Sastera Melayu,Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur , 1993
Sohaimi Abdul Aziz , Novel dalam kritikan ,Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang, 2004.

Selasa, 11 Ogos 2009

Pemikiran Ketatanegaraan dalam Teks Nasihat al-Muluk

1.0 Pendahuluan.

Sastera adab atau kenegaraan adalah merupakan petunjuk kepada golongan raja – raja dalam mentadbir negara yang diterangkan secara naratif tentang panduan mentadbir negara berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu khasnya raja-raja dari zaman Timur Tengah (Harun Mat Piah, 2006 : 549). Sebelum kedatangan Islam, penduduk di Nusantara telah terdedah dengan kitab ketatanegaraan dari pengaruh agama Hindu seperti Pacantara dan masyarakat Jawa iaitu Paraton. Setelah kedatangan Islam ke Nusantara, kitab ketatanegaraan Islam telah mempengaruhi pentadbiran raja-raja seperti Taj a-Salatin, Bustan al-Salatin dan sebagainya.

Penulisan karya Nasihat al-Muluk ( Nasīhatul Mulūk ) oleh Imam al- Ghazali (1058-1111) kemungkinan besar dikarang untuk Sultan Ahmad Sanjar ibn Malekshah, pemerintah Dinasti Saljuq pada tahun 1099 seperti dicatat oleh Jalāluddīn Humāyī. Karya Nasihat al-Muluk mengandungi kisah-kisah raja zaman pre-Islam di Parsi terutama Anoshervān dan selepas Islam. Nasihatul Muluk telah disalin semula ke bahasa Arab dengan menggunakan tajuk al-Tibr al-masbuk fi nasihat al-muluk.

Secara umumnya karangan ketatanegaraan hampir menyamai karya “Mirror of Princes”. Dalam kalangan masyarakat Melayu kewujudan karya ketatanegaraan merupakan petanda kewujudan pengaruh kesusasteraan Islam dalam memberikan panduan kepada raja-raja yang memerintah dan hubungan antara raja dan rakyat khususnya amalan keadilan. Teks Nasihat al-Muluk telah dikarang bertujuan menegur sultan yang zalim supaya bersikap adil dan saksama dalam pentadbiran negara dengan diolah melalui cerita-cerita yang lain seperti kisah nabi-nabi, Khalifah al-Rasyidin dan cerita-cerita agama dicelah-celah cerita lain. Kearifan dalam teks ketatanegaraan ialah raja/sultan yang adil, saksama dan bertanggungjawab itu adalah tonggak pemerintahan yang aman dan sejahtera. Di sini, karya ketatanegaraan khusus itu diperlukan untuk menegur kelemahan raja, termasuk tertunduk kepada nafsu dan kegelojohan, lebih-lebih lagi mengetepikan nasihat dan pesan raja sebelumnya, walaupun kisah kejatuhan kerajaan yang dikaitkan dengan kezalimannya itu adalah kiasan dalam memberikan nasihat kepada raja. Dengan kata lain, pengarang masa dahulu merasa diri mereka bertanggungjawab untuk menegur raja supaya insaf dan membaiki kelemahan dirinya, selain dikehendaki mengarang karya yang indah untuk halwa telinga, Ini bermakna karya sentiasa bersifat diaktif, sebagai pedoman dan cermin untuk khalayaknya supaya berbuat baik bagi mengekalkan keharmonian masyarakat.

Siti Hawa Salleh (2006 : 42) menyatakan konsep kenegaraan atau kerajaan yang dibentuk adalah berkaitan dengan peribadi orang yang dilantik menjadi raja atau sultan sendiri. Raja diberikan perlukisan sifat dan tokoh yang menarik, saksama, bertanggungjawab, adil, tidak menganiayai rakyatnya dan namanya harum dikenali orang. Sifat-sifat yang baik seorang raja akan melahirkan sebuah kerajaan dan menarik rakyat dari kawasan lain untuk berteduh di bawah naungannya.

Perbincangan Nasihat al-Muluk.
Antara pemikiran yang terdapat dalam Nasihat al-Muluk dapatlah dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya ;

2.0 Keadilan raja
Keadilan yang terkandung dalam Nasihat al-Muluk yang dikarang Imam al-Ghazali merupakan salah satu intipati utama. Menurut Imam al-Gahazali, keadilan seseorang raja merupakan kewajipan seorang pemerintah dan dituntut oleh Allah dan diberikan pahala di akhirat kelak. Berdasarkan sebuah hadis,

Dan sabda nabi alaihissalam, “Terlebih dikasih orang itu pada Allah taala dan terlebih hampir mereka itu segala raja-raja yang adil, dan terlebih dibenci akan mereka itu pada Allah taala dan terlebih jauh mereka itu dengan segala raja-raja yang aniaya.”
( Jelani Harun ( peny ) 2006 : 118 )

Menurut al-Ghazali, raja yang dilantik haruslah mempunyai sepuluh ciri untuk memastikan dirinya menjadi seorang raja yang adil dalam pemerintahannya. Ciri-ciri seorang raja yang adil berdasarkan pohon adil ialah mengetahui terlebih dahulu situasi kerajaan dan bahaya yang akan menimpanya, sentiasa menyukai majlis ilmu dan berbuat baik dengan alim ulama, tidak melakukan kezaliman terhadap rakyatnya, tidak sombong dan bermegah-megah dengan membesarkan diri, sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat, memenuhi hajat rakyat, tidak mementingkan nafsu syahwat, bertolak ansur melakukan sesuatu pekerjaan, bermuafakat dan yang terakhir jangan mengambil hak orang lain tanpa kebenaran ( Jelani Harun ( Peny), 2006 : 117 – 136 )

Nasihat al-Muluk bukan saja memperkatakan tentang keadilan seorang raja yang memerintah sesebuah negara tetapi juga memberikan nasihat. Menurut Imam al-Ghazali, raja hendaklah menjauhkan diri dari membuat kezaliman kerana boleh merenggangkan hubungan dengan rakyat jelata seperti dinyatakan oleh Imam al-Ghazali,

Bermula raja yang adil itu barang yang siapa adil pada antara segala hambanya, takut ia daripada aniaya, dan binasa. Dan raja yang aniaya itu celaka ia, tiada tinggal kerajaannya itu, dan tiada kekal. Dari kerana bahawasanya nabi sallallahu-alaihi wasssalam berkata,” Bermula kerajaan itu kekal ia serta kafir dan tiada kekal serta aniayanya.”
(Jelani Harun (peny), 2006 : 73 – 74)

Petikan Nasihat al-Muluk diatas menerangkan tentang sifat seorang raja mestilah seorang yang bersikap adil dan saksama dalam membuat sesuatu keputusan agar tiada orang yang teraniaya. Kesilapan dalam membuat keputusan akan menyebabkan sesebuah kerajaan akan mengalami kejatuhan. Menurut Siti Hawa Haji Salleh (2003 : 43), konsep ketatanegaraan mempunyai hubungan rapat dengan antara raja dengan rakyat. Kesalahan pentadbiran daripada pihak raja menyebabkan negeri yang diperintah akhirnya membawa kehancuran walaupun sebelumnya sebuah negara yang kuat.

Selain itu, Nasihat al-Muluk membincangkan peranan akal dalam Bab Enam. Menurut Imam al- Ghazali, pemerintah yang baik ialah pemerintah yang berakal dan menggunakan akal dalam membuat keputusan. Imam al-Gahazali turut mengisahkan kemuliaan akal dan berakal dengan mengemukakan kisah Khaifah Ma’mun. Khaifah Ma’mun telas menulis sepucuk surat kepada Nursirwan Adil, berkenaan kelebihan akal. Kelebihan akal menurut pandangan Nursirwan Adil, “bahawasanya tiada bagi raja itu dan tiada bagi rakyat itu yang terlebih baik daripada akal”
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 123)

Pemerintah disaran mengunakan akal fikiran semasa memerintah supaya wujud keadilan kepada rakyat. Keadilan raja bukan saja terhad dalam membuat keputusan tetapi melibatkan segala aspek kehidupan seperti makan minum, keluarga dan tempat tinggal, dan keadilan batiniah. Imam al- Gahazali menasihatkan raja agar tidak bertuhankan nafsu syahwat dan kusar seperti dalam petikan berikut,

Seyogia bagi yang berkehendak akan memeliharakan adil atas segala rakyatnya itu bahawa ditertibkan akan segala hambanya dan segala yang bekerja padanya bagi adil ia. Dan dipeliharakan segala hal yang dikerjakan dan dilihat pada isi rumahnya, dan segala anaknya, dan segala tempatnya. Dan tiada sempurna baginya demikian itu melainkan memelihara adilnya dahulu daripada batinnya. Dan demikian itu bahawa jangan dikeraskan akan syahwatnya dan kusarnya atas akalnya. Dan jangan dijadikan akalnya dan agamanya itu akan tuannya syahwatnya dan kusarnya, tetapi dijadikan akan akalnya dan agamanya itu akan tuannya syahwat dan kusarnya.
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 128)

Selain daripada itu, menurut Imam al-Ghazali yang disebutkan sebagai adil ialah mempunyai akal yang sempurna.

Ketahui oleh mu hai raja, dan nyatakan dalam hatimu bahawasanya kelihatan adil itu daripada kesempurnaan akal jua.

Dan barangsiapa tiada ada ia berakal, tiada ia adil, dan tempat diam itu api neraka. Maka dari kerana sebab inilah ada kepala harta segala yang bahagia itu akal jua.
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 129)

Nasihat al-Muluk juga banyak menerangkan beberapa bentuk keadilan sebagai panduan kepada raja yang memerintah iaitu:

i. Raja harus memahami tugas dan tanggungjawab.
Apabila seseorang putera raja ditabalkan menjadi raja, raja wajib mengetahui peranan dan tanggungjawabnya. Kedudukannya bukan saja sebagai ketua pemerintah dengan mengeluarkan segala arahan tetapi bertanggungjawab kepada Allah S.W.T yang memberikan amanah kepadanya. Segala perbuatan raja semasa memerintah rakyatnya dinilai baik dan buruk.

Bahawa diketahuinya (raja) dahulu kadar kerajaan dan mengetahui akan bahayanya. Maka bahawa kerajaan itu suatu nikmat bagi yang berdiri dengan sebenar-benarnya, diperoleh daripada bahagia yang tiada hingga baginya, tiada kemudiannya. Dan barangsiapa taksir daripada berdiri dengan haknya diperolehi ia dalam celaka.
(Jelani Harun ( peny.), 2006 : 78)
ii. Raja harus beriman dan beramal salih.

Seseorang yang ditabal menjadi raja mestilah seorang yang beramal salih dan sentiasa mentaati Allah S.W.T. Raja yang taat dan sentiasa mematuhi perintah Allah S.W.T menjadikan dirinya seorang yang adil , beriman, bertakwa, serta sentiasa memberikan pedoman kepada rakyatnya.

“Bahawa (raja) jangan menuntut akan kesukaan seorang daripada manusia dengan bersalahan dengan syarak”.
( Jelani Harun (peny.), 2006 : 83 )

iii. Raja harus menjadikan peribadi yang adil.
Rasullulah S.A.W telah mengaitkan keadilan raja berkaitan rapat dengan agamanya,“Yang adil itu kemuliaan agama dan dalamnya itu kebaikkan segala raja-raja dan kuat segala yang khas, dan segala yang am, dan dalamnya itu adalah kebaikan rakyat, sentosa mereka itu, dan afiat mereka itu. Dan segala pekerjaan itu ditimbang dangan timbangan yang adil.” (Jelani Harun (peny.), 2006 : 118)

vi. Raja harus mengadili pertikaian rakyat.
Raja Anursyarwan telah menyelesaikan pertikaian rakyatnya berkaitan dengan penemuan harta yang terdapat dalam sebidang tanah yang telah dijual oleh seorang rakyatnya kepada sahabatnya. Masing-masing tidak mahu menerima harta tersebut berada disitu sebelum dijual, manakala Penjual tidak mahu menerimanya dengan alasan tanah tersebut telah dijual. Raja Anusyarwan telah menyelesaikan pertikaian tersebut dengan cara mengahwinkan anak mereka.

v. Raja harus menghormati ulama.
Sebagai seorang raja yang menerima amanah dari Allah S.W.T, pemerintah hendaklah sentiasa patuh dan menurut segala ajaran Islam dengan mempelajari ilmu agama dan mendapat nasihat dari mualim. Panduan dan nasihat yang diberikan oleh ulama dapat membentuk sebuah negara mengikut syariat Allah S.W.T.

Bahawa sentiasa rindu (raja) kepada melihat segala ulama dan loba ia atas mendengarkan pengajar mereka itu.
(Jelani Harun ( peny.), 2006 : 105)


vi. Raja harus bijaksana
Diceritakan dalam teks Nasihat al-muluk, raja mestilah seorang yang bijaksana dalam mentadbir negara. Raja mesti seorang bijak, tegas dan adil dalam mengurus permasalahan yang wujud. Contohnya kisah Raja Kasytasyat dengan seorang Pengembala Kambing. Pengembala Kambing telah menyalib anjingnya yang gagal menjaga belaan daripada dibaham harimau sebaliknya mendiamkan diri. Kisah ini menimbulkan kesedaran kepada Raja Kasytasyat berkenaan menterinya yang gagal menguruskan rakyat jelata dan sebaliknya mengkhianati amanah. Raja Kasytasyat telah memerintah Wazir Rasat Rusan menyiasat salah laku yang dilakukan wazir dan menjatuhkan hukuman sula. Nasihat al- Muluk telah berjaya mengolah cerita yang berunsur nasihat berkenaan kawanan kambing sebagai rakyat jelata, manakala Pengembala Kambing ialah pemerintah dan anjing sebagai seorang Wazir yang diamanahkan menjaga kebajikan rakyat.

Kebijaksanaan raja mentadbir negara menjadikannya seorang yang matang, sabar, telus dalam tadbir urus negara dan sentiasa berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rakyat dan negara, bijak berkomunikasi, berpandangan jauh, mempunyai siasah yang tinggi menyebabkan dirinya dihormati rakyat dan disegani musuh.

“Seyogia bagi yang berkehendak akan memeliharakan adil atas segala rakyatnya itu bahawa ditertibkan akan segala hambanya dan segala yang bekerja padanya bagi adil ia. Dan dipeliharakan segala hal yang dikerjakan dan dilihat pada isi rumahnya, dan segala anaknya, dan segala tempatnya. Dan tiada sempurna baginya demikian itu melainkan memelihara adilnya dahulu daripada batinnya. Dan demikian itu bahawa jangan dikeraskan akan syahwatnya dan kusarnya atas akalnya. Dan jangan dijadikan akalnya dan agamanya itu akan tuannya syahwatnya dan kusarnya, tetapi dijadikan akan akalnya dan agamanya itu akan tuannya syahwat dan kusarnya.”.
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 128)

vii. Raja harus mengasihi rakyat
Raja yang adil sentiasa dan mengasihi rakyatnya dan selalu memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyatnya. Raja yang mengasihi rakyat tidak akan membiarkan rakyatnya menderita dengan mengenakan pelbagai cukai yang membebankan, majlis yang membazir, bersikap pemaaf dan pemurah. Kesannya, rakyat akan sentiasa menghormati, menumpahkan taat setia dan mendoakan kesejahteraan raja
.
“Bahawa jangan suka pada mengangkat tanganmu (raja) daripada aniaya tapi kauringankan akan segala hambamu itu, dan segala taulanmu, dan segala yang bekerja padamu, dan yang menunggu pintumu”.
(Jelani Harun ( peny.), 2006 : 55)

Menurut Aflatun, raja yang kuat bukan saja seorang raja yang dapat menewaskan lawannya, tetapi seorang yang tenang, berfikir, berakal, menjaga kemuliaan diri dan menjaga hati rakyatnya dengan mengambil pedoman kerajaan yang terdahulu dalam mentadbir rakyat. Raja mesti beradab semasa berurusan dengan rakyat agar sentiasa dihormati dan dipandang mulia. Raja yang tidak mengasihi rakyat dan bersikap zalim ibarat seorang raja yang tidak berakal seperti sifat binatang seperti yang diungkapkan oleh syair dibawah,

Yang baik hatinya itu bertempat-tempat harimau,
Tinggalkan olehmu bersenda-senda kata,
Apabila tiada engkau dalamnya itu harimau,
Peliharakanlah diri kamu serta dua biji matamu.
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 120)

Bahawa engkau ( raja) sungguh-sunguh akan gemar daripadamu daripada sekalian rakyatmu dengan dengan muafakat dengan syarat.
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 128)

Raja yang menyayangi rakyatnya sepanjang dan sentiasa menunaikan segala kehendak hambanya, ibarat kasih Allah S.W.T terhadap hambanya seperti sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam, “bermula segala raja-raja yang tiada kasih pada rakyatnya itu maka tiada dikasih akan dia pada hari kiamat” dan “Hai Tuhanku, berikan oleh-Mu kurnia pada segala raja-raja yang memberi kurnia akan segala rakyatnya dan kusarkan oleh-Mu atas segala raja-raja yang kusar ia atas segala rakyatnya”. (Jelani Harun (peny.), 2006 : 37)


viii. Raja harus mengekalkan peribadi yang baik.
Raja mestilah seorang yang mempunyai keperibadian yang baik, amanah dan bertanggungjawab kepada Allah S.W.T dan rakyatnya. Raja yang baik sentiasa menjaga tingkahlaku dan mempunyai peribadi yang baik, menghindarkan diri dari melakukan kejahatan dan menyalahi hukum syarak seperti berjudi, menipu, minum arak yang boleh menyebabkannya di pandang hina oleh rakyat.

“Bahawa jangan engkau (raja) adat akan dirimu itu kelengkar dengan syahwat daripada memakai kain yang sangat baik, dan makan akan makanan baik, tetapi engkau kerjakan qanaat pada segala pekara itu. Maka tiada adil baginya dengan tiada qanaat ia”.
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 78)

xi. Cita- cita tinggi seorang raja
Raja yang dihormati dan disanjungi rakyat, tidak bersikap sombong, bongkak dan zalim dalam berhubung dengan rakyatnya bagi mengelak dirinya dipandang hina dan sentiasa dihormati oleh rakyat. Banyak kerajaan sebelumnya telah runtuh kerana sikap raja yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Kerajaan yang baik dan adil dipelihara oleh Allah S.W.T dan sentiasa memenuhi kehendak rakyat tanpa mengira masa dan menghindari dari diampu orang bawahan.

3.0 Kebijaksanaan pembesar.
Menurut Siti Hawa Salleh (2003 : 42), raja dengan pembesar mempunyai hubungan yang erat. Dalam sistem pentadbiran, rakyat bergantung penuh kepada raja yang adil, saksama dan bijaksana. Dalam Nasihat al- Muluk kemuliaan raja bergantung kepada menteri yang dipilih. Menteri berperanan besar dalam mentadbir negara dan merupakan tulang belakang raja seperti Firman Allah Azzawajalla di dalam surah;

[An- Nahl : 43]: “Tanyalah olehmu mereka itu tentang pekerjaan.” Dan cerita mengenai Nabi Musa alaissalam [Taha:29-33]: “ jadikan oleh-Mu akan daku menteri daripada isi rumahku Harun saudaraku, Kau keraskan dengan dia kuatku dan Kau satukan ia dalam pekerjaan ku’.
( Jelani Harun ( peny ) 2006 : 136 )

Nasihat al- Muluk telah memberikan panduan didalam membuat pilihan melantik menteri berdasarkan ciri-ciri berikut,

a. Menteri mestilah seorang yang berakal, pengasih, boleh dipercayai, berilmu, adil, salih, amanah dalam melaksanakan perintah raja dan bijak menyimpan rahsia. Sifat amanah menteri yang dipilih oleh raja dapat melahirkan sebuah kerajaan yang makmur, baik dan mulia. Kesukaan raja adalah menghapuskan musuhnya, taat dan membesarkan darjat seperti yang diucapkan oleh Anusyarwan pada anaknya;

“Permuliakanlah olehmu kan menteri mu kerana bahawasanya apabila dilihat akan dikau atas pekerjaan yang tiada harus bagimu bahawa tiada muafakat akan dikau atasnya”
(Jelani Harun (peny.), 2006 : 137 )

b. Menteri yang dipilih mestilah seorang yang alim dan bijak menasihati raja ke arah kebaikan jika mendapati raja tidak bersifat adil dengan menganiaya rakyatnya. Kemahuan rakyat ialah seorang raja yang adil dan baik seperti ditanya oleh Bahram ( Jelani Harun ( Peny), 2006 : 138 ) terdiri dari enam pekara iaitu, ( a ) mempunyai seorang menteri yang salih, ( b ) kuda yang baik, ( c ), pedang yang baik, ( d ) kota yang teguh dan harta yang bernilai tinggi, ( e ) isteri yang baik budi pekerti dan ( f ) tukang masak yang pandai.

c. Menteri yang dipilih juga seorang yang mampu mengajar dan memberikan nasihat kepada raja seperti ditegaskan oleh Qadhi Qudhat pada masa pemerintahan Raja Anusyarman, “bahawasanya tiada boleh memeliharakan kerajaaan itu melainkan dengan sahabat yang empunya pemilih lagi mengajari mereka itu bersungguh serta raja itu”. Selain itu menteri yang dipilih juga seorang yang mampu membentuk dan menasihati raja menjadi seorang taat dan takut pada Allah, bersikap amanah, berbuat kebenaran dan mencari keredhaan rakyat dan Tuhan serta mempercayai sebenar-benarnya sesuatu itu datang Allah Taala. Diceritakan hubungan antara raja dengan menteri amat erat ibarat isi dengan kuku. Rosak ketua rosaklah anak buahnya seperti kisah antara Nabi Sulaiman dengan Seri-Seri. Berkatalah Nabi Sulaiman, “Tetap engkau”. Berkatalah seri-seri itu, “Tetaplah engkau dahulu supaya tetap aku” (Jelani Harun (peny.), 2006 : 139).

Berdasarkan surat yang dihantar oleh Wazir Yunan kepada Raja Anursyarwan yang mengandungi empat pesanan iaitu sentiasa bersikap adil, berakal, bersabar dan merasa malu. Pada masa yang sama jangan meninggalkan empat pekara iaitu bijak berbicara dan tipu muslihat, kecut hati , bersifat kedekut, dan suka berperang. Sifat tersebut harus ada pada setiap raja agar dapat menimbulkan perasaan kasih dan sayang rakyat terhadap rajanya. (Jelani Harun (peny.), 2006 : 110).

Sabda Rasulullah (S.A.W) “Apabila dikehendaki Allah pada seorang raja akan kebaikan, dilimpahkan baginya menteri memberi nasihat, lagi benar ia, lagi fasihat. Jika lupa raja itu diingatkan akan dia, dan minta tolong dengan dia, ditolonginya”.
(Jelani Harun ( peny.), 2006 : 110)

d. Menteri merupakan hiasan atau lambang seorang raja. Menteri dilantik mestilah seorang yang alim, berakal, tua dan mahir dalam melakukan pekerjaan. Contohnya bagaimana kebijaksanaan Umar ibn Laith dalam mengadili tindakan saudaranya Abi Ja’far Zaiduyat yang telah mendera hambanya dengan menendang dan memukul sebanyak 26 kali. Tindakan Abi Ja’far Zaiduyat telah menimbulkan perasaan kurang senang Umar. Ekoran itu, Umar telah memanggil Abi Ja’far Zaiduyat dengan memberikan nasihat dengan mengibaratkan hamba yang dipukul seperti dua bilah pedang yang diletakan dalam satu sarung. Nasihat yang disampaikan oleh Umar secara simbolik telah menimbulkan kesedaran dan keinsafan terhadap Abi Ja’far Zaiduyat.

Raja bukan saja bertanggungjawab dalam melantik menteri dan memastikan mereka menjalankan amanah yang diserahkan kepada mereka, tetapi pada masa yang sama, raja harus bertanggungjawab terhadap orang yang berada dibawahnya seperti,
i. Apabila mendapati menteri yang dipilih melakukan kesilapan, siasat terlebih dahulu, membetulkan kesalahan, jangan terburu-buru menghukum menterinya.
ii. Seseorang menteri akan dipandang mulia kerana kebijaksanaannya, memahami kehendak rakyat, tidak tamak harta dunia. Menteri mestilah seorang yang adil dan tidak melakukan kezaliman dengan membunuh orang yang tidak berdosa, merampas harta yang dipusakai oleh rakyat sebaiknya mereka menjaga kebajikan rakyat agar mereka dipandang tinggi oleh masyarakat.
iii. Seorang yang sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam menjalankan amanah yang ditugaskan kepadanya.
iv. Seorang raja tidak boleh menyerahkan tugas mentadbir negara kepada seorang menteri yang tidak mahir dalam mentadbir negara, jika diserahkan juga tugas tersebut akan menyebabkan kerajaan menjadi huru-hara,

4.0 Kepatuhan rakyat
Dalam sesebuah negara, kepatuhan dan ketaatan rakyat kepada raja berkaitan dengan keadilan dan keprihatinan raja terhadap pentadbirannya. Keadilan dan kepatuhan rakyat terhadap raja banyak diperkatakan dalam teks Nasihat al-Muluk. Contohnya nasihat yang disampaikan oleh Wazir Yunan melalui sepucuk surat kepada Raja Anursyarwan

Kepatuhan rakyat kepada raja disebabkan beberapa sebab seperi perasaan takut atau perasaan hormat terhadapnya. Nasihat al-Muluk banyak menceritakan tentang kepatuhan rakyat terhadap rajanya. Dalam keadaan tertentu, adab bersama raja amat dititikberatkan yang bertujuan untuk melahirkan perasaan hormat dan patuh. Jika rakyat tidak patuh dan bersikap kurang sopan, hamba tersebut akan menerima padahnya seperti yang dikatakan oleh Sufyan al-Thawri, “Jangan bersahabat bagi raja-raja dan pelihara olehmu berkhidmat padanya, dari kerana bahawasanya jika ada engkau bagi mengikut, dilelahkan akan dikau. Maka jika engkau sangkal akan dia akan dibunuh akan dikau. Maka tiada ia memberi kepadamu”. ( Jelani Harun ( peny. ) 2006 : 115 )

5.0 Ilmu, akal dan budaya
Bauran ilmu dalam Nasihat al-Muluk banyak memperkatakan tentang peranan alim ulama dalam mentadbir negara. Kealpaan ulama memberikan nasihat dan panduan menyebabkan negara mengalami kerosakan. Ulama berperanan besar dalam pentadbiran seperti kata Ali ibn Abi Talib, “Adalah segala-gala manusia itu pada zaman itu tidur dan adalah segala ulama itu jaga ia. Dan pada hari ini segala ulama itu tidur dan segala makluk itu mati. Maka apa faedahnya berkata-kata orang yang tidur itu bagi orang mati?”(Jelani Harun (peny.) 2006 : 118).

Nasihat al-muluk turut menyinggung berkenaan perhubungan diplomatik dan kepentingan penghantaran surat atau utusan negara. Imam al-Gahazali memberikan nasihat agar surat yang ditulis dapat memberikan pengajaran dan panduan kepada seseorang raja dan boleh dirujuk kembali. Hasil penulisan merupakan lambang keagungan atau cerminan kehidupan masyarakat lampau serta memberikan teladan kepada generasi selepasnya. Ilmu pengetahuan dipandang tinggi Islam seperti firman Allah dalam [Surah Al- ‘Alaq : 1-4 ] : “Bacakan olehmu ya Muhammad, dan Tuhan-mu yang terlebih mulia yang memberitahu dengan kalam, memberitahukan segala manusia barang yang tiada diketahui.”

Nasihat al-muluk telah memberikan panduan dengan jelas adab-adab dalam menulis surat seperti menggunakan tulisan yang jelas, kalam yang runcing, khat yang baik serta pemilihan kata dan bahasa yang baik. Contoh surat yang ditulis oleh Abdullah ibn Rafi’ bagi pihak Khalifah Ali ibn Abi Talib (a.s). “Hai Abdullah, perbaik olehmu akan dakwat kamu dan luaskan olehmu antara segala mistar itu dan himpunkan olehmu antara segala huruf.”. Surat – surat yang ditulis kerajaan dihantar secara rasmi dan dimuliakan dengan beberapa tanda atau mohor seperti penggunaan cincin yang bertanda Lailahaillallah Muhammadar Rasullulah. Surat yang diterima dari negara lain akan dibaca dengan segera. Surat yang rasmi yang ditulis dengan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan tepat.

Berdasarkan Surah Al-Alaq, ilmu adalah amat penting dalam kehidupan manusia. Ilmu itu berfungsi sebagai alat perhubungan manusia dan cerminan hidup bermasyarakat. Ilmu dan pedang cukup sinonim dalam sesebuah masyarakat pada suatu masa dahulu. Seorang yang tiada berilmu pengetahuan dan kemahiran berpedang dipandang rendah oleh masyarakat. Pada masa dahulu kalam digunakan sebagai salah satu perantaraan dalam merekod pelbagai perkara seperti mencari sumber alam, perubahan musim, astronomi dan perniagaan.

Bauran ilmu yang terdapat dalam Nasihat al-Muluk banyak memaparkan kesukaan raja dan pembesar yang sentiasa mencintai majlis ilmu. Contohnya perbincangan ilmu mengenai peranan akal semasa pemerintahan Khalifah Ma’mun. Dari segi sosial, kedudukan seorang yang berilmu akan dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Bagaimanapun jika orang yang berilmu mencintai dunia dan perutnya, dirinya dipandang hina oleh masyarakat. Manakala manusia yang tidak berakal dan berilmu dipinggirkan masyarakat dan ini berbeza bagi yang berakal, berilmu dan sentiasa berbuat kebaikan serta mematuhi suruhan Allah S.W.T.

Ilmu berupaya memandu akal ke arah kebaikan, mentaati Allah dan menjauhi diri dari melakukan kejahatan. Akal dapat membezakan seorang yang beriman dengan orang yang jahil, bertuankan nafsu, bermegah-megah, zalim dan sentiasa menjauhi kebaikan. Kedudukan akal dalam Islam dapat mengangkat kedudukan dan kemuliaan seseorang dalam masyarakat berbanding mereka yang jahil. Diam seorang yang berilmu adalah lebih baik berbanding dengan percakapan seorang yang jahil.

Kelebihan orang yang berilmu menyebabkan dirinya dihormati, dipandang tinggi melebihi daripada menghormati orang tua ( Jelani Harun ( peny. ), 2006 : 175 ), kerana ilmu yang ada padanya dapat mengelak dirinya dari neraka dan menghampirkan diri dengan syurga.

Nasihat al-Muluk mengalakkan proses pencarian ilmu dan sentiasa bersabar. Kesabaran adalah ilmu atau kemuliaan menuju ke arah kebaikan, menyelamatkan akidah, memperolehi manfaat darinya, serta mengajari dan memberikan nasihat kepada orang lain.

6.0 Kepentingan Hukuma
Naskah Nasihat al-Muluk pada fasa ini banyak membicarakan tentang hukuma atau peraturan / wasiat yang ditinggalkan oleh orang yang terdahulu sebagai panduan kepada rakyat atau raja bagi sesebuah negara. Panduan atau peraturan yang dibincangkan berkaitan dengan kehidupan seharian seperti hubungan manusia dengan penciptanya iaitu Allah, hubungan sesama manusia, bermasyarakat dan tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Antara panduan yang diberikan berdasarkan Nasihat al-Muluk, panduan menjaga kesihatan mata, hendaklah sentiasa melihat sesuatu yang berwarna hijau, air yang mengalir, minum minuman yang hening dan melihat wajah manusia yang tenang. Bagi mengelak dari terkena penyakit, hendaklah mengurangkan mengambil makanan masin, mandi dengan air panas, melihat matahari yang terik dan melihat musuh. Selain itu terdapat beberapa pekara yang akan melemahkan anggota badan seperti banyak memakan daging, banyak berjimak dan tidur selepas waktu isyak. Empat pekara yang akan menyihatkan badan seseorang ialah makan pada masanya, tidak berlebihan dan tidak melakukan sesuatu yang sia-sia.

7.0 Kewanitaan.
Nasihat al-muluk telah memberikan bererapa contoh dan panduan kepada raja dan marhain untuk memilih isteri. Menurutnya sebaik-baik isteri yang dipilih mestilah berdasarkan sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam, “Sebaik-baik segala perempuan dan lebih berkat mereka itu yang baik parasnya, yang peranak, yang ringan mas kahwin” dan “Wajib atasmu dengan perempuan yang merdeka, maka bahawasanya ia terlebih suci dan lebih berkat”. Terdapat banyak panduan diberikan untuk menilai seorang perempuan yang baik untuk dijadikan isteri. Bagaimanapun, Nasihat al-Muluk telah menyarankan agar perempuan yang dipilih itu mestilah berdasarkan kepada agamanya, bukan kepada paras rupa, harta dan nafsu. Melalui agama, isteri tersebut akan taat pada suaminya dan merupakan dinding kepada api neraka.

Selain itu, Nasihat al-Muluk turut memberikan nasihat kepada raja yang memerintah tentang kebaikan dan keburukan perempuan. Banyak kerajaan di dunia yang runtuh kerana seorang perempuan. Kealpaan dan sikap yang suka berpoya-poya menyebabkan negara menjadi huru hara dan menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap raja.

Nasihat al-Muluk telah membincangkan sepuluh sifat perempuan adalah seperti binatang iaitu babi, kera, anjing, ular, baghal, kala, tikus, burung, luak dan kambing. Sifat perempuan yang pertama iaitu seperti babi, hanya memikirkan tentang makan dan minum tanpa memikirkan peranan dan tangjungjawab mereka kepada agama, keluarga dan bangsa. Kedua yang berperangai seperti kera, iaitu berkenaan dengan sikap perempuan amat menyukai segala barangan perhiasan seperti emas dan perak, suka bermegah-megah terhadap orang lain dan menggunakan kedudukan suaminya tanpa memikirkan kesannya. Ketiga pula perempuan yang mempunyai sifat seperti anjing, perempuan yang tidak mempunyai sikap hormat terhadap suaminya. Perempuan ini digambarkan sebagai seorang yang suka memarahi dan sentiasa bertengkar dengan suamiinya apabila kehendaknya tidak dipenuhi dan sebaliknya akan memuji apabila dirinya dilumuri dengan intan, emas dan permata. Perempuan seperti anjing seorang yang suka bermuka-muka untuk mendapatkan sesuatu.

Sikap perempuan seperti baghal pula, merujuk pemikiran yang lemah. Apabila seorang isteri dimarahi dan ditegur oleh suaminya, terus melarikan diri dari rumah dan tidak mahu lagi kembali. Perempuan yang mempunyai sikap seperti kala, perempuan yang suka membuat fitnah dan mengadu domba sesama jiran menyebabkan jiran berseteru, dengki-mendengki dan bergaduh tanpa perasaan takut terhadap azab yang dijanjikan oleh Allah. Perempuan yang berperangai seperti tikus, perempuan yang suka mengambil dan mencuri barangan suaminya dan kemudian disembunyikan ketempat lain atau memberikan kepada saudara maranya tanpa pengetahuan suaminya.

Perempuan yang berperangai seperti burung, merujuk kepada perempuan yang mengabaikan keluarganya dan menjaja kehidupan keluarganya kepada orang lain pada siang hari dengan mempersoalkan tanggungjawab dan kasih sayang suaminya terhadap dirinya. Perempuan yang berperangai seperti luak, berkaitan dengan sifat perempuan yag suka memaki suaminya apabila berada di rumah dan berpura-pura sakit. Sedangkan semasa peninggalan suaminya semua berada dalam keadaan elok dan yang terakhir perempuan yang berperangai seperti kambing, bersifat pengasih, salih dan mentaati suami dan Allah. Perempuan sebegini memberikan keberkatan kepada keluarga.

Nasihat al-Muluk banyak memberikan panduan kepada pemerintah dan masyarakat dalam memilih perempuan sebagai pasangan hidup dan perhubungan sesama manusia. Perhubungan yang terjalin mestilah berdasarkan hukum syarak dan diredhai Allah. Perempuan yang dianjurkan dalam Islam sentiasa sabar, rajin, menjaga maruah suami, redha dengan takdir Ilahi dan sentiasa mentaati suami dan Allah. Diceritakan juga bagaimana seorang perempuan yang bertaqwa dapat mengembalikan seorang lelaki yang sesat ke jalan Allah dan kisah Raja Kasyru dan bersama isteri yang bernama Syirin berhajat mahu makan ikan. Kebijaksanaan isteri Raja Kasyru dan Pengail menyebabkan Raja Kasyru menjadi seorang yang pemurah.

8.0 Kesimpulan.
Nasihat al-Muluk yang dikarang oleh Imam al-Ghazali merupakan panduan kepada raja dalam mentadbir negara berdasarkan himpunan cerita-cerita yang dikutip dan diolah dari zaman sebelum dan selepas Islam. Keupayaan Imam al-Ghazali mengabungkan tanggungjawab raja, menteri, ilmu, akal dan wanita menjadikannya sebagai salah sebuah karya yang dapat menuntun raja mnjadi seorang pemimpin yang baik.




Bibliografi.
Ahmad Jelani Halimi, Surat perdagangan Kedah-Inggeris pada separuh pertama abad ke 18, dalam Rogayah H. Hamid & Maryam Salim, 2006, Kesultanan Melayu : Kedah , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jelani Harun (peny), 2006, Nasihat al-Muluk - Nasihat kepada Raja-Raja, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah, 2006, Kesusasteraan Melayu tradisional, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun, 2003, Pemikiran adab ketatanegaraan Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun, Idealisme keadilan undang-undang : Karya ketatanegaraan sebagai respons intelektual terhadap undang-undang adat Melayu dalam Mohamad Mokhtar Hassan (peny.), 2003,Kesusasteraan dan undang-undang, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Siti Hawa Salleh, Naskah Melayu berunsur sejarah ( Kerajan Melayu ) dalam Rogayah A Hamid (peny.), 2003, Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laman Web.
Ding Chong Ming, Kearifan lokal dalam naskah nusantara dalam abad ke 19 , Kertas simposium Internasional Penaskahan Nusantara IX, kearifan lokal yang terkandung dalam Nusantara di Bima, Nusa Tenggara Barat, 27-29 Julai 2007 melalui http://article.melayuonline.com/?a=SkxQL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=
Jelani Harun , Kitab Kumpulan Ringkas Berbetulan Lekas : Karya ketatanegaraan Melayu yang terakhir, melalui http://www.penerbit.ukm.my/jsari19-08.

W. M Abdul Hadi, Islam di Nusantara dan tranformasi budaya ilmu melalui http://ahmadsamantho.wordpress.com/2008/04/10/islam-di-nusantara-dan-transformasi-kebudayaan-melayu/

Isnin, 3 Ogos 2009

Kesusasteraan Adab / karya Ketatanegaraan


Kesusasteraan adab atau ketatanegaraan adalah berasal dari perkataan udaba’ (udab’un). Udaba’ (udab’un) berkenaan dengan penyelengaraan atau menyelenggarakan kumpulan tradisi yang popular yang lebih kursus disamping bait-bait tentang tajuk atau perkara yang ditetapkan.
- Salah satu makna adab yang lama bertahan ialah kesopanan, tingkah laku yang baik dan keterampilan. Telah pun dijangkakan bahawa risalah-risalah begini seperti yang terdapat dalam tulisan-tulisan Ibnu Muqoffa’ sepatutnya berkembang menjadi pelbagai buku panduan yang lebih canggih seperti budi pekerti dan adat yang lebih halus khasnya di istana dan dalam kalangan pegawai tinggi dan peniaga yang kaya.
- Dengan meneliti perkembangan makna adab buat beberapa abad timbullah soalan kenapa istilah adab digunakan sekarang untuk kesusasteraan secara umum. Sedangkan pada zaman pertengahan ‘ZP’ ia memperuntukkan hanya sebahagian sahaja makna-makna berkenaan. Pada mulanya lagi perkataan adab bermaksud kesopanan, tingkah laku yang baik, asuhan yang baik, adab-adab sosial, tatasusila, dan kemanusiaan. Sementara perkataan adib (adibun) sebagai kata adjektif ( dalam bahasa arab boleh menjadi kata nama) bermakna yang halus, yang diasuh dengan baik, yang bersopan, dan yang canggih. Sebagai kata nama, ia bererti manusia berbudaya dan citarasa yang halus; juga sasterawan, pujangga, penulis, dan pengarang; demikian pula pengertian bagi adab’ yang merangkumi kesusasteraan (belles letteres), kemanusiaan, dan sastera (literature). Istilah ini membayangkan 3 idea yang utama:

1. Kesopanan pekerti yang halus.
2. Peraturan tingkah laku secara umum.
3. Kebudayaan sama ada yang pasif atau yang aktif iaitu kepengarangan.

EVOLUSI MAKNA EDEBIYAT DALAM BAHASA PARSI

- Hanya dalam penggunaan sekarang sahaja perkataan edebiyat( edebiyot) ( bentuk kata jamak) itu lebih diutamakan. Pada peringkat awalnya perkataan adab sahaja yang digunakan. Pemeriksaan yang teliti terhadap istilah adab dalam bahasa parsi sebagaimana yang terdapat dalam antologi puisi epik Shah- Nama (Shah Nomee) ( Buku tentang raja) oleh Firdausi, yang meniru istiah dalam bahasa Pahlavi ( bahasa Parsi zaman pertengahan), sesungguhnya membuktikan bahawa adab pada zaman ‘ Sasani’ telah berkembang dengan baik sementara adab dalam zaman Islam secara langsung berhubung kait dengan adab terdahulu itu. Selain bermaksud satu genre kesusasteraan, istilah adab dalam bahasa parsi juga memberi makna pendidikan, kebudayaan, tingkah laku yang baik, kesopanan, dan perilaku yang wajar. Dengan itu, ia berhubung rapat dengan konsep etika. Berdasarkan Shah- Nomee dan karya-karya lain yang sepenuhnya berasal daripada tradisi budaya Iran. Adab boleh ditakrifkan sebagai perbaikan yang unggul dari segi pemikiran, perkataan, dan perbuatan. Shah –Nomee dan beberapa buku dalam bahasa Pahlavi dan bahasa Parsi moden ( bahasa Parsi setelah menerima pengaruh Islam) turut menegaskan bahawa ciri yang asasi dalam perbaikan yang sempurna ialah sikap menitikberatkan kesederhanaan atau pemilihan jalan tengah dalam bertinta.

KARYA ADAB DALAM PERBANDINGAN
-Tinjauan umum sastera adab ketatanegeraan ( Mirrors for Princes).

- Istilah ‘ Cermin Buat Tengku Mahkota’ kadangkala secara longgar diistilahkan sebagai nasihat untuk pemerintah. Ia merupakan frasa dengan mudah dapat dianggap sebagai suatu genre sastera Islami pra moden dan dimaksudkan untuk kegunaan para ahli dari golongan yang memerintah, juga terdiri daripada nasihat kepada para pemerintah dan pegawai-pegawainya tentang politik dan keterampilan sebagai negarawan.
- Genre ini berfungsi sebagai suatu buku pedoman tentang keterampilan sebagai negarawan membincangkan soal bagaimana sesebuah kerajaaan itu sepatutnya bertindak, menekankan betapa pentingnya keadilan dan kefahaman yang benar tentang agama atau ‘din’ dalam kalangan pemerintah. Dalam keilmuan moden, ini tergolong ke dalam sains politik. Buku pedoman ini juga sesekali merangkumi juga tentang nasihat ketenteraan. Dari segi sejarah, karya kelompok cermin begini telahpun lahir pada zaman klasik barat lagi. pelbagai risalah dengan perkataan Speculum ( Mirror) sebahagian tajuknya sebenarnya menyerupai cerminan untuk Tengku Mahkota buat zaman moden kita sekarang.
- Bagi orang Arab, karya ‘cerminan’ ini dikelompokkan sebagai sastera adab yang selalunya diterjemahkan di Barat sebagai belles letteres cuma tidak memasukkan drama dan novel seperti yang wujud dalam konsep barat itu. Aspek penting dalam sastera adab arab ini ialah tujuan-tujuan didaktik khasnya yang menyajikan moral pendidik dan pengajaran akhlak serta bentuk tingkah laku yang diterima dari segi sosial.
- Menurut sejarah juga, pertumbuhan dan perkembangan adab ketatanegaraan Islam kini tidak dapat dipisahkan dari gerakan menterjemah karya dari bahasa Siriak ( bahasa yang digunakan oleh penduduk Syria sebelum kedatangan bahasa Arab-Islam) dan Yunani. Ia bermula pada zaman Abbasiyah ( 749M- 1258) apabila Baghdad menjadi pusat peradaban dan intelek Muslim sementara bahasa Arab menjadi bahasa diplomasi, falsafah, dan sains serta belles letteres dan perbualan yang bersopan santun.

KARYA ADAB KETATANEGARAAN DALAM BAHASA ARAB ABAD KE 8 MASIHI.

- Dalam sastera Arab, buku dalam tema begini menggunakan tajuk seperti Nasihat Al- Mulluk- Nasihat kepada Raja ( Malik- Raja)’ atau Tadbir Al- Mulluk’- Pengurusan para Raja. Bagaimana pun tajuk ini bertindan-tindih dengan lapangan etika amali ( akhlak atau adab ) dan kerana itu pula secara langsung ataupun tidak, ia dibincang dalam buku-buku tentang etika Islam.
- Di samping itu, kerana perkembangan zaman para sarjana Muslim merasakan perlu memasukkan elemen-elemen nasihat tentang pemerintahan dan tingkah laku amali dalam berurusan sebagai suatu komponen dalam sastera adab ketatanegaraan. Pada tahap awalnya, nasihat-nasihat begini merupakan pelbagai bentuk himpunan surat ( Epistle) dan belles letteres seperti yang dikarang oleh Tahir Zul Ayaminain untuk puteranya Abdullah ( 821M) . Surat-surat in dikatakan menjadi bentuk-bentuk awal cermin dalam sejarah Islam. Lebih awal lagi genre ini telah pun mula berkembang hingga penghujung period Umaiyyah khasnya pada zaman pemerintahan khalifah Marwan II Bin Muhammad. Bagaimanapun, buku asli pertama tentang nasihat kepada pemerintah ini berasal daripada bentuk sastera adaabun seperti yang dihasilkan oleh Abdullah Ibnu Al Muqaffa’ ( 724-757M) dalam 2 buah karyanya Adab Al Khabir dan Adab Al- So’qir dan beberapa karya kecil yang lain.


Tajuk Tugasan: Pemikiran ketatanegeraan dalam Bustanus Salatin.

Sejarah Adab Ketatanegaraan dalam Kesusasteraan Arab.

- Ibn Quaitbah juga menulis buku berjudul Adab Al- Khatib ( adab tatasusila seseorang penulis) untuk kegunaan setiausaha istana. Karya-karya ini didapati mengandungi elemen-elemen adab-adab ketatanegaraan

Perkembangan abad ke-10 Masihi

- Terdapat seorang pengarang dari Andalusia (Sepanyol Muslim) Ibn AbdulRabbi dari Cordova. Pengarang ini memulakan koleksi ‘adabnya’ dengan karya Al- ‘Iqdul Farid ( Rantai yang Unik) dengan bahagian-bahagian yang membahaskan kerajaan atau sultan, tatalaku peperangan, dan adab bertutur dengan raja-raja.
- Terdapat juga buku-buku lain yang membiacarakan adab, tetapi mengandung nasihat untuk pemerintah yang mentadbirkan satu-satu negeri. Misalnya, Kitabul Mahasin wal Masawi’ ( perbuatan-perbuatan yang baik dan perbuatan yang tidak baik ) karangan Ibrahim Muhammad Al-Baiha’qi’ ( awal abad 10 masihi). Buku lain berjudul Adabul Kutabbi ( tatasusila untuk para pengarang) ditulis oleh Abu Bakar Muhammad Bin Yahya ( Al- Sul,i).
- Muncul juga satu jenis adab dalam bentuk puisi akhlak dan sesungguhnya ia bermula pada abad ini. Penyair terkenal untuk bidang ini pada period ini ialah Al-Mutanabbi. Puisi-puisi beliau ditujukan kepada Sayfuddaulah ( pedang pemerintahan) yang memerintah di Halab ( Alippo). Ada seorang lagi penyair yang bernama Abu Nuwas ( meninggal 803-810 m)

Perkembangan abad ke-11 Masihi

- Genre ini berterusan hingga 3 abad lagi, pengarang Al-Tha‘ libi ( meninggal 1038M) mengarang sebuah buku yang berjudul Abad Al-Muluk di istana Khawarazamsyah khususnya untuk khalifah Ma’mun Bin Ma’mun. Pengarang lain yang bernama Al- Mawardi mengarang buku bertajuk Nasihat Al-Muluk ( Nasihat kepada Raja-raja). Beliau mengarang pula Qawanin (kanun) Al-Wuzara’( wazir) wa’ Siyasat ( siasah) Al Muluk ( raja-raja). Buku ini wujud hingga sekarang.
- Al-Mawardi juga mengarang Tuhsa, Al-Naz.or fi Tahs.il Al-Zofal. Bagiamanapun, Al-Mawardi berjaya mengarang 2 buah buku lain yang lebih masyhur dan banyak diterjemahkan Ahkam (hukum) Al- Sultaniyah (kesultanan) waal wilayah ( kuasa memerintah) al-diniyah ( keagamaan). Buku kedua Adab Al-Duniya wa Addin. Dalam buku pertama, Al-Mawardi cuba mencari jalan tengah untuk mendamaikan jurang antara teori dengan amali yang wujud dalam pentadbiran kerajaan Muslim dengan menggunakan rasionalisasi.

Perkembangan abad ke-12 masihi
- Penulisan genre ini tersebar ke Andalusia dan Morroco. Terdapat seorang pengarang bernama Ibn Abi Pronduk At-.

Perkembangan abad ke-13
- Assyariah- Ibn Al Jauzi meninggal 1526m mengarang buku yang berjudul “ Kanzul Muluk Fi kaifil til suluk”
- Buku ini menumpukan perbahasan kepada peraturan-peraturan Islami dalam pentadbiran.

KESUSASTERAAN PARSI
- Sama dengan sastera Arab, sastera Parsi juga mempunyai adab ketatanegeraan dalam buku adabnya. Dalam sastera Parsi, genre ini dimulakan dengan karya-karya yang mengandungi teguran dan peringatan, tontonan-tontonan akhlak, dan nasihat tingkah laku yang betul dalam pelbagai gaya hidup. Genre ini juga digelar sastera ‘Andrz’ ( nasihat) dan sastera ‘shanomee’ ( buku tentang nasihat) 11-12 masihi.
- Pada abad ini seorang pengarang dari Parsi bernama Ibn Muqaffa’ menterjemahkan sebuah karya dalam bahasa Pahlavi ( bahasa Parsi zaman pertengahan) yang berjudul ‘Khudai Nomee’ ( buku tentang Tuhan) ke bahasa Parsi dan diberi judul ‘Thorikh-e muluke ajam’ ( Sejarah Raja-raja).
- Buku ini dikira buku terbaik sebagai nasihat kepada pemerintah. Bukan sahaja pada abad itu, malah sampai sekarang. Ibn Muqaffa’ memberi pendapat dan komen tentang tingkah laku ideal seseorang pemerintah. Buku ini akhirnya menjadi rujukan utama kepada pengarang Ghaznavi bernama Abu Fadzli Al- Baihaqi ( kira-kira 896-956m). Beliau menulis buku yang berjudul ‘Thorikh-e Mas u’di’.
- Buku yang lengkap terhadap ketatanegeraan Parsi pada abad ini ialah Qabus Nomee yang dikarang pada 1085m oleh Khaikobus Ibn Iskandar Tengku Mahkota Gurgan seterusnya pada abad ini lahir karya yang berjudul ‘Sair Al Muluk’ atau ‘Siasat Nomee’ yang dikarang oleh Nizom Al Muluk (1018-1092m). Dalam abad ini juga lahir karya ‘Nasihat Al Muluk’ oleh Abu Hamid Muhammad Al Ghazali. Ketiga-tiga buku ini dianggap buku teragung genre ketatanegaraan. Karya lain yang juga dianggap penting ialah karya anonimus Parsi berjudul ‘Bahrul Al Fawaid’ terkarang pada pertengahan abad ke-12. Karya-karya di atas lahir pada masa yang hampir antara satu sama lain.

SASTERA PARSI ABAD KE-13
- Genre cerminan untuk Tengku Mahkota dalam tradisi zaman pertengahan terus subur sehinggalah ke zaman moden. Antaranya karya Syeikh Sya’di (1184-1291m) berjudul Bustan ( Taman Bau) dan Gulistan ( Negara Mawar ).
- Bustan ( semua sajak) dikarang pada 1257m merupakan masnavi sementara Gulistan dikarang setahun kemudian. Karya Gulistan merupakan himpunan anekdot yang diperoleh melalui pemerhatian dan pengalaman pengarang dicampurkan dengan pemikiran akhlak dan peribahasa yang berdasarkan resam dunia. Karya ini ditulis dalam prosa yang diselang seli dengan puisi.
- Pengarang lain, Ibn Tiqtiqa’ menulis karya berjudul ‘Kitabul Al Faqri’ untuk Faqruddin yang ketika itu menjadi gabenor Mosul bagi pihak kerajaan Monggul II, Khan Arqin ( 1284-1291m). Seperti risalah-risalah lain, karya ini menekankan tanggungjawab pemerintah dalam menjaga peraturan dan keadilan selagi ia boleh ditaati.
- Pengarang lain yang bernama Vassof mengarang buku berjudul ‘Akhlaq Has-saltonah’ (Tingkah laku Kesultanan) untuk pemerintah kedua Dinasti Khanid Parsi yang bernama Uljaitu ( 1304-1316m). Menurut A.K.S. Lambtan ( Prof di London), konsep patriotisme beraja di sini telah diubahsuai menurut kaedah Islaminya. Karya lain berjudul ‘Akhloq-e Mohseni’ oleh Hussain Voiz Koshefi meninggal 1505m. Buku ini ditujukan kepada Hussain Bin Baiqara iaitu pemerintah dinasti Timur di Herad (Afganistan).

ADAB KETATANEGARAAN INDO- MUSLIM SEBELUM ABAD KE-17.
- Pemerintahan Islam di India merupakan aliran pengaruh tradisi sastera Parsi ke benua kecil (India). Seperti teori politiknya, pengarang dianggap seperti cermin yang menumpukan perhatian kepada ciri-ciri Islam sesebuah negara. Ada tiga karya utama Iran yang pengaruhnya amat ketara dalam adab ketatanegeraan di India iaitu Qobus Nomee, Siasat Nomee, dan Nasihatul Muluk. Bagaimanapun, masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di India lain jadinya.
- Idea-idea tentang ketatanegaraan Islam dalam Indo-Muslim ini berbeza dengan yang ada di Iran. ‘Abad Al-Harb Wa Al-Shahjaah’ ( tatasusila peperangan dan keberanian) dikarang oleh Muhammad Bin Mansur Mubarraq Syah Fakhr-e Modabbir ditulis pada zaman kekeliruan dan pergolakan politik.
- Zaman ini juga berlaku selari dengan ugutan serangan Monggul sementara para hamba Turki cuba mendapatkan kuasa politik. Di dalamnya ditekankan kepada perbincangan tentang siapa yang berhak mewarisi pemerintahan.
- Lebih satu abad kemudian, muncullah tokoh bernama Diyauddin Barakhi (1357M-meninggal) menulis buku berjudul ‘Fatawa Jehandari’. Apabila ugutan serangan Monggul reda dan pemerintahan Muslim mendapat tapak di benua kecil. Selama 17 tahun beliau menjadi nadim ( pengiring raja, selain menasihati, mesti pandai membuat lawak) kepada Sultan Muhammad Bin Tujruq (1325-1351M).
- Syed al- Hamdani penulis buku yang bertajuk Dhakhirat al- Muluk. Hamdani seorang wali sufi dan antara pengikutnya adalah para pemerintah. Atas perintah mereka, Hamdani menulis karya ini sebagai buku pedoman atau bimbingan untuk mereka menjalankan tugas.
- Karya ini dianggap sebagai saksi kepada pengarangnya betapa besarnya pengaruh tasawwuf si pengarang tentang sesebuah negara dan ketatanegaraan yang sepatutnya.
- Tema-tema utama dalam ketiga-tiga karya tadi pada amnya berkaitan dengan pihak berkuasa dan tanggungjawabnya, masyarakat, dan kaum minoriti, agama yang betul yang berhadapan dengan keadilan, kod pemerintahan dan tingkah laku, pemberontakan dan jihad ( makna luas kerana Islam).
- Buku ini juga menyarankan pandangan tentang kemajuan-kemajuan ideologi, budaya, dan kemajuan politik di samping memainkan peranan penting dalam menentukan perhatian dan pegangan terbaik untuk adab ketatanegaraan ini.
- Karya ini bertentangan dengan karya-karya perundangan dalam falsafah pemerintahan negara, malah dia tidak menegur atau membicarakan konsep dan teori negara. Ketika itu, wujud suatu fahaman umum: Negara itu Islami antara pemerintahnya Muslim. Bagaimanapun, kebanyakan pengarang ini didorong oleh ilmu istana yang direnung secara dekat dan memandang peralatan pentadbiran di samping berkompromi dengan pandangan uthopian tentang pemerintah dan negara. Bagaimanapun, mereka berjaya melahirkan pandangan mereka tentang seseorang pemerintah agar berperanan seharusnya.

KARYA KETATANEGARAAN DALAM SASTERA TURKI

- Kajian fokus kepada karya Kutadgug Bilig karangan Yusof Khass Hajib yang ditulis pada kurun ke 1069M. Ditulis dalam bahasa Karaghani iaitu bahasa Turki zaman pertengahan ( middleval Turkish). Karya ini sama kategori dengan Divine Comedia Deva ditulis dalam bahasa Latin.
- Dari segi tema, hampir dengan karya Syah Nomee (buku tentang raja). Kutadgug Bilig merupakan persembahan yang mengetengahkan kebijaksanaan si pengarang dan hasil kebijaksanaan ini dipersembahakan demi kehebatan dan kegemilangan diraja.
- Karya ini mengutarakan pandangan yang menjadi cerminan kehidupan istana supaya pemerintahan berjalan dengan berjaya. Oleh sebab itu, karya ini dikelompokkan di dalam genre ketatanegaraan abad ke-11.
- Kutadgug Bilig bermula dari tradisi Perso-Islami ada masanya diharmonikan dengan kebudayaan Turki. Puisi-puisi yang didaktis, kadang-kadang membayangkan konflik antara risalah politik masyarakat dengan kesedaran agamawi seseorang dengan mengadun tema-tema sosial yang ditimba dari tradisi adab ketatanegaraan dengan tema-tema rohani dan keselamatan seseorang.
- Yusof mengajukan puisi yang menyentuh keadilan pemerintahan negara dan kesopanan sosial yang bertunjangkan / berpayungkan idea keagamaan Islam dengan menggambarkan idea sementara dan agama, pengarang mengolah bentuk dialog, perdebatan, dan ada masanya dalam rangkaian cerita.
- Pengarang turut mencipta pengolahan yang dianjurkan oleh kaum sufi Islam. Meskipun Kutadgug Bilig mendahului tiga karya utama ketatanegaraan Iran ( Qobus Nomee, Siasat Nomee, dan Nasihatul Muluk), namun pernah diperdebatkan bahawa ia lebih hebat daripada ketiga-tiga karya dari Iran dari segi kebahasaan, visi yang dipersembahkan, keaslian bentuknya, piawai sasteranya agak terabai sedangkan karya-karya Parsi tadi terus- menerus dibaca dan ditiru.
- Pada hujung abad ke-11, dianggap kemuncak penciptaan adab ketatanegaraan. Genre ini kekal popular dalam kedua-dua bahasa ( Arab dan Parsi) dan kemudiannya dalam bahasa Turki.

GENRE KETATANEGARAAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU.

- Minat awal pengarang Melayu terhadap pembicaraan atau penulisan karya adab ketatanegaraan dapat dilihat daripada terjemahan Nasihat al-Muluk ke dalam bahasa Melayu. Ada dua versi atau karangan yang berjudul Nasihat al-Muluk. Pertama oleh Hussain Wa’iz. Al-Khashifi dan karya Al-Ghazali. Judul kedua-dua karya ini sama namun, isinya berbeza.
- Besar kemungkinan terjemahan Nasihatul Muluk karya Al-Ghazali dihasilkan di Acheh sebagai bahan bacaan kepada raja dan pembesar. Isinya merupakan panduan dan peraturan pemerintahan raja dihasilkan dengan Al-Quran, Hadis dan kata-kata ulama’. Bahasanya berkaitan dengan tugas raja, utusan, hulubalang, panglima, penyurat, dan pemungut cukai yang biasanya dibincang dalam adab ketatanegaraan.
- Turut dibicarakan nasihat dan peraturan di samping penyajian penceritaan nasihat yang memberikan ibarat dan teladan moral kepada raja dan pembesar negeri. Nasihatul Muluk karya Al Ghazali yang diterjemahkan ini pada awalnya merupakan prinsip yang menjadi pegangan manusia kepada ajaran Islam sementara dari segi teorinya tidak diberikan contoh khusus.
- Bab satu hingga tujuh menjurus kepada hal ehwal keagamaan turut dibicarakan persoalan akal dan wanita dan terdapat 125 cerita. Terjemahan ini menjadi bukti, minat, dan kefahaman awal orang Melayu tentang panduan pemerintahan diraja.
- Karya Nasihatul Muluk oleh Wa’iz seawal 1604 di Acheh hampir sama dengan Taj al- Salatin. Sementara pengaruh Al Ghazali tentang negara pada abad 16 dan 17 M. Karya awal ini memperkenalkan kaedah dan penyesuaian adat dan agama Parsi ( Islam) ke dalam sastera tradisional Melayu. Pengaruh Parsi ke alam Melayu adalah melalui penyalinan dan penyadurkan karya. Si penyalin tidak kurang pentingnya seperti pengarang asal. Si penyalin mempunyai kemahiran literasi dan daya keintelektualan yang tinggi seperti pengarang asal. Penyalin dianggap sebagai pengarang asal memandangkan daya kreativitinya dan pelbagai tokok tambah yang dilakukan.
- Taj al-Salatin (TS) oleh Bukhari Al Jauhari merupakan genre adab ketatanegaraan terawal lahir di Acheh pada 1603 M. TS dikarang khusus untuk Sultan Alauddin Riayat Syah. Kupasan utamanya adalah pada ‘keindahan keadilan’ raja dan pembesar negara. Tidak dapat disangkal TS memperlihatkan pengaruh adab ketatanegaraan tradisi Parsi. Ada orang mempersoalkan TS merupakan terjemahan karya lain. Kerana itu orang menganggap Bukhari Al Jauhari menulis dan menyadur karya Al- Khasyifi.
- Manuskip ini tidak mengandungi nama penulis.
- Pengaruh Taj al-Salatin ketara dalam manuskrip ini.
- Sumber rujukan fasal 1-10 tidak dinyatakan kemungkinan ia diterjemahkan atau disadur daripada Taj al- Salatin atau Bustan al-Salatin misalnya cerita-cerita teladan tentang raja yang adil dan zalim dalam adab raja-raja terdapat juga dalam Bustan al-Salatin.
- Begitu juga cerita raja Nur Syirwan Adil dan menteri yang bernama Yunan ( fasal 6 ), raja zalim yang mati ditendang kuda ( fasal 7 ) juga terdapat dalam Bustan al- Salatin. Mungkinlah pengarang atau penyalin adab raja-raja merujuk Bustan al-Salatin tanpa mencatat sumber rujukan.
- Pengaruh Taj al- Salatin terhadap raja-raja yang terdaftar dalam 8 fasal ditemui dalam fasal 11-18. Ini merupakan salinan dari fasal 10-23 dalam Taj al-Salatin. Bagaimanapun, salinan itu disulami dengan beberapa perubahan kecil.
- Turut dijelaskan dalam bab berkenaan rujukan pengarang terhadap Taj al-Salatin.
- Kesimpulan: Kegiatan ini menandakan atau menyebarkan minat pengarang Melayu dalam membaca karya yang memberi nasihat kepada raja. Pengarang menulis atau menyalinnya semula dalam bentuk baharu. Kedua, sebagai contoh, jelas kelihatan pengaruh Taj al-Salatin terhadap pengarang Melayu tentang fasal pentadbiran negara. Ketiga, pengarang adab raja-raja memperlihatkan daya kreativiti tersendiri dengan cara menggabungkan kandungan Taj al-Salatin dengan ideanya sendiri atau menyalin karya ketatanegaraan yang lain. Dapat juga disimpulkan bahawa pengarang adab raja-raja berkemungkinan besar membaca beberapa karya adab ketatanegaraan di istana raja-raja Melayu seperti dua buah karya yang lahir lebih awal kemudian ditulisnya karyanya sendiri.

Bustanus al- Salatin (BS) oleh Nuruddin ar Raniri pada 1638M.

- Karya ini merupakan saduran dan kompilasi beberapa karya Arab dan Parsi. Ia ditulis atas permintaan khusus Sultan Iskandar Thani (1636-1641M). BS turut membicarakan kesultanan Acheh dan Melayu.
- Karya ini terkandung dalam 34 salinan dan semuanya tiada yang lengkap. Ia menyampaikan ajaran moral yang berbeza-beza. Misalnya, memberi contoh pembalasan setelah mati. Ini sama dengan apa yang terdapat dalam Hikayat Jumjumah, juga cerita-cerita berunsur moral dalam Hikayat Bayan Budiman.
- Pengarang tidak dapat memberi sesuatu yang khusus. Misalnya, ia mengutamakan frasa kata sahibul hikayat. BS dapat dianggap sebagai karya sejarah atau historiografi tradisional. Seorang pengkaji dari Belanda B.S. Brekel mengatakan BS ini merupakan sastera istana yang memberi ajaran dan disulami dengan pelbagai anekdot.
- Antara kandungan terpenting yang terkandung dalam BS ialah kisah pencintaan alam (bab 1), kisah sejarah dunia (bab 2), kisah raja dan menteri yang adil (bab 3), Kisah raja-raja yang alim (bab 4), kisah raja dan pembesar yang zalim (bab 5), sifat pemurah dan berani (bab 6), dan pelbagai sifat manusia (bab 7).
- BS dianggap sebagai satu-satunya karya Melayu yang memiliki gabungan genre sejarah dunia dan sastera adab. Gabungan ini tidak dinyatakan, sebaliknya dapat dikesan secara tidak langsung.

KARYA PENGARANG MELAYU

- Fakta pertama yang bukan lagi saduran. Karya begini ditulis dalam bahasa Melayu dikenal pasti hasil penulisan pengarang Melayu masih memperlihatkan pengaruh tradisi karya Parsi di samping menampilkan beberapa ciri kepengarangan Melayu.
- Karya-karya dalam kelompok ini ialah Safinahtul Hukkam ( Acheh), Adab Raja-raja ( Acheh), Nasihat Segala Raja-raja ( Terengganu), Samarotul Muhimmah ( Riau), dan Kitab Kumpulan Ringkas Berbetulan Lekas ( Riau ).
- Safinatul Hukkam ada 3 salinan manuskrip. Karya Sheikh Jalaluddin anak kepada Syeikh Kamaluddin anak Khodi Baginda Khatib. Judul lengkap karya ini ialah Safinatul Hukkam Fi Taqlis Al Qasmim ( Bahtera Segala Hukum Menyelesailkan Segala Orang Berkesumat). Pengarangnya berasal dari Turusan di Sumatera ditulis atas permintaan Sultan Alauddin Riayat Syah ( 1727-1735M).
- Antara isinya, mukaddimah yang menjelaskan siapa pengarangnya dan tujuan karya itu ditulis turut dibicarakan sifat dan tugas raja serta pembesar negara. Kedua, ada 3 bab utama yang mengemukakan fasal-fasal tentang perniagaan, soal nikah, dan bahagian hukum. Ketiga, penutup.
- Kitab Nasihat Raja-Raja ( Terengganu ) karangan Syeikh Duyung atau nama sebenarnya Haji Wan Abdullah Bin Haji Wan Mohamad Amin ( 1802-1889). Satu-satunya penulis genre ini di Semenanjung Malaysia. Dalam karya ini pengarang mengutarakan beberapa panduan kepada raja dalam melaksanakan tugas pemerintahannya. Mukaddimah karya ini disulami dengan euologi yang menjelaskan teknik awal pengarang memenangi hati raja agar kasih kepadanya. Selepas itu pengarang menjelaskan kewajipan raja menentukan keadaan hidup rakyat agar mengamalkan ajaran agama, memastikan rakyat tidak membuat maksiat.
- Thamaratul Muhimmah ditulis oleh Raja Ali Haji (1809-1870). Judulnya agak sistematik dan penamatnya disertakan dengan 36 bait syair. Ada 3 bahagian utama yang secara kasar membicarakan tugas pemerintah, wazir, menteri, serta beberapa sifat buruk manusia seperti takbur, pemarah, hasad dengki, tamak, kedekut, membazir, dan penipu. Dalam bab 2 misalnya, dibahas tertib kerajaan dan dalam bab akhir (syair), pengarang memulakan satu teknik baharu menamatkan karyanya dalam bentuk puisi yang isinya bertujuan menjinakkan hati yang liar. Karya ini terus-menerus membicarakan fakta nasihat tanpa ada contoh atau cerita teladan. Mungkinlah Raja Ali Haji merujuk buku-buku Arab.
- Kitab Kumpulan Ringkas Berbetulan Lekas karya Raja Ali Bin Raja Mohammad Yusuf al- Ahmadi (1910). Kitab ini membicarakan sejarah awal kesultanan Raja Riau. Bagaimanapun, corak penulisannya menepati ciri-ciri penulisan karya adab ketatanegaraan. Ia mengemukakan panduan dan pedoman untuk pemerintah serta nasihat kepada raja-raja.