Ahad, 25 April 2010

Motivasi YM Raja Shamri Raja Hussin




YM Raja Shamri Bin Raja Hussin, Motivator dari Golden Mind Consultan telah memberikan motivasi kepada kira-kira 800 orang pelajar di SMK Sultan Idris Shah II, Gerik. Kehadiran, pandangan dan penyambapain beliau yang bersahaja dan disulami dengan sindiran dan satira dalam penyampaian motivasi pelajar menjadikan ia begitu menarik dan memikat sekali. Motivasi ini dibahagikan kepada beberapa slot seperti yang dirancang. Pada slot yang pertama, 'Abang Raja In Person' . Beliau membangkitkan semangat di kalangan pelajar, bahawa tiada kejayaan tanpa kesusahan, kemiskinan bukan halangan untuk seseorang itu berjaya. Manakala pada slot yang ke dua, beliau cuba menyeret pelajar agar mensyukui nikmat yang diperolehi oleh mereka selama ini.


Bagaimana suasana pelajar yang berada di Malaysia dengan pelbagai kemudahan berbanding dengan pelajar yang berada di zon peperangan, negara yang miskin dan tiada pelbagai kemudahan asas serta bom dan kapal terbang yang berada di udara seperti layang-layang dan sebagainya. Sebaliknya pelajar kita yang mempunyai pelbagai kemudahan sering kali ponteng sekolah, merempit , berjudi, minum arak dan terlibat dalam pelbagai gejala sosial yang lain sehingga memalukan ibu bapa dan sekolah. Pelajar gagal menafsir dan menilai pengrbanan yang diberikan oleh ibu bapa mereka pada hari ini berbanding dengan generasi pelajar pada suatu masa dahulu.


Diharap pelajar dapat mengambil iktibar dan bertekad, bahawa kejayaan itu miliknya , walau apa jua yang berlaku akan direntasi jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan