Ahad, 7 Februari 2010

Satu Guru Satu Kecermelangan VS Satu Kampung Satu Produk




Satu Guru satu kecemerlangan (SGSK) merupakan satu lontaran idea pentadbir bagi mewujudkan satu plan jangkan pendek dan jangka penjang unruk melahirkan pelajar yang berjaya dan bermotivasin tinggi dalam menempuh cabaran alaf mendatang. Ketika sesi perbentangan yang dijalankan, Penulis amat tertarik dengan lontaran idea yang dikemuka oleh salah seorang pembentang kertas kerja dari Kumpulan Pertama, yang berfikir diluar kebiasaan. Menurutnya, kecemerlangan tidak hanya terhad kepada proses P&P sahaja, tetapi melibatkan kaedah yang lebih fleksibel dengan menjadikan sesuatu pembelajaran dengan lebih santai. "Santai bersama Matematik" diharapkan dapat memupuk dan menarik minat pelajar dalam menerokai keajaiban bidang ini.

SGSK merupakan satu manifestasi lanjutan yang diutarakan oleh mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad. walaupun perancangan ini telah banyak mengalami transformasi, tanggungjawab sebagai seorang pendidik tetap tidak berubah. pelbagai cara dan ragam dalam melahir dan mewujudkan sebuah masyarakat yang bermaklumat dan mampu menguasai bidang yang berkaitan dengannya.

Selain daripada itu, tatacara mewujudkan kecermelangan agak biasa-biasa saha ibarat melepaskan batuk ditangga. kesemua ini kita tidak boleh perselahkan kepada perbentang kertas kerja tersebut, sepanjang pengetahuan penulis, ia dilakukan secara paksa dan diugut ( markah prestasi akan dipotong pada akhir tahun : Kuasa itu miliknya) samada mau atau tidak ia terpaksa dilaksanakan jua. Bukan kerana ingkar kepada perintah tetapi prosedur atau tatacara perlaksanaan dirasakan tidak telus dan lebih bersifat sehala. ketiadaan peruntukan kewangan bagi melaksanakan kecemerlangan dan bergantung sepenuhnya di atas kebijaksanaan individu itu sepenuhnya, program SGSK tidak akan pergi ke mana. Bukan penulis bersifat pesimis, dan pada masa yang sama, Penulis cuba mencari kelainan dalam mewujudkan kecermelangan, dan ia amat berbeza sama sekali dengan dasar yang cuba diterapkan.
sebagai contohnya, usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi meningkan pendapatan isirumah pendudk di kawasan luar bandar, kerajaan melalui agensi yang berada di bawahnya seperti Kementerian Pembangunan Usahawan, Fama, Perikanan dan sebagainya akan bersama-sama dalam membantu mewujudkan keberkesanan program yang dirancang. Pelaksanaan program tersebut dipantau dan diberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan. satu perkara yang amat penting dan merupakan nyawa, faktor "wang" tidak harus dikesampingkan bagi memastikan kejayaan. Jika tidak pelaksanaan sesuatu program tidak akan ke mana walau bagaimana bagus sekali perancangan yang dirangka.

Diharap segala perancangan akan membuahkan hasil, mewujudkan satu kecermelangan yang tuntas di masa hadapan. penglibatan dan keikhlasan dari pelbagai pihak amat dituntut agar pelaksanaannya menghasilkan buah kejayaan. Akhir kata dari penulis, kerjasama dan keprihatian semua pihak yang terlibat amat dituntut agar ia tidak memangsai sesiapa.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan