Jumaat, 19 Februari 2010

Othman Hafsam : Raja Sitkom Melayu


Biodata

Nama penuh Othman Hafsam ialah Othman bin Shamsudin, dilahirkan di Kuala Lumpur dan mempunyai 4 orang anak. Sebagai seorang yang berfrofil tinggi dalam kerjaya perfileman, Othman Hafsam yang juga seorang penulis skrip, pengarah, pelakon filem dan drama memiliki sebuah syarikat penerbitan sendiri iaitu Cinematic, dan pernah dilantik sebagai pemimpin Karyawan dan Presiden Persatuan Pengeluar Filem

Penglibatan Othman dalam perfileman
Filem Lakonan
2010:Hooperz - (Artis Jemputan)
2009: Pisau Cukur - (Artis Jemputan)
2008:Akhirat - (Artis Jemputan)
2000:Soal Hati - (Pelakon Pembantu)
1998:Silat Lagenda - (Pelakon Pembantu)

Krew Filem
2002: Soalnya Siapa? - (Pengarah)
2000:Soal Hati - (Pengarah)
1990:Driving School - (Pengarah)
1989:Ujang - (Pengarah)
1989:Ujang - (Lakon layar)
1987:Rahsia - (Cerita Asal)
1987: Rahsia - (Lakon layar)
1987:Rahsia - (Pengarah)
1983:Mekanik - (Pengarah)
1983:Mekanik - (Cerita Asal)
1983: Mekanik - (Lakon layar)
1979: Adik Manja - (Pengarah)
1979: Adik Manja - (Cerita Asal)
1979:Adik Manja - (Lakon layar)

Anugerah
1987:Festival Filem Malaysia ke 7 - Pengarah Terbaik
1983:Festival Filem Malaysia ke 4 - Pengarah Terbaik
1980: Festival Filem Malaysia Pertama - Skrip Terbaik

Anugerah (Pencalonan)
2001:Festival Filem Malaysia ke 15 - Sutradara Terbaik


Sejarah Perfileman Othman Hafsam.

Filem-filem arahan Othman Hafsam (OH) lahir selepas zaman era keemasan di penghujung tahun 1960an yang diterbitkan oleh Shaw Brother [1]. Syarikat Shaw Brother juga bertanggungjawab dalam menerbit dan mengeluarkan filem-filem arahan seperti P. Ramlee, Aziz Satar, Jin Shamsudin dan lain-lain.

Pada tahun-tahun 1970an, Syarikat perfileman di Malaysia mengalami zaman gelap. Pada saat ini, bagi mewujudkan kelangsungan dan memastikan survival filem Melayu, beberapa individu yang bergerak bebas menubuhkan syarikat perfileman Indies. Penerbit indies Filem Melayu pada awalnya ialah Sabah Filem yang dimiliki oleh Deddy M. Borhan dan Dato’ Syed Kechik melalui produksinya Syed Kecik Production. Penglibatan penerbit bebas ini pada peringkat awalnya menggunakan dana-dana peribadi, pinjaman bank, geran Filem Negara atau FINAS [2]. Filem-filem yang terhasil Penglibatan OH dalam pengarahan filem bermula pada tahun 1983 melalui filem sulung arahannya yang berjudul Mekanik (1983) yang menggunakan pelakon seperti Azmil Mustafa dan Susan Lankester. Filem Mekanik yang digarap oleh OH lebih bersifat filem komedi romantik. Kemunculan OH pada dekad 1980an dan 1990an membawakan satu perubahan yang positif dalam penerbitan perfileman. Dengan berbekalkan pendidikan dalam bidang perfileman, OH memasukkan gaya estetika dan meninggalkan gaya pengarahan filem lama yang lebih bersifat melodrama dengan memasukkan unsur komersil dalam penghasilan produk.

Buktinya OH berjaya memasarkan dua filem yang mendapat sambutan box-office pada masa itu melalui filem Adik Manja (1980) dan Mekanik (1983) yang menggabungkan unsur genre komedi dalam memaparkan permasalahan masyarakat yang bersifat multikultural. Antara filem yang diarahkan oleh OH ialah Rahsia (1987) dan Shukery Hashim bertindak sebagai pelakon utama filem , Soal Hati (2000), Soalnya Siapa (2002) iaitu sekuel filem Soal Hati

Bukan saja berkemahiran tinggi dalam menggarap dan mengolah serta mengarah filem-filem terbtannya, Oh juga berjaya mencipta sebuah sitkom komedi yang berjaya bertahta selama 18 tahun di Stesen-stesen televisyen. Pengenalan drama Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang di tayangkan di TV3 setelah ditukar judul dari Syyy.... dan Flat Sri Wanggi menyorot latar masyarakat yang pelbagai budaya dan sosial. Drama ini contohnya, banyak mengkritik sikap masyarakat yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mempunyai pekerjaan sehingga makan minum seharian terpaksa berhutang yang diwakili oleh Budin. Selain itu Othman Hafsam juga mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu yang digambarkan dengan struktur masyarakat multikultur. .Pada masa yang sama Othman mengambarkan dilemma yang wujud di kalangan masyarakat peniaga bumiputera yang gagal berkembang maju kerana kekurangan kredit akibat hutang lapuk, serta kerjasama sosial yang akrab antara bangsa Cina dan India. Tayangan drama ini pada suatu masa dahulu telah menimbulkan satu fenomena di kalangan penonton Pi Mai Pi Mai Tang Tu [3]

Kemasukkan teknologi baru dalam pengarahan filem seperti peggunaan teknologi digital telah banyak membawa perubahan dalam pengarahan filem, cara hidup masyarakat, perniagaan dan hiburan dikalangan masayarakat. Perubahan ini menyebabkan cara pengarahan dan pemasaran filem berubah dengan begitu drastik. Zaman wayang pacak atau tayangan filem di pawagam berubah dengan begitu mendadak ekoran dengan pengenalan VHS atau pemain Video yang mudah dimiliki dan dinikmati oleh setiap ahli keluarga. Kesannya, zaman ini perkembangan filem sedikit banyak mengalami zaman kemurungan. Pengenalan Skim wajib tayang oleh pihak yang berwajib sedikit sebanyak berjaya membantu mengatasi masalah penayangan filem yang lama terperap.bagaimanapun, dalam situasi tertentu, Skim wajib tayang ini gagal dalam menarik kedatangan penonton ke pawagam.

Beliau banyak memperjuangkan kebajkan pekerja filem samada melalui syarikat penerbitannya atau melalui production house yang lain. Menurutnya sikap stesen dan penerbit yang amat mementingkan keuntungan menyebabkan kehidupan pekerja filem tidak seperti yang dipaparkan dalam kehidupan filem mereka. Selain itu beliau banyak menyentuh sikap birokrasi dalam mengagihkan slot tayangan yang tidak adil dan seolah-olah menghina mereka yang terlibat dalam industri ini. Menurutnya stesen televisyen tersebut sepatutnya bertangungjawab agar hasil penerbitan lebih berkualiti. [4]

Pada masa yang sama beliau mencadangkan agar diwujudkan semula penstrukturan baru dalam pembikinan filem atau drama Melayu. Pembikinan drama atau filem Melayu bukan saja hanya bertumpu pada satu-satu golongan. Polarisasi penonton berdasarkan kelas semenjak dari zaman filem hitam putih menyebabkan filem-filem Melayu menjadi sukar untuk berkembang. Pengenalan kepada Filem Malaysia akan dapat membantu melahirkan sebah filem yang berotak sesuai dengan pendidikan khalayak filem dewasa ini.

Melihatkan kepada perkembangan semasa yang menjuruskan kepada kepelbagaian produk, OH bersama dengan Imuda pada masa kini sibuk menyiapkan 13 buah siri animasi Pi Mai Pi mai Tang Tu atau Syyy…/ Flat Sri wangi untuk tayangan RTM dengan menggunakan hampir keseluruhan suara pelakon asal seperti Zami Ismail, Imuda, Sathia, Mat Busu dan sebagainya [5]

Penglibatan Othman Hafsam dalam bidang perfileman di Malaysia meninggalkan banyak kesan. Bentuk pengarahan yang pelbagai dan olahan skrip yang menarik menyebabkan ramai khalayak sentiasa menanti buah tangan dari Othman Hafsam. Persoalannya masihkah Othman Hafsam yang ada pada hari ini mampu mengulangi kecemerlangan Adik Manja, Mekanik dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu? atau sudah berkarat dengan pelbagai isu dewasa ini yang dirasakan sudah lagi mampu digarap dengan baik. Apa-apa pun kita berharap Othman Hafsam akan menghadirkan hadiah yang dinantikan oleh peminatnya.


Nota kaki
[1]Gregory Wee Lik Hoo, Building A New Malaysian National Cinema, Swinburne University of Technology ( Sarawak Campus )

[2] Mahyuddin Ahmad, Theorising the ‘Indies’: the Market place, Ideology and the New Malaysian Cinema, School of Communication, Universiti Sains Malaysia. Penang, Malaysia

[3] laman web The Good,The Bad and The Ugly dalam industri filem...
http://www.agendadaily.com/seni/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_c9755010-ca9db1d0-d0d84300-3e19d140

[4] laman web: Othman terhina , Berita Harian , 19/2/2010
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Hip/20100219064730/Article/

[5] Laman Web. Imuda dan animasi Pi Mai Pi Mai tang Tu
http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/JelingKakPora/20090830145938/Article/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan