Selasa, 15 September 2009

Membicarakan Teks Sulalatus Salatin Edisi A. Samad Ahmad

Apabila kita menelaah dan menikmati prosa klasik, seringkali kita penikmatan kita terhadap hasil karya terganggu kerana penggunaan gaya bahasa yang meleret, panjang dan terputus-putus menyebabkan kita merasa pening dan kebinggungan. Hasilnya kita merasakan teks tersebut yang selama ini diangkat oleh seseorang sebagai sebuah karya agung tidak lain hanyalah sebuah karya yang membosankan dan memualkan untuk dibaca. Apatah lagi pada masa sekarang ini, teks ini sudah dijadkan sebagai teks kajian waib bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran sastera di tingkatan Enam.

Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab. Permulaan bab dibincangkan dengan jurai keturunan raja Melaka sehingga pembentukan Melaka ataupun sesudah pembukaan Melaka. Kita boleh membahagikan perbincangan Sulalatus Salatin kepada 2 bahagian iaitu sebelum pembukaan kota Melaka [ mengandungi 4 bab] dan Selepas pembukaan kota Melaka [ mengandungi 11 bab ]

Analisis sebelum zaman Melaka bermula dengan peristiwa yang berlaku di benua keling , peristiwa di Palembang, Samudra pasai dan yang terakhir pada bab 4 peristiwa di Singapura. Manakala Dizaman sekepas pembukaan kota Melaka, kita boleh bahagikan kepada 11 bab iaitu mengenai peristiwa di zaman Sultan Iskandar Syah, Sultan Muhammmad Syah, Sultan Muzaffar Syah [ semuanya berlaku dalam bab 4], Sultan Masyur Syah [ bab 5-8], Sultan Alau’din Riayat Syat [bab 8-9], dan yang terakhir di zaman sultan Mahmud Syah [bab 9-19]

Manakala zaman selepas Melaka, bermula dengan kejatuhan Melaka setelah ditakluk oleh Peringgi, Sultan Melaka telah melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan usaha-usaha yang dilakukan oleh sultan yang terbabit untuk menawan kembali Melaka. Zaman sultan Mahmud Syah merupakan zaman kejatuhan Melaka , zaman sultan Ahmad syah dan zaman sultan Alaudin Riayat syah.

Diharap dengan adanya panduan ini, ia akan dapat membantu seseorang menikmati karya agung sebagai sebuah mauduk yang bernilai

4 ulasan:

  1. Sejauh mana Kejatuhan Melaka dikaitkan dengan Sultan Mahmud Syah . Boleh bagi isi- isi relevan ?? Atau sekadar satu punca ?

    BalasPadam
  2. Mengikut kajian yang dilakukan oleh beberapa sarjana, kejatuhan kota melaka bukanlah disebabkan oleh kekuatan tentera portugis semasa menawan melaka. Kekuatan kapal Flor de mar yang digunakan oleh alfonso atau kecanggihan meriam yang digunakan oleh mereka tetapi berdasarkan kepada kelemahan melaka dalam menyususn strategi.Jika dikira dari segi tamadun dan teknologiyang terdapat dalam sejarah Melayu, kapal yang besar seperti Mendam Berahi sudah ada sebelum kedatangan portugis, pembuatan meriam dan sebagainya. Sultan mahmud hanya dijadikan sebagai kambing hitam dalam menyebabkan kejatuhan kota Melaka. Ini berdasarkan catatan portugis pada abad ke 16, Siam dan portugis telah bekerjasama dalam menakluki Pattani tetapi gagal. Bukankah Pattani itu merupakan salah sebuah kerajaan Melayu?. Begitu juga tentang keupayaan masyarakat melayu dalam membina kapal-kapal besar ( terdapat karikatur yang mengambarkan bagaimana kapal portugis melanggar kapal kecil Melayu)dan membuat ukiran. Candi yang terdapat diChampa atau China, kerajaan China telah membawa masuk pandai Melayu dalam membina dan membaikpulih patung tersebut.disebabkan kelemahan sarjana atau jiwa hamba melayu, menyebabkan mereka gagal dalam memertahankan keagungan dan kehebatan tamadun kita. Awang Hitam atau dikenali di barat sebagai Henry Hitam adalah antara orang yang bertanggungjawab berlayar dan mengelilingi dunia bersama Vasco dan Gamma. Tanpanya tak mungkin mampu mengelilingi dunia. Jelaslah disini, mana-mana kerajaan yang kuat sekalipun akan mengalami kejatuhan jika mereka gagal dalam menyususn strategi peperangan. satu lagi contoh bagaimana kerajaan China di bawah dinasti manchu boleh tumbang dan negara mereka dibahagikan oleh kuasa barat dan pemaksaan oleh negara russia untuk mendapatkan hak yang sama seperti yang diperolehi oleh inggeris, perancis, belanda dan penyerahan Macau kepada portugis pada tahun 1557. ini semua kerana kerajaan manchu pada masa itu yang dipimpin oleh Maharani ( raja bayangan untuk dua orang putera yang silih berganti menaiki takhta sehingga kematiannnya. pada anggapannya kedatangan kuasa barat dan penjualan candu ke China bukanlah suatu permasalahan utama tetapi kerana bongkak dan pegawai yang rasuah , serta kegagalan dalam mengadu domba dikalangan musuhnya (barat)menyebabkan dirinya terbelit dalam permasalahan ini.
    mungkin sesetengah orang mengatakan bahawa antara kegagala dan kejatuhan melaka juga kerana kegagalan tradisi keilmuan yang tidak begitu diimarahkan sebelum zaman sebelumnya atau semangat nasionalisme dikalangan penduduk dan mereka yang menetap di kota melaka pada masa itu lebih menjaga periuk nasi mereka saja. Kita boleh memberikan seribu pendapat atau pandangan tetapi mestilah bersandarkan kepada logika semasa. Sejarah tidak pernah menipu kita, sebaliknya kita menipu sejarah dengan cubaan penulisan kembali peristiwa yang berlaku.

    BalasPadam