Isnin, 20 Disember 2010

Salam Kemaafan

Assalaimualaiku.
Sayaminta berbanyak-banyak maaf kerana tidak dapat menupdate posting dalam web ini. Sebagai guru geografi yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam pengajaran geografi 2 STPM sedikit sebanyak ingin membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran dengan memberikan tip-tip yang dijangka ke;luar dalam p[eperiksaanSTPM baru - baru ini. namun masalah domain dan pelayan saya tidak dapat menunaikannya. Jika ada kesempatan, insyaalaah saya akan uploadkan tahun 2011. Doakan semuanya berada dalam keadaan baik seperti yang kita rancang.

Khamis, 29 Julai 2010

Kajian luar geografi II ke Cameron Highland

Pada Tahun ini kajian luar geografi Manusia akan diadakan di Cameron Highland buat kali ke dua. Pertama kalinya Kajian luar geografi telah dibuat di Kelantan, iatu kajian pantai di Pantai Malawi, Perbandaran di Kota Bharu, sektor Perkhidmatan, Industri kecil dan Sederhana serta kegiatan perindustrian. Namun tahun-tahun selepas itu pelajar tingkatan enam smksis 2, gerik melakukan kajian di Kuala Terengganu dan diikuti ke Cameron Highland untuk kali pertama pada tahun 2009. Dirasakan kawasan tersebut sesuai untuk dikunjungi buat kali kedua, terpikat dengan udara yang nyaman, tiada masalah kesesakan yang serius seperti yang di alami di Kuala Terengganu, maka kajian di Cameron menjadi lokasi pilihan yang bersesuaian. Terdapat pelbagai kemudahan, jarak yang dekat antara satu kajian dengan kajian yang lain mebolehkan ia menjadi pilihan utama buat kali ke dua ini. Tiada aral melintang dan dengan keizinan Allah, pelajar yang seramai 51 orang dengan dibantu oleh guru pengiring seramai 10 orang ( Tumpang semangkuk ) menjadikan projek kajian luar kali ini lebih meriah. Dan tidak lupa juga diucapkan rubuan terima kasih kepada mereka yang mereka sumbangan dalam menjayakan kajian ini seperti YB Lenggong, YB Kenering, YB Temenggor, Naib Ketua Pemuda Umno Lenggong, Jabatan Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak, RISDA Hulu Perak , TNB bahagian Penjanaan Kuasa Elektrik dan mereka yang memberikan pandangan dan sumbangan samada secara langsung atau tidak langsung. Jasa dan budi kalian moga dirahmati dan diberkati Allah. Amin.

Jumaat, 21 Mei 2010

Perempuan Melayu


Perempuan Melayu bagaimanakah sifatnya, samada dari segi definisi secara harafiah atau dari segi pelembagaan. maka Melayu itu membawa pelbagai maksud. Kalau ditanya pada Jamal Abdillah, melalui lagu 'Gadis Melayu', seorang yang cantik dan menawan, mampu memikat sang pria. Menurut Frodo Baggin [sini] ialah Perempuan Melayu itu bagaimana? Baca dan rungkaikan dengan mata hati. Dengar, ini jawabnya ...

"Perempuan melayu itu seharusnya begini ...
beragama, berakal, berbudi dan tenang bicaranya ..."

... dan itulah kau, dia dan mereka mungkin. Begini begitu begini begitu begini begitu juga. Di manapun bumi dipijak. Setinggi manapun ilmu di dada. Dari keturunan manapun asalmu. Darah itu dari akar yg sama. Melayu.

Sekalipun kau perempuan yang lahir dari darah asli melayu, ataupun dia yang bercampur di badannya darah dari benua yang berbeza. Tetap, kalian perempuan melayu. yang wajib menjaga maruahnya dari dipersenda. Lalu, jangan sekali kau rendah diri tapi rendahkanlah hatimu ...

Soalnya, wujudkah di antara jutaan gula yang manis itu, gula yang bisa menghidupkan semut lebih lama tanpa membunuh jiwa dan hatinya? Jawabku ... Ada! Kau, dia semestinya, dan mereka ... Insyaallah.

Aku tak layak meminta yang lebih bila sedar diri kekurangan. Namun bila aku dianugerah yang terindah tak terigaukan, sujud selayaknya untuk aku menyukuri nikmat yang diberikan. Terima kasih Tuhan...

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2010
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Dulu, Murid Hormat dan Takut Guru,
Kini... Guru Takut Murid,

Dulu, guru Chalk and Talk
Kini... Guru Kena Slow Talk

Dulu Guru boleh Claim
Kini ... tak boleh Complain

Dulu hari Guru dapat wang saku
Kini... Hari Guru Dapat Penyapu.. GOTONG ROYONG


Selamat Hari Guru!

Sabtu, 15 Mei 2010

Penerapan nilai - nilai murni melalui Pendidikan Kesusasteraan Melayu : Satu Penilaian


Abstrak.
Permasalahan sosial yang sering menghambat pelajar telah menimbulkan pelbagai persoalan terhadap keberkesanan dasar – dasar pendidikan kebangsaan. Sejauhmanakah hasrat dan harapan pihak yang berwajib dalam membentuk keperibadian mulia di kalangan pelajar tercapai? Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ) berperanan dalam menyingkap dan menerapkan nilai – nilai murni yang terkandung dalam falsafah serta membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan jasmani. Penulis cuba menyorot kembali peranan FPN dalam menyemai dan menerapkan nilai – nilai murni seperti yang dicanangkan dalam FPK melalui pengajaran matapelajaran kesusasteraan Melayu. Perbincangan ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmanakah pengajaran mata pelajaran Pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat menerapkan nilai – nilai murni dikalangan pelajar.

Pengenalan.

Pengajaran Kesusasteraan Melayu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang bermoral. Impian kerajaan telah terpancar melaui dasar pendidikan kebangsaan melalui Falsafah Pendidikan Negara antara berbunyi ;

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Harapan kerajaan ini diungkap dengan lebih jelas berdasarkan sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2003 ). Falsafah Pendidikan Kesusasteraan antara lain bertujuan menjana minda, rohani dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa, dan memupuk sikap berdaya saing ke arah pembinaan insan bestari

Manakala nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Takrifan tentang nilai murni sebagai : "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia”

Penerapan nilai – nilai murni melalui teks kesusasteraan adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu. Hasrat dan matlamat kerajaan ini telah dilakarkan melalui Penyata Razak pada tahun 1956 dan diteruskan dengan pengenalan pelbagai dasar pendidikan dan yang terbaru melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang memberikan fokus terhadap perpaduan dan memperkasakan sekolah. Berdasarkan PIPP melalui teras keduanya yang bertujuan membangunkan modal insan dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam menghayati nilai – nilai murni , bermoral serta bersikap positif

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri – ciri seperti percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersikap penyayang, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Berbakti dan memberikan sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Penerapan nilai- nilai murni melalui teks kesusasteraan Melayu juga dapat di kongsi bersama melalui tindakan yang bersepadu dalam menentang berlakunya penularan pelbagai penyakit masyarakat yang berpunca dari kepelbagaian gelojak teknologi yang mengheret remaja dan masyarakat terjebak dengan pelbagai masalah masyarakat. Isu ponteng kelas, pelacuran, perjudian, merempit dan sebagainya dapat diatasi dengan langkah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penganjuran apresiasi nilai – nilai sastera seperti penganjuran teater, mestamu puisi, seminar dan sebagainya yang membabitkan bilangan pelajar yang ramai. Penglibatan golongan pelajar yang ramai secara tidak langsung dapat mewujudkan interaksi antara pelajar yang berbilang kaum. Kesinambungan interaksi akan melahirkan kesefahaman dalam membentukan sebuah masyarakat yang bermoral berteraskan nilai – nilai murni.

Dasar Kurikilum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat kira – kira 17 jenis nilai – nilai murni yang akan diterapkan terhadap pelajar dengan 63 cabang nilai yang wajar diditeladani oleh setiap pelajar, oleh sebab karya sastera kaya dengan nilai – nilai murni, pengajaran komsas dapat membentuk pelajar yang berperibadi baik.

Rasional pengenalan nilai – nilai murni dalam pengajaran sastera akibat dasar kerajaan Inggeris pada suatu masa dahulu. Sikap penjajah yang menjalankan dasar pecah dan perintah telah menyebabkan berlaku peristiwa 13 Mei. Rusuhan kaum berlaku akibat tiada kepekaan dalam kalangan penduduk yang mengaku sebagai rakyat Malaysia. Struktur masyarakat yang terpisah akibat polarisasi kaum menyebabkan dasar pendidikan yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Pengajaran kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum dilihat sebagai sebuah wadah yang dapat menyatukan pelbagai bangsa yang seterusnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu.

Jawatankuasa Penddikan Aklak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti beberapa nilai akhlak yang terdapat di dalam beberapa agama yang terdapat di Malaysia. Penerapan nilai tersebut bertujuan membentuk murid yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Penekanan bagi penerapan nilai ini diteruskan melalui pelaksanaan KBSR dan KBSM.

Pembentukan nilai – nilai murni melalui teks sastera berdasarkan peranannya sebagai agen masyarakat. Nilai murni dapat diterapkan berdasarkan pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu ( KS ). Pembelajaran pelbagai jenis genre seperti puisi iaitu pantun, syair, teromba, gurindam, cerpen , novel dan drama kesemuanya menjuruskan ke arah membentuk masyarakat yang bersopan santun dan berbudi pekerti. Contoh puisi Melayu seperti pantun banyak memaparkan tentang adat resam seperti penggunaan pantun di bawah.


Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja ditepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi.


Penggunaan pantun di atas, jelas memaparkan tentang kehidupan manusia yang berada dalam ruang lingkup kehidupan bermasyarakat. Manusia yang hidup hendaklah sentiasa berbudi perkerti yang baik.

Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai menari
Biar buruk kain di pakai
Asal hidup pandai berbudi


Begitu juga dengan penggunaan pantun di atas yang memaparan tentang kebijaksaan masyarakat pada suatu masa dahulu yang berpandangan jauh dalam melontarkan idea dan pengajaran masyarakat pada masa tersebut. Idea tersebut terakam melalui pemilihan kata yang puitis dan merdu apabila diucapkan secara idak langsung memainkan peranan mendidik masyarakat dengan cara yang halus.

Sebagai sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama, secara tidak langsung akan menyebabkan masyarakat Malaysia akan terdedah kepada amalan yang menjuruskan kepada ketegangan dan sensitivi kaum. Kurang kepekaan terhadap isu semasa tidak mustahil peristiwa berdarah 13 mei akan berulangan. Tindakan Majlis peguam yang menganjur pelbagai forum yang menyentuh sensitivi kaum secara terbuka lebih bersifat mencurah minyak ke api. Peristiwa seperti ini dapat diatasi jika masyarakat Malaysia menerima pakai nilai – nilai murni yang terdapat dalam teks kesusasteraan Melayu. Teks kesusasteraan Melayu seperti ‘Pemberontakan’ yang pernah menjadi teks kajian pelajar dahulu turut memaparkan tentang permasalahan masyarakat di Malaysia berkaitan dengan pengambilan tanah oleh sesuatu kaum.

Antara nilai – nilai murni yang terpancar melalui teks kesusasteraan melayu seperti nilai baik hati, kepahlawanan, hormat – menghormati, kerajinan, patriotisme, berdikari dan juga berkaitan dengan hukum – hukum islam.

Nilai baik hati yang diterapkan melalui teks Kesusasteraan Melayu banyak terangkum dalam media seperti drama, novel, puisi dan cerpen. Berdasarkan novel ‘Perlumbaan Kedua’ karangan yang memaparkan tentang kehidupan masyarakat binatang selepas berlakunya peristiwa di antara Kura – Kura dengan Arnab. Berdasarkan teks ini, pengajaran yang diterapkan ialah , sikap baik hati, melupakan segala persengketaan yang tercetus pada masa dahulu dan melakukan muhasabah diri agar dapat mwujudkan satu masyarakat yang harmoni. Begitu juga di dalam novel ‘Julia’ karangan Abu Morad Hassan. Yang memaparkan tentang seorang kakak yang terpaksa menanggung keluarga dan mengambil alih perniagaan keluarga setelah kematian kedua orang tuanya dalam satu kemalangan. Kesanggupan Julia memikul tanggungjawab dalam usia yang masih mentah menunjukkan sikap yang baik dan matang dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.


Sikap yang rajin berusaha dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain banyak dipaparkan dalam teks sastera spm. Watak seperti Julia ( Julia ) dan Tuan Faridah Syed Abdullah ( Seteguh Karang ) yang memaparkan tentang kecekalan dan kerajinan sorang wanita dalam mengubah nasib dan persepsi masyarakat. Citra wanita yang dilambangkan melalui teks tersebut sebagai seorang yang cekal, gigih, bijak dan rajin berusaha. Awanis atau Anis yang kematian keluarga akibat kemalangan jalanraya menjadi pemurung dan kemudian bertukar menjadi seorang yang cekal dan tabah. Manakala Julia pula merupakan seorang pelajar yang bijak dalam membahagikan masa dalam menguruskan perniagaan keluarga, pendidikan dan di samping menjadi ayah dan ibu kepada adik- adiknya.

Nilai patriotisme antara nilai yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu. Nilai patriotisme banyak digambarkan tentang bagaimana masyarakat berusaha dalam menuntut kemerdekaan, menghargai dan memelihara dan pengertian sebenar tentang kemerdekaan. Gambaran ini terpancar lewat novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Mohamad. Novel ini berjaya memaparkan tentang masyarakat Melayu yang bersifat anti penjajah dan menyedari kelicikan Inggeris menguasai ekonomi orang Melayu.

Persoalan yang sering dipaparkan dalam sesebuah novel seringkali berkaitan dengan permasalahan masyarakat. Contohnya Novel Julia, memaparkan tentang kecekalan, ketabahan dan sikap bertanggungjawab seorang anak terhadap keluarga yang sanggup menggantikan kedua ibubapa yang meninggal dunia untuk mememelihara adik- adiknya. Kecekalan dan ketabahan Julia wajar di contohi oleh Masyarakat, yang mengutamakan keluarga melebihi dirinya. Watak Julia atau Awanis mempunyai sedikit sebanyak sedikit persamaan dengan Filem Abang 92 arahan Dato’ Rahim Razali yang dilakonkan oleh Azhar Sulaiman dan Hasliza Misbun. Kecekalan dan ketabahan Julia menyebabkannya dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Menurut Asmad, (1990:3) menyatakan satu daripada bidang kehidupan yang utama dalam kehidupan sesuatu masyarakat ialah kesenian. Kesenian dibahagikan pula kepada beberapa cabang tertentu. Seni atau kesenian pada dasarnya adalah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia iaitu melalui penglihatan, pendengaran dan citarasa. Keindahan yang wujud pada setiap hasil kesenian itulah yang memberikan rasa kepuasan di dalam jiwa manusia. Kehalusan jiwa manusia turut menentukan nilai sesuatu hasil kesenian. Sehubungan dengan itu kehalusan rasa seni di dalam jiwa manusia pula berasaskan ketinggian budinya.

Kesenian umum yang dimaksudkan oleh Asmad adalah mempunyai perkaitan kehidupan manusia dan masyarakat. Masyarakat telah menggunakan unsur kesenian untuk membentuk atau menyalurkan nilai – nilai murni. Masyarakat Melayu pada zaman awal banyak menghasilkan puisi – puisi tradisi dalam usaha mendidik masyarakat pada masa itu dan tetap relevan sehinga sekarang ini.

Winckelmann dalam Johari Ab. Hamid (2000) menegaskan, keindahan mesti mengandungi ciri-ciri kesatuan, kesederhanaan dan perasaan. Keindahan ini mesti dinikmati oleh deria dan difahami oleh para intelek. Perasaan yang lahir dari deria dalaman dan luaran adalah penting untuk mengenal dan menikmati keindahan. Keupayaan pengarang dalam melukiskan watak dengan menggunakan unsur kesenian yang indah dan menarik menyebabkan nilai – nilai yang ingin disampaikan dapat diterapkan kepada pelajar. Terdapat sebanyak 17 nilai yang terdapat didalam teks sastera pada peringkat SPM. Antara nilai tersebut seperti kasih sayang, baik hati, tolak ansur , bertanggungjawab, cekal, tabah dan sebagainya. Kesemua ini terpancar melalui pelukisan watak oleh pengarang.

Penggunaan dialog yang sesuai dengan pemilihan dan penyusunan kata yang menarik telah menjadikan teks tersebut hidup. Penggunaan dialog yang bersahaja dan seharian menjadikan kita berasa amat rapat dengan suasana tersebut. Pembaca berasa dialog tersebut seperti diucapkan sendiri olehnya. Kebijaksanaan pengarang dalam memilih dan menyusun kata menjadikan dialog yang diucapkan tersebut lebih bermakna dan sarat dengan pelbagai nilai – nilai murni dan nilai estetika.

Pemilihan dan penggunaan gaya bahasa yang dilakukan oleh pengarang di dalam sesebuah teks banyak membantu dalam melahirkan dan membentuk sebuah masyarakat yang harmoni. Penggunaan gaya bahasa yang pelbagai seperti pengulangan kata, perlambangan, paradoks dan sebagainya sedikit sebanyak telah melahirkan unsur puitis dalam pelukisan watak secara tidak langsung nilai – nilai murni yang cuba diterapkan oleh pengarang dapat dilakukan dengan secara tidak langsung. Konsep masyarakat melayu yang berpegang kepada adat seperti melentur buluh biar dari rebungnya atau ular menyusur akar tidak akan bisanya.

Hubungan unsur dan kebudayaan yang terpancar melalui teks kesusasteraan mempunyai banyak perkaitan yang erat dengan nilai kemasyarakatan. Keeupayaan sesebuah masyarakat mengubahsuai unsur budaya dengan menggunakan medium kesusasteraan akan dapat mengembangkan warisan. Hubungan unsur atau sistem kebudayaan dengan perlakuan mempunyai perkaitan yang erat. Warisan budaya akan berkekalan jika pengaruh unsur ini masih dapat dipertahankan. Andainya unsur atau sistem budaya ini telah dipengaruhi, maka budaya warisan ini akan berubah atau mungkin lenyap ditinggal zaman. Masyarakat Melayu tradisional biasanya menyampaikan ilmu melalui adat resam mereka juga dalam perkataan seperti peribahasa, pantun, teka teki dan lain-lain. Ismail Hamid (1991:140) menyatakan jika diselidiki dalam puisi Melayu lama atau adat istiadat Melayu lama, kita akan temui unsur-unsur pengajaran dan falsafah pendidikan untuk membentuk dan memberi pendidikan secara informal khususnya kepada orang-orang muda yang tidak berpengalaman

Kesimpulan.
Penerapan nilai-nilai murni dalam teks sastera Melayu atau komsas diharap akan dapat membantu melahirkan sebuah masyarakat yang madani. Kesungguhan pihak yang berwajib dalam merealitikan impian masyarakat tidak harus dipandang enteng. Pengemblengan pihak yang berwajib dan masyarakat diharap dapat mewujudkan satu rantaian murni untuk merealisasikan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pembudayaan nilai tersebut.


Bibliografi.
Asmad. (1990). Kesenian, Adat, Kepercayaan dan Petua. Melaka:Associated
Educational Distributors (M) Sdn. Bhd
Ismail Hamid. (1991), Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Laman Web.
http://e-learning2u.com/pipp2.asp?http://www.scribd.com/doc/2524018/Pendidikan-Nilai-Melalui-Bahan-Sastera?ga_related_doc=1

Jumaat, 14 Mei 2010

Nota Sumber

Bab 1 : Sumber alam

Konsep Sumber Alam

  • Sumber ialah bahan yag bermanfaat kepada manusia dan berguna kepada manusia untuk meneruskan hidupnya.
  • sudut ekonomi : sesuatu benda yang bernilai dan berfaedah seperti tanah, manusia, pasaran.

    Jenis-jenis sumber
  • Sumber yang boleh diperbaharui
    Sumber yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan mengalami kepupusan seperti air, udara, suria, ombak dan lain. Sumber boleh diganti apabila habis atau berkurangan seperti sumber hutan, tanah pertanian, padang rumput dan lain-lain. Sumber tenaga pula seperti suria, hidro, geoterma dan biomass.

  • Sumber yang tidak boleh diperbaharui
    Sumber akan pupus apabila digunakan secara berterusan, tidak boleh diganti atau diwujudkan semula seperti arang batu, petroleum dan gas asli. sumber yang boleh dikitar semula seperti mineral emas, bijih timah, besi, tembaga, kaolin , granit marmar dan perak bagi melambatkan kehabisan sumber. Sumber yang tidak boleh dikitar semula seperti arang batu, petroleum dan gas asli. Ia akan habis apabila digunakan secara berterusan dan tidak boleh diganti.

  • Kelebihan tenaga yang boleh diperbaharui
    - bekalan yang berterusan
    - tidak mencemarkan alam sekitar
    - menjimatkan kos
    - diperbaharui secara percuma
    - bersih

Faktor yang mempengaruhi perbezaan makna sumber
1. taraf pembangunan masyarakat berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan teknologi
2. Sistem politik, ekonomi dan sosial
3. Habitat atau tempat tinggal
4. Kepercayaan dan anutan agama yang berbeza

Faktor yang mempengaruhi dan penerokaan dan penerokaan sumber
1. nilai ekonomi yang dimili oleh sumber
2. pasaran
3. keupayaan sumber tersebut dalam membekalkan tenaga atau sumber
4. sifat yang dimiliki oleh sumber seperti tidak habis, mudah diperolehi, murah dll
5. modal
6. teknologi dan kepakaran
7. keupayaan sumber memenuhi kepeluan tenaga kerja
8. mengerakan sektor ekonomi dan perkembangan industri perkhidmatan

Kepentingan sumber Kepada Manusia
1. Air
- kegunaan domestik
- pertanian
- perindustrian
- menjana kuasa elektrik
- pengangkutan
- sumber makanan dan protin

2. Hutan
- sumber yang berasaskan kayu balak
- hasil hutan
- ekopelancongan
- mengekalkan kawasan tadahan air dan menstabilkan paras air bawah tanah
- keseimbangan ekosistem
- mengawal hakisan tanah dan gerakan jisism
- menyederhanakan suhu dan mengekalkan kelembapan udara
- habitat flora dan fauna

3. Padang rumput
- membekalkan makanan kepada ternakan
- kawasan penanaman dan pengeluaran bijiran
- habitat hidupan liar

4. Mineral
- membekalkan bahan api dan kuasa
- industri logam

5. Udara dan atmosfera
- membekalkan gas sperti oksigen
- angin

6. laut dan sumber marin
- sumber makanan
- bahan mentah mentah
- perlancongan
- tenaga
- pengangkutan

7. Tanah tanih
- tanah pertanian
- tapak

Faktor yang mempengaruhi Kemerosotan Kualiti sumber Air ( STPM 2001)
1. pembangunan tanah secara besar-besaran
2. pembangunan kawasan pertanian
3. pembangunan sektor penternakan
4. pembangunan perindustrian
5. pembangunan sektor perlancongan
6. pembangunan sektor pengangkutan
7. pembangunan pesat pembandaran
8. pembangunan sumber tenaga
9. pembangunan sektor perlombongan

Selasa, 4 Mei 2010

KALILAH WA DIMNAH DARI SUDUT PANDANGAN TEORI PERSURATAN BAHARU


Disumbangkan oleh Saudara Mahadhir Radzi, Pelajar M.A ( UPSI), 2008

1.0 PENDAHULUAN

Agama Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia telah membawa perubahan yang amat besar dalam kehidupan manusia sejagat. Islam tidak hanya menumpukan soal pembangunan jiwa masyarakat, malah turut memberi ruang kepada kesusasteraan atau kesenian untuk berkembang. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab terkenal dengan zaman Jahiliah. Suatu zaman yang malap dalam sejarah tamadun bangsa Arab. Sungguh pun begitu, memang tidak dapat dinafikan bahawa bangsa Arab pada zaman itu terkenal dengan penyair-penyair yang hebat. Hal ini demikian kerana orang-orang Arab sebelum kedatangan Islam memandang tinggi terhadap kesenian khususnya puisi.

Setelah agama Islam muncul di Tanah Arab pada awal abad ketujuh Masihi yang dibawa oleh junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, masyarakat Arab yang kebanyakannya menganut kepercayaan menyembah berhala telah diperkenalkan dengan Al-Quran. Ajaran Islam menyeru bangsa Arab supaya menyembah Allah SWT dan meninggalkan amalan nenek moyang mereka yang menyembah berhala.

Orang-orang Arab sebelum kedatangan Islam telah mencapai kemajuan yang tinggi dalam bidang kesusasteraa, tetapi kemajuan tersebut hanya terbatas dalam bidang puisi (Ismail Hamid , 1992 : 13 ). Namun, kesusasteraan Islam tidak hanya terbatas dalam suatu bidang tertentu sahaja. Bidang kesusasteraan seperti penulisan turut memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam. Justeru, dengan bakat yang dimiliki oleh seseorang sasterawan itu, hasil penulisan haruslah menjadi bahan yang boleh dinikmati bersama di samping memberi nilai ilmu kepada khalayak manusia.


2.0 SEJARAH KESUSASTERAAN SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Al-Quran diturunkan kepada manusia sebagai panduan dan juga mukjizat yang mencabar kewibawaan orang-orang Arab dalam penggubahan karya-karya sastera. Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT dalam bahasa yang terindah dan tinggi mutu seni sasteranya sehinggakan orang-orang Arab yang mahir dalam bidang kesusasteraan mengakui tentang ketinggian mutu sastera di dalam kitab suci itu ( Ismail Hamid , 1992 : 13 ). Kitab suci Al-Quran diturunkan dalam bentuk yang paling tinggi nilai seninya dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana karya sastera.

Al-Quran telah memberi kesan yang mendalam terhadap pembangunan bahasa Arab khususnya untuk menyelaraskan pengucapan dan sebutan dalam kalangan bangsa-bangsa Arab yang bertutur dalam dialek yang berbeza. Selain itu, Al-Quran juga telah memperkaya bahasa Arab dengan istilah-istilah yang baharu. Perbendaharaan kata dalam bahasa Arab juga semakin bertambah dengan penemuan pelbagai cabang ilmu yang bersumberkan Al-Quran. Pendek kata, Al-Quran memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.

Perkembangan sastera dalam kalangan masyarakat Arab telah bermula lebih daripada 1500 tahun sebelum kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Arab. Perkembangan kesusasteraan dalam kalangan bangsa Arab sangat mengagumkan walaupun mereka lahir di kawasan yang kering- kontang. Di sebalik cara hidup yang sering bertelingkah antara kabilah, keganasan, dan peperangan, terpancar satu kelebihan bangsa Arab pada masa itu yakni sebagai satu bangsa yang dapat melahirkan kesusasteraan yang indah dalam bentuk puisi dan prosa.

Sejajar dengan kedatangan Islam, terdapat pengarang yang menghasilkan karya kesusasteraan berdasarkan ajaran Islam. Najib Muhamad al-Bahiti telah menyatakan setelah kedatangan Islam, sastera telah digunakan sebagai satu alat penyatuan dalam kalangan pelbagai bangsa di tanah Arab pada masa itu. Perkembangan sastera Islam pada peringkat awal adalah bertujuan menyatukan umat Islam, melawan propaganda musuh, dan membangkitkan semangat cintakan agama.


3.0 KANDUNGAN KALILAH WA DIMNAH

Kalilah Wa Dimnah merupakan sebuah karya oleh ahli falsafah India iaitu Baidaba. Karya tersebut diterjemah oleh Ibnu al-Muqoffa’ tanpa mengubah maksud karya aslinya. Karya ini menyisipkan cerita-cerita berbingkai di dalam karya tersebut. Tujuan Baidaba menulis karya Kalilah Wa Dimnah adalah atas permintaan raja Dabsalim, raja India pada abad ke-3 SM. Setelah karya ini selesai ditulis, Raja Dabsalim ingin memberi penghargaan kepada Baidaba tetapi beliau menolaknya. Baidaba hanya mahu Raja Dabsalim menyimpan dan menjaga tulisannya agar tiada sesiapa yang mengambilnya. Raja Dabsalim berkata kepada Baidaba:

“ Buatkan contoh alegoris untukku tentang dua orang bersahabat yang saling menjalin cinta kasih. Kemudian ada pihak ketiga, seorang pendusta pintar dan licik, yang melakukan tipu muslihat dan menyulut api fitnah agar hubungan mereka retak dan timbul permusuhan.” Sang filosof Baidaba berkata, “Jika dua orang bersahabat yang saling mencinta diuji dengan seorang pendusta yang licik dan pintar melakukan tipu muslihat, maka tidak lama kemudian hubungan mereka akan putus dan hancur karenanya. Mereka bahkan saling membenci dan memusuhi. Di antara contoh alegorisnya adalah kisah Singa dan Sapi Banteng.”
( Wasmukan , 2004 : 64 )


Petikan di atas merupakan dialog antara Baidaba dan Raja Dabsalim. Raja Dabsalim meminta Baidaba membuat sebuah karya untuknya. Dengan menggunakan bahasa-bahasa binatang di dalamnya, Kalilah Wa Dimnah adalah cerita berbingkai yang berdasarkan binatang, dengan watak utamanya seekor serigala bernama Dimnah. Dimnah berasa iri hati melihat betapa eratnya persahabatan antara Raja Hutan Singa dan Lembu Satrabah. Maka, timbul perasaan dalam dirinya untuk memisahkan tali persahabatan dan hubungan politik di antara kedua-duanya melalui tipu muslihat dan fitnah yang disebarkan antara kedua-dua sahabat itu. Tujuan Dimnah melakukan semua perkara itu tidak lain hanya kerana inginkan kuasa. Akhirnya fitnah dan dusta yang disemai oleh Dimnah berhasil menghancurkan persahabatan dan hubungan politik mereka. Ketika Dimnah berhadapan dengan Singa, Dimnah mengatakan bahawa Lembu Satrabah secara tersembunyi menyimpan taktik dan rencana untuk merampas kuasa dari tangan Singa. Begitu juga sebaliknya ketika Dimnah bertemu dengan Lembu Satrabah, Dimnah melemparkan fitnah bahawa di sebalik sikap baik Singa itu ada cita-cita politik yang berbahaya.
Hasil daripada fitnah yang dilontarkan Dimnah kepada Satrabah dan Singa, membuatkan kedua-duanya bermusuhan dan saling membenci. Dengan kebijaksanaan Dimnah, kedua-duanya dapat dipengaruh oleh kata-katanya. Akhirnya Singa membuat perancangan untuk membinasakan Lembu Satrabah yang pada asalnya teman baiknya. Dimnah memberitahu Lembu Satrabah bahawa Singa ingin membunuhnya kerana Singa sebenarnya benci kepada Lembu Satrabah. Oleh sebab Lembu Satrabah termakan hasutannya, akhirnya Lembu Satrabah pun membuat persediaan dan taktik untuk menghadapi Singa. Namun, rancangan Lembu Satrabah gagal kerana Dimnah telah membocorkan rancangannya kepada Singa. Akhirnya Lembu Satrabah pun ditangkap dan kemudian dihukum mati.

Namun, akhirnya Singa mendapat tahu bahawa Dimnah sebenarnya telah menyebarkan fitnah. Semua kata yang disampaikan kepada kedua-dua sahabat itu sebenarnya adalah tipu belaka. Hal ini demikian kerana Dimnah mempunyai hati yang busuk serta berniat menghancurkan persahabatan mereka. Akhirnya kejahatan Dimnah terbuka dan Singa menjatuhkan hukuman berat kepadanya. Dimnah ditangkap lalu dimasukkan ke penjara dan dihukum mati. Singa menyesal atas perbuatannya kerana termakan hasutan Dimnah. Singa sedih apabila mengenangkan saat-saat indah ketika bersama Lembu Satrabah. Singa berasa sunyi kerana tiada sahabat baik semenjak Lembu Satrabah dihukum bunuh. Dalam cerita ini, tema “memutuskan tali persahabatan politik” dapat dianalisis dengan luas. Namun, pembicaraan tentang niat dan ikhtiar pembunuhan politik tiada langsung digambarkan sebagaimana percakapan antara Dimnah dengan sahabatnya Kalilah. Boleh dikatakan bahawa melakukan pembunuhan politik tiada langsung dikemukakan dalam bahagian cerita ini.

Selain itu, diselitkan juga pelbagai kisah elegori yang sangat menarik untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman kepada pembaca. Cerita Merpati Berkalung mengisahkan sekumpulan haiwan yang terdiri daripada burung merpati berkalung, tikus mondok, kijang, dan burung gagak. Haiwan-haiwan ini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza dan kemudiannya bersatu hati kerana ketulusan dan kejernihan hati mereka. Motif dalam cerita ini adalah berkisar kepada manusia memulakan sebuah hubungan, kemudian mempererat talian persaudaraan itu dan akhir sekali menikmati hubungan yang erat itu.

Kisah Burung Hantu dan Sekawanan Burung Gagak pula mengisahkan burung hantu yang tertipu dengan musuh yang sentiasa memusuhinya. Akhirnya burung hantu mendapat musibah sebagai akibat diserang oleh sekawan burung gagak. Cerita ini dikisahkan oleh Baidaba dengan baik sekali mengikut arahan Raja Dabsalim yang memintanya membuatkan satu contoh alegori tentang seseorang yang tidak layak ditipu oleh musuhnya walaupun pada zahirnya kelihatan lemah lembut dan mengikut telunjuknya.

Persahabatan antara monyet dengan kura-kura yang berjalan lancar sehinggalah berlakunya peristiwa kura-kura membawa monyet di atas belakangnya untuk diambil hatinya bagi mengubati penyakit yang kononnya dihidapi oleh isteri kura-kura. Persahabatan yang terjalin begitu erat akhirnya hancur sebagai akibat tidak tahu menghargai erti sebuah persahabatan. Elegori yang dikisahkan Baidaba melalui watak monyet dan kura-kura menunjukkan bahawa manusia yang tidak dapat memelihara sebuah persahabatan akan menerima musibah seperti yang dialami oleh kura-kura. Kura-kura bukan sahaja hilang sahabat, malah turut hilang nikmat yang diberikan oleh monyet iaitu buah-buahan yang sering dicampakkan ke dalam sungai.

Akibat tidak menyiasat dan bertindak terburu-buru, akhirnya Sang Sufi kehilangan binatang kesayangannya iaitu seekor musang yang setia. Lantaran terlalu menyayangi anak dan tidak mahu sesuatu musibah menimpa anaknya, Sufi meninggalkan bayinya dengan musang yang terlatih. Semasa peninggalan Sufi, seekor ular datang menghampiri bayi. Musang yang mengawal bayi tersebut telah bertindak membunuh ular yang cuba menghampiri anak tuannya. Darah ular itu memenuhi mulut musang. Apabila Sufi melihat darah pada mulut musang, dia terus mengambil tongkat dan memukul musang itu sehingga mati kerana menyangkakan musang itu mencederakan bayinya. Di dalam bilik, bayi itu berada dalam keadaan sihat sejahtera dan di sisinya seekor ular yang telah hancur. Akhirnya dia menyesal kerana membunuh musangnya yang setia akibat tidak menyiasat terlebih dahulu dan bertindak terburu-buru. Kisah Seorang Sufi dan Musang menggambarkan sikap manusia yang suka bertindak terburu-buru tanpa berfikir dan akhirnya menyesal atas segala perbuatannya.

Elegori seterusnya adalah tentang manusia yang mempunyai banyak musuh dan akhirnya menjalinkan hubungan dengan musuhnya. Setelah berbaik-baik dengan musuhnya, dia harus membalas jasa dan tetap setia dengan musuhnya yang telah berdamai dengannya. Kisah ini digambarkan dalam kisah Tikus dan Kucing Hutan. Kisah Raja dan Burung Fanjah merupakan sebuah alegori tentang sikap manusia yang saling bermusuhan dan ingin membalas dendam tetapi saling mencurigai dan takut. Sikap manusia memang tidak terduga. Kisah seterusnya menggambarkan manusia yang dihukum tanpa disiasat dan bertindak kasar terhadap seseorang yang tidak berdosa. Hal ini berlaku dalam kisah Singa dan Anjing Hutan.

Contoh alegori tentang orang yang berhenti melakukan kejahatan yang membahayakan orang lain apabila diri sendiri menerima musibah. Keadaannya sama seperti orang yang pernah disakitinya. Akibat musibah itu, dia menerima nasihat dan pelajaran untuk tidak mengulangi perbuatan zalim dan menyerang orang lain. Itulah yang berlaku dalam cerita Singa Betina, Pemanah, dan Anjing Hutan. Singa kematian kedua-dua anaknya kerana dibunuh oleh pemanah yang hanya membunuh untuk mengambil kulit anak singa itu sahaja. Singa betina yang menangis kerana kematian anaknya telah bertemu dengan anjing hutan yang kemudiannya membuat sindiran bahawa singa juga pernah membunuh tanpa memikirkan sama ada haiwan yang pernah dibunuhnya mempunyai keluarga atau tidak. Singa betina insaf dan berjanji tidak akan makan daging dan hanya makan tumbuh-tumbuhan.

Walaupun Kalilah Wa Dimnah merupakan karya penulis India iaitu Baidaba yang disadur oleh Ibnu Al-Muqoffa’, karya ini menjadi tonggak kemunculan awal prosa dalam sejarah kesusasteraan Arab. Setelah dirombak dalam bahasa Arab, karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi. Setelah diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi, banyak sasterawan Barat menaruh minat terhadap karya tersebut. Sehingga kini, karya Baidaba ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani, Perancis, Sepanyol, Itali, Belanda, Jerman, dan Inggeris. Pada abad ke-18, La Fontaine, seorang penyair Perancis yang terkenal, mendapat inspirasi untuk menulis seperti karya Ibnu al-Muqoffa’. Hal ini demikian kerana karya yang ditulis adalah tentang kisah-kisah binatang, dapat dijadikan suatu sindiran dan kritik terhadap zamannya. Sebahagian cerita-cerita yang ditulis dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa politik yang berlaku pada abad ke-17 dan 18 Masihi di Eropah. Salah seorang ahli falsafah Barat abad ke-16 yang turut tertarik dengan karya tersebut adalah Francis Bacon sehinggakan sebuah esei falsafah yang berjudul Believe of The Fables dilahirkan. Beliau begitu tertarik dengan hasil terjemahan oleh Ibnu al-Muqoffa’ kerana Ibnu al- Muqoffa’ merupakan seorang sasterawan dan ahli falsafah yang memilki pengetahuan luas tentang politik dan selok-belok manusia. Selain itu, pada tahun 1570, Thomas North juga menerjemahkan karya tersebut dengan versi Itali yang diberi judul The Moral Philoshopy of Dhoni. Para sarjana Barat turut menyebutkan bahawa terjemahan Ibnu al-Muqoffa’ tersebut merupakan jambatan atau titik yang mempertemu karya sastera Barat dan Timur.

Pandangan di atas dapat disimpulkan bahawa karya terjemahan Ibnu al-Muqoffa’ tersebut memberikan inspirasi kepada para sasterawan Barat seperti yang telah disebutkan. Hal ini demikian kerana mungkin mereka bersetuju dengan pemikiran rasional Ibnu al-Muqoffa’. Beliau memasukkan akal dan pemikiran yang tinggi dalam dirinya sehingga menolak faham Jabariyah, yakni aliran pemikiran Islam yang menolak adanya ikhtiar dalam takdir. Hal ini dapat dilihat dari kisah yang ditulisnya, melalui kisah orang miskin yang mendapat keuntungan atas kedatangan pencuri ke rumahnya. Si pencuri itu masuk ke rumahnya dan menemukan gandum di rumah tersebut. Pencuri itu menanggalkan bajunya untuk membungkus gandum tersebut. Namun, si Miskin terjaga dari tidurnya sehingga dia tahu ada pencuri dan terus berteriak. Akhirnya pencuri tersebut lari dengan meninggalkan bajunya. Kejadian itu menyebabkan si Miskin mendapat keuntungan. Dia bukan sahaja tidak kehilangan gandum malah turut mendapat baju sebagai pengganti bajunya yang telah lusuh. Jika si Miskin tidak berbuat apa-apa ketika tahu ada pencuri, maka dia akan mendapat kerugian.

4.0 NILAI DAN HIKMAH TEKS

Kalilah Wa Dimnah yang berbentuk fabel menggunakan dunia haiwan untuk menjadi watak utama, latar, dan tonggak yang memancar dan mencerminkan dunia manusia. Walaupun di dalamnya mengandungi perumpamaan binatang, tetapi hal itu menggambarkan realiti yang terjadi dalam kehidupan manusia. Karya ini mengemukakan nilai-nilai moral dalam kehidupan masyarakat. Di dalamnya tersurat cerita-cerita haiwan yang mempunyai maksud yang tersirat. Jadi, untuk mengambil hikmahnya, bukan hanya sekadar dibaca, namun harus difahami dan dihayati. Kitab tersebut merupakan sebuah karya yang tidak diapresiasi dalam kalangan sufi. Akan tetapi sebuah karya yang menjadi inspirasi bagi kalangan sasterawan dalam satu genre tertentu.

Dalam karya terjemahan Ibnu al-Muqoffa’ ini, tercoret pengajaran mengenai politik kepada pemerintah dan rakyatnya. Hal ini demikian kerana pengajaran moral yang boleh diambil dari karya ini ialah nilai etika dan estetika untuk seorang raja atau pemimpin, dan rakyatnya menjadi baik. Dalam karya tersebut dijelaskan bagaimana hubungan antara raja atau penguasa dan rakyat tidak harmoni. Cerita berbingkai ini mengandungi beberapa bahagian, iaitu: Pertama, Kitab ini dengan menggunakan lisan binatang dan bukan bahasa manusia, agar dapat dibaca oleh orang yang suka dengan lelucon dari kalangan muda sehingga memberikan motivasi untuk menyukai bahagian ini kerana menceritakan tipu muslihat dan taktik yang digunakan oleh para binatang. Kedua, Kitab ini memperlihat daya imaginasi dan kreativiti para binatang dengan pelbagai cara dan bentuk untuk menyenangkan hati para penguasa. Sehingga semangat dan keinginannya untuk membaca kitab ini semakin bertambah. Ketiga, kitab ini dirancang sedemikian rupa agar dapat dimanfaatkan oleh para pemerintah dan orang-orang awam. Keempat, karya ini memiliki tujuan khusus yang hanya diketahui ahli falsafah agung. Kandungan karya ini begitu luas dan tinggi, memiliki nilai etika dan estetika, pesanan moral dalam bentuk lelucon, yang menggunakan bahasa binatang namun, mengandung hikmah dan pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian tidak kiralah pemerintah atau rakyat biasa.
Berdasarkan huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa karya tersebut begitu masyhur jika dibandingkan dengan karya-karya sezamannya. Kitab itu juga menjadi inspirasi bagi karya-karya sasterawan sesudahnya, baik Timur mahu pun Barat. Walaupun karya tersebut merupakan karya saduran, tetapi Ibnu al-Muqoffa’ tidak mengubah isi, makna, dan kandungan dari penulis aslinya. Ibnu al-Muqoffa’ cuma menjadikan karya ini lebih menarik dengan cerita-cerita sisipannya. Sebuah karya sastera prosa yang di dalamnya dapat kita petik pelbagai hikmah dan manfaat. Karya ini bukan hanya untuk pembacaan semata-mata, tetapi harus melalui penghayatan dan pemahaman yang mendalam untuk memahaminya kerana di dalamnya terdapat pelbagai kebaikan. Hal ini juga dapat menjadi dorongan dan inspirasi bagi seluruh anggota masyarakat, untuk menciptakan sebuah karya sastera. Kemudian mengembangkan karya sasteranya sehingga dapat memperkaya khazanah Islam pada masa hadapan.

Pada awalnya Kalilah Wa Dimnah adalah sebuah kisah. Dalam kehidupan sufi, kisah-kisah seumpama ini memiliki ciri yang unik. Kisahnya bukan sekadar cerita dongeng untuk diceritakan kepada anak-anak sebelum tidur, tapi menjadi salah satu pedoman dalam melaksanakan dakwah mereka. Kisah dalam Kalilah Wa Dimnah pernah disamakan dengan kisah dongeng dan menjadi alat yang cukup baik untuk mengajak orang untuk mengikuti nilai- nilai tertentu yang terkandung di dalammya. Kisah- kisah dalam Kalilah Wa Dimnah merupakan wacana pendidikan sufi untuk melahirkan mutiara-mutiara kisah yang tak terkira jumlahnya.

Kisah- kisah dalam karya ini merupakan cermin. Maka, Baidaba yakni seorang ahli falsafah agung India, membuat sebuah karya yang ditujukan kepada Raja Dabsalim (seorang raja India yang ditaklukan Iskandar Agung pada 226 SM). Karya ini, yang kemudian disadur al-Barzawy ke dalam bahasa Parsi , dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Ibnu al-Muqoffa’ yang mengutarakan nilai-nilai moral ( futuwwah) masyarakat dengan menggunakan model fabel ( kehidupan binatang sebagai kiasan untuk mendidik masyarakat) agar tulisannya mudah diterima dan difahami oleh sesiapa sahaja yang membaca karya ini.

Kandungan karya ini penuh dengan cerita-cerita berbingkai yang bersifat didaktik yakni boleh dijadikan teladan kepada setiap insan. Kesemua 14 bab yang ditulis di dalam Kalilah Wa Dimnah merupakan kisah fabel yang sengaja menjadi tamsil dan perumpamaan kehidupan manusia agar mudah difahami khalayak umum serta menjadi kajian yang menarik bagi mereka yang inginkan ilmu di dalamnya.

Di dalam karya Kalilah Wa Dimnah, Baidaba memulai pembahasannya tentang jalinan persahabatan dua kawan karib dan bagaimana keduanya mula membina tali persahabatan. Diceritakan juga bagaimana persahabatan tersebut putus di tengah jalan akibat hasutan pihak ketiga yang hipokrit. Tujuan Baidaba menggunakan para haiwan sebagai tamsil pembelajaran kepada manusia kerana dia pernah mendengar seorang bijak pandai berkata bahawa jika ilmu yang ingin disampaikan menggunakan bahasa yang biasa tidak akan mampu menarik manusia menghayatinya kerana hikmah perlu datang dari hati. Jika menggunakan haiwan untuk memberi nasihat akan mudah difahami oleh kebanyakan manusia dan mereka akan berfikir hikmah di sebalik cerita binatang tersebut.

5.0 CERITA BERBINGKAI

Cerita berbingkai merupakan karya yang terkenal di seluruh dunia. Cerita ini dinamakan berbingkai sebab cerita jenis ini selalunya disisipkan dengan cerita-cerita lain ( Ali Ahmad dan Siti Hajar Che’ Man , 1996 : 237 ). Secara umum, cerita berbingkai ini panjang dan bersambung-sambung isi ceritanya. Cerita berbingkai mengandungi beberapa buah cerita pokok dan beberapa cerita sisipan yang merupakan cerita tambahan kepada cerita asal.

Daripada struktur cerita, cerita berbingkai merupakan karya yang bersifat episod. Setiap karya ini berkisar tentang perbuatan atau kejadian buruk yang akan menimpa watak utamanya. Walau bagaimanapun, bencana tersebut dapat ditangguhkan atau akhirnya diberhentikan ( Ali Ahmad dan Siti Hajar Che’ Man , 1996 : 238 ). Penangguhan atau penamat bencana itu berlaku semata-mata disebabkan oleh pengisahan cerita-cerita berbentuk moral, pengajaran atau hiburan yang akhirnya menimbulkan keinsafan kepada watak utamanya.

Pada pertengahan abad VI atau tepatnya 672 M, Parsi dipimpin raja yang bernama Anusirwan Ibnu Qudaba. Baginda mendapat tahu bahawa di India terdapat sebuah karya yang bertajuk Kalilah Wa Dimnah yang terkenal dan masyhur. Oleh kerana baginda seorang yang mencintai ilmu pengetahuan, maka baginda berazam untuk memilikinya. Maka, baginda memerintahkan Barzawy yang merupakan seorang doktor istana yang juga merupakan orang kepercayaannya, untuk pergi ke India mengambil dan membawa kitab itu kepadanya. Ternyata usaha itu berhasil. Barzawy dapat membawa manuskrip itu kepada raja dan menterjemahnya ke dalam bahasa Parsi atau bahasa Pahlawi. Kemudian teks ini hilang dan akhirnya karya ini diterjemahkan oleh Ibnu al-Muqoffa’ ke dalam bahasa Arab.

Tujuan diceritakan cerita-cerita binatang sebegini adalah untuk dijadikan pengajaran atau pun satu teguran terhadap golongan atasan yang tidak mungkin dapat ditegur secara terang-terangan. Cerita-cerita binatang ini juga sering hadir dalam bentuk yang ringan, tetapi mesej yang terkandung di dalamnya merupakan satu khazanah keintelektulan yang tiada ternilai.

Kitab Kalilah Wa Dimnah merupakan karya saduran mengenai cerita-cerita bintang yang penulis asalnya ialah seorang ahli falsafah agung India. Beliau ini sentiasa dicari oleh Raja Dabsalim, seorang raja di zaman kekuasaan Seljuk (512-544 H) untuk mendengar kisah tentang binatang yang akan diceritakan oleh Baidaba. Dalam penceritaannya, termuat juga falsafah-falsafah kehidupan. Tatkala membaca tulisannya, seseorang akan merasakan diri seolah-olah hanyut dalam lautan ilmu yang indah. Pemikiran yang ditampilkannya benar-benar membuatkan pembaca menaakul berkali-kali.

Sememangnya kitab Kalilah Wa Dimnah ( nama ini diambil sempena nama karakter dalam cerita yang dikisahkan Baidaba), membuatkan pembaca merasakan semakin ghairah untuk meyelak setiap halaman bagi menemukan buah-buah falsafah yang tinggi nilainya pada setiap lembaran.

6.0 BIODATA PENTERJEMAH KALILAH WA DIMNAH

Ibnu Al-Muqoffa' ( 106 H / 724 M-142 M ).Penterjemah Keilmuan Pertama ke Bahasa Arab Nama ini cukup terkenal terutama pada abad ke II hijrah kerana termasuk salah seorang ulama Islam kala itu. Beliau dilahirkan dalam keadaan beragama majusi mazdeky di Iraq pada tahun 106 H/724 M. Kemudian beliau memeluk agama Islam di tangan Isa bin Aly, saudara dari khalifah Abi Ja'far Al- Manshur Al-Abbasy. Nama lengkapnya ialah Abu Muhammad Abdullah bin Al-Muqoffa'. Beliau merupakan orang Parsi tulen. Sebelum memeluk agama Islam, beliau bernama Dauzabah dan dikenali dengan sebutan Abu Amr, namun, setelah memeluk agama Islam, beliau dipanggil Abu Muhammad.

Beliau membesar di kawasan Bani Ahtam di Bashrah. Dari sinilah beliau menerima pendidikan keilmuan yang menjadikannya salah seorang ulama Islam. Bani Ahtam di Bashrah adalah ahli fashohah dan ahli balaghoh, tambahan pula Bashrah pada masa itu merupakan tempat berkumpulnya para ahli fiqh, para perawi hadith, ahli hadith, ahli lughoh dan juga tempat seminar para ahli balaghoh dan ahli syair.

Ibnu Al-Muqoffa' terkenal dengan kecerdasannya sehingga dikatakan tidak ada orang Arab yang lebih cerdas darinya. Selain cerdas, beliau juga sangat dermawan dan terkenal dengan kemuliaan akhlaknya. Beliau juga termasuk dalam kalangan muslim yang sangat mencintai seorang sahabat yang paling mulia iaitu Abu Bakar Siddiq r.a.
Ibnu Al-Muqoffa' termasuk golongan ahli balaghoh. Beliau juga ialah orang yang pertama menterjemahkan buku-buku Parsi dan Yunani ke bahasa Arab. Antara terjemahan beliau adalah tentang hikmah (falsafah) Parsi yang beliau arabkan. Di samping itu, beliau juga menterjemahkan mantiq (ilmu logika) Yunani ke bahasa Arab, ilmu akhlaq, dan tentang politik.
Tatkala beliau sudah terkenal sebagai seorang ulama yang memiliki keutamaan lebih, beliau diminta menjadi jurutulis pada masa Bani Ummayyah oleh Daud bin Yusuf bin Umar salah seorang keturunan Bani Umayyah di Iraq. Kemudian, beliau juga menjadi jurutulis kepada Isa bin Aly dari khalifah Abi Ja'far Al-Manshur pada masa Bani Abbasiyah di Kirman.

Ibnu al-Muqaffa' ini memiliki kecerdasan yang tidak dimiliki orang lain. Beliau mencapai puncak dalam penguasaan ilmu bahasa, ilmu hikmah, sejarah Parsi, ilmu sastera, dan lain-lain. Di samping itu, beliau juga jarang sekali berkumpul dengan orang-orang kecuali orang yang sehaluan dengannya iaitu para ulama, hukama' (ahli hikmah), dan sebangsanya. Antara kitab karangannya adalah:

1. Kitab Kalilah Wa Dimnah, kitab ini berbicara tentang perbaikan akhlaq dan mendidik akal.
2. Kitab al-Adab al-Kabir
3. Kitab al-Adab al-Shoghir
4. Kitab al-Durroh al-Yatimah.
Ibnu al-Muqoffa' sangat fanatik terhadap adab dan keilmuan kaumnya iaitu bangsa Parsi. Oleh sebab itu tidak terlihat dari kitab-kitab karangannya yang berbicara tentang falsafah atau ilmu pengetahuan yang dimiliki bangsa Arab, kecuali dalam ilmu lughoh (bahasa) dan sedikit sekali beliau mengutip syair, hikmah mahu pun realiti yang terjadi pada bangsa Arab dan pendapat mereka dalam tulisannya.

Namun, sumbangannya terhadap bangsa Arab dan Islam sangat besar, beliau merupakan orang yang pertama menterjemahkan ilmu pengetahuan Parsi ke bahasa Arab. Beliau juga orang pertama yang menterjemahkan mantik Yunani ke bahasa Arab dan sebagainya yang mungkin telah luput dari catatan sejarah.
Pada tahun 142 H/759 M, ulama yang berjasa ini dibunuh di Bashrah oleh Sufyan bin Muawiyah pemimpin di Bashrah ketika itu kerana fitnah. Beliau dituduh sebagai orang yang zindiq dan berusaha memusuhi Islam. Padahal fitnah itu tidak dapat dibuktikan sama sekali sebelum beliau dibunuh, bahkan setelah beliau meninggal dunia, langsung tidak ditemukan tulisan-tulisan beliau yang menjurus ke arah memusuhi Islam.

7.0 TEORI PERSURATAN BAHARU
Pada zaman kebangkitan Islam, sastera yang berunsurkan Islam telah menjadi suatu tajuk pembicaraan yang menarik. Telah lahir pelbagai sayembara yang disertai tokoh-tokoh penting seperti Shahnon Ahmad, Yusuf Zaki Yaakob serta Syafie Abu Bakar. Dengan adanya karya-karya berunsur Islam, maka lahirlah pelbagai teori Islam untuk mengkaji dan menilai sesebuah karya Islam. Oleh itu, usaha melahirkan pendekatan Islam perlu diijtihadkan ( Mana Sikana , 1998: 231 ).

Selain itu, pendekatan Islam membicarakan empat metode penting iaitu pertama, aspek latar belakang penulis. Hal ini penting kerana dalam karya Islam, kreativiti kesenian diambil kira. Kedua, isi karya juga perlu dianalisis. Hal ini berkaitan dengan soal tema, persoalan, pemikiran, ideologi, falsafah dan sebagainya. Ketiga, teknik penulisan juga perlu diambil kira. Maksudnya, unsur estetika dan logik diberikan perhatian utama. Keempat, sastera Islam tidak lahir untuk kekosongan atau keseronokan semata-mata kerana seni. Menurut Mana Sikana ( 1998 ) sastera Islam adalah sebagai wadah dan alat untuk masyarakat Islam mengamalkan syariat Islam. Justeru, Islam memandang penting hubungan karya sastera dengan masyarakat dan kesan karya tersebut dalam kalangan pembaca.

Teori Persuratan Baharu diperkenalkan oleh Mohd Affandi Hassan. Gagasan teori ini sebenarnya adalah hasil pemurnian dan pemantapan idea-idea awal yang pernah dikemukakan oleh Mohd Affandi Hassan dalam kajian-kajiannya yang terdahulu. Kelahiran Teori Persuratan Baharu ini adalah disebabkan kekecewaan terhadap kedangkalan intelektualisme Melayu dan rasa tanggungjawab Mohd Affandi Hassan untuk memperbetul keadaan, dengan harapan kegiatan ilmu dan sastera Melayu tidak sia-sia.

Mohd Affandi Hassan tidak menyusun secara satu persatu prinsip teori, sebaliknya menggabungkan idea ini dalam satu kerangka pemikiran yang luas dengan pengolahan dalam bentuk kreatif dan bukan kreatif. Secara umumnya, gagasan idea Mohd Affandi Hassan dan Teori Persuratan Baharu berteraskan tauhid yang dipecahkan kepada empat prinsip. Keempat-empat prinsip itu ialah:

1. Persuratan yang mendokong ilmu, pemikiran, dan kebijaksanaan.
2. Persuratan yang memakai gaya keintelektualan yang indah.
3. Persuratan yang mementingkan watak-watak baik yang mendokong ilmu dan kebijaksaan.
4. Persuratan yang daya kreatif yang tinggi, intelek, beradab, dan terkawal.

Empat prinsip ini mendokong idealisme teks sebagai pendokong dan penyampai gagasan dan pemikiran. Dalam erti kata lain, kesan daripada penghasilan teks kesusasteraan adalah bertujuan memaknakan perutusan yang mempunyai makna. Pengarang bukan sekadar pencerita yang menceritakan semula apa-apa yang tersedia dalam pengalaman, alam mahupun perasaannya. Idea teori ini berasaskan dua konsep dengan satu teras, iaitu konsep ilmu dan konsep cerita. Kedua-dua konsep ini melahirkan empat konsep yang sebenarnya bersandarkan pada teras agama iaitu tauhid ( Abdul Halim Ali , 2006 : 82 ).

Dengan kefahaman ini, teori ini bukan sahaja mengaitkan teks kesusasteraan dengan tuntutan tauhid, malah turut meletakkan teks sebagai produk persuratan baharu yang tinggi nilai keinteletualannya dari semua segi. Tujuan akhir Persuratan Baharu ialah pandangan mata kasar dan mata hati tentang peranan teks kesusasteraan membawa manusia dan kesusasteraan itu kepada hakikat insan, hakikat ilmu, dan amal serta hakikat sastera itu sendiri ( Mohd Affandi Hassan et al , 1996 : 35 ).

Matlamat Persuratan Baharu juga mahu menunjukkan manfaat dan kegunaan sesuatu teks kesusasteraan dalam mendidik kemanusiaan dan keinsanan manusia berdasarkan prinsip-prinsip ketauhidan. Pendekatan tauhid sangat sesuai untuk membuktikan betapa kesusasteraan itu bermanfaat di sisi agama dan kehidupan di dunia ini.

Secara praktis, ilmu ialah idea, pencernaan buah fikiran, hasil daripada fahaman yang jitu, bacaan yang luas, dan renungan yang dalam, yang dicanai oleh akal, yang kemudian diberi bentuk dan dihujahkan dengan yakinnya. Ungku Maimunah dengan itu berpandangan sesebuah karya sastera dapat diuji apakah mengutamakan ilmu atau cerita dengan melihat pemanfaatan ruang naratifnya. Ruang naratif dapat diisi dengan paksi naratif atau alat penceritaan.

Alat penceritaan yang lain ialah karektor, aksi, latar, gaya bahasa, konflik, dan lain-lain. Justeru, untuk mengetahui sama ada pengarang mengutamakan ilmu daripada cerita, seorang pengkaji atau pembaca perlu melihat bagaimana alat penceritaan dimanfaatkan untuk tujuan membangun, mengekal, memanjang, dan menyelesaikan cerita, atau alat penceritaan itu dimanfaatkan untuk tujuan mengupas, menghurai, dan menghujah idea-idea bagi membina ilmu.

Teori Persuratan Baharu menyediakan pilihan bagi pengarang untuk membina ilmu atau membina cerita dalam karya. Allah sebagai Pencipta, Nabi Muhammad yakni Nur Muhammad sebagai pusat, dinamakan kamal atau kesempurnaan. Ilmu turun kepada ahli bait sebagai penerus kelangsungan Islam yang kita namakan wilayah. Mereka bukan hanya ilmuan tetapi cendekiawan kerana terlibat dalam pembangunan masyarakat. Maka, gerakan kreativiti karyawan seni harus menempuh laluan ini. Baharulah sampai kepada idea umum dalam pemikiran Melayu yang merupakan manfaat dan faedah untuk masyarakat. Idea umum itu disampaikan dengan makna, dan penuh pengertian lalu turun kepada keindahan. Hal ini semua melibatkan pengarang.

Kesimpulannya, Teori Persuratan Baharu bukanlah sebuah teori yang mewujudkan yang baharu, mewujudkan sesuatu yang belum ada. Sebaliknya perkataan “ baharu “ itu merujuk kepada keluarnya dari belenggu kegelapan setelah menemui kebenaran ( al-haq ) yang lantas membawa kepada kecerahan akal fikiran. Justeru, pembaharuan dalam konteks Islam bererti pembaharuan dari segi akal fikiran yakni mengubah sesuatu keadaan daripada tidak baik kepada baik, atau daripada sedia baik kepada lebih baik ( Mohd Affandi Hassan et al , 2008 : 206 ).


8.0 TEORI PERSURATAN BAHARU DALAM KALILAH WA DIMNAH



Teori Persuratan Baharu janaan Mohd Affandi Hassan mengemukakan empat prinsip utama dalam sesebuah kajian. Keempat-empat prinsip ini mendasari gagasan Persuratan Baharu dengan mendokong idealisme teks sebagai penyampai gagasan dan pemikiran. Matlamat akhir teori ini adalah untuk menunjukkan manfaat dan kebergunaan sesuatu teks kesusasteraan itu dalam mendidik atau membentuk sifat kemanusiaan dan keinsanan berdasarkan prinsip-prinsip ketauhidan.


8.1 Persuratan yang mendokong ilmu, pemikiran, dan kebijaksanaan.

Teori Persuratan Baharu menekankan kepentingan ilmu, pemikiran, dan kebijaksanaan. Maka, sesebuah karya sastera harus dinilai berdasarkan ilmu, bukan sekadar khayalan yang tidak berketepian. Menurut Mohd Affandi Hassan ( 2008 ), dalam tradisi ilmiah Islam, telah wujud tradisi keilmuan ini yakni pemikiran yang bersifat fatwa yang menjadi landasan seterusnya. Kaedah yang ditunjukkan dalam tradisi ilmu dalam Islam sebenarnya sudah lama dikenali. Dengan itu, ilmu berkembang dan tradisi ini jugalah yang terjadi di Barat. Pendek kata, hakikat inilah yang menunjukkan kedudukan ilmu dan pemikiran dalam tamadun manusia.

Islam sangat mementingkan ilmu, iaitu ilmu yang benar, sebagai asas segala kegiatan, termasuklah kegiatan bersastera. Sehubungan itu, segala usaha yang tidak berteraskan ilmu akan menjadi sia-sia ( Mohd Affandi Hassan et al , 2008 : 222 ). Asas-asas ilmu yang kukuh itu ialah karya harus mempunyai fungsi intelek dan fungsi estetik. Kesepaduan ini harus pula didokong dengan hakikat ilmu dan amal. Ilmu yang benar akan mendorong kepada kebaikan dan keredhaan Allah sementara pengetahuan dan kemahiran yang tidak berteraskan ilmu yang benar akan mendorong kepada kemungkaran.

Hakikat ilmu dan amal dalam konteks persuratan ialah ilmu yang benar (bermaksud ilmu yang tidak mengelirukan dan meragukan) kerana kelak akan menjadi asas kepada amal manusia. Ilmu yang salah menyebabkan amal dan usaha sia-sia. Ilmu yang benar akan mendatangkan keyakinan. Menurut Syed Muhammad Naguib al-Attas ( 2007 ), ilmu merupakan penitisan makna sesuatu ke dalam diri, di mana ilmu akan membuatkan manusia sampai kepada makna sesuatu. Tiga sumber ilmu pada manusia datangnya dari wahyu, akal, dan pengalaman. Ketiga-tiganya memiliki perbezaan besar. Pengetahuan diperolehi melalui akal dan pengalaman, manakala ilmu hanya dapat dicapai melalui iman, tetapi pengetahuan yang mendalam boleh menguatkan iman, mengukuh keyakinan dan membuat orang insaf kepada keterbatasan akal serta pengalamannya.

Hal inilah yang terdapat di dalam kitab Kalilah Wa Dimnah iaitu ilmu, pemikiran, dan kebijaksanaan. Baidaba selaku penulis asal karya ini menyelitkan satu pemikiran yang tinggi nilainya. Tujuannya tidak lain hanya untuk memberikan pengajaran dan peringatan kepada rajanya. Namun, segala teguran itu tidak dilakukan secara terang-terangan. Sebaliknya menggunakan haiwan-haiwan yang boleh berkata-kata seperti manusia sebagai watak utamanya. Dimnah, watak serigala dalam cerita ini yang mempunyai cita-cita politik yang tinggi dan sanggup membuatkan dua orang sahabat bermusuhan dan akhirnya saling berbunuhan. Dimnah pernah berkata kepada saudaranya, Kalilah bahawa dia akan mendapat tempat yang istimewa di sisi singa dengan menggunakan kebijaksanaannya menggunakan nasihat-nasihat yang bernas.

“… Aku ingin menawarkan sesuatu kepada singan dalam kesempatan ini. Sebab, aku melihat bahawa ia adalah intelektual tetapi pendapatnya cukup lemah. Barangkali, dalam kondisi seperti ini, aku bisa mendekatinya dan kemudian aku mendapatka posisi dan kedudukan di sisi raja.” ( Wasmukan , 2004 : 74 )

Baidaba menggunakan elegori ini untuk memberikan nasihat kepada raja agar berhati-hati kerana jika baginda kurang waspada, mungkin ada individu yang akan mengambil kesempatan atas kelemahan raja itu. Kebijaksanaan Baidaba diterapkan dalam cerita ini dengan menggunakan Dimnah sebagai ancaman kepada raja. Raja atau pemerintah pula harus berhati-hati menerima pandangan seseorang yang dirasakan layak untuk menasihatinya kerana kelak mungkin akan memudaratkannya.

Selain itu, Baidaba turut menyelitkan kebijaksanaan dan pemikiran yang tiada taranya. Dalam menjalankan pentadbiran, seseorang pemerintah tidak harus memandang rendah sesiapa jua. Besar atau kecil bukan ukuran untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Hal ini dapat dilihat dalam perbualan antara Dimnah dan Kalilah semasa berbicara tentang cara Dimnah hendak berhadapan dengan sapi banteng:

Dimnah menjawab, “ Janganlah engkau melihat kelemahan dan kecilnya diriku. Sebab, suatu perkara tidak bisa diperhitungkan hanya dari lemah dan kuat, kecil dan besar tubuh. Banyak orang kecil dan lemah yang – dengan tipu muslihat, kecerdikan, pikirannya – bisa mencapai apa yang tidak bisa dicapai oleh kebanyakan orang kuat.” ( Wasmukan , 2004 : 74 )


Jadi, Dimnah yang jauh lebih kecil berbanding sapi banteng tahu tidak mungkin dia dapat menewaskan sapi banteng jika bertanding kekuatan fizikal. Jadi, Dimnah memilih untuk menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaan untuk menewaskan sapi banteng. Jelaslah, ilmu dan kebijaksanaan merupakan kunci untuk berjaya dalam kehidupan. Karya Baidaba ini sarat dengan ilmu dan kebijaksanaan sesuai dengan gagasan Persuratan Baharu.



8.2 Persuratan yang memakai gaya keintelektualan yang indah.

Persuratan Baharu mengemukakan falsafah penulisan yang jelas berasaskan konsep taklif, dengan memberikan tumpuan kepada konsep ilmu yang betul. Dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa kegiatan kreatif yang berlandaskan intelek dapat memberikan manfaat dan kepuasan intelektual kepada pembaca. Penulisan yang kreatif dan berteraskan taklif tidak akan menyeleweng. Biasanya, penulis yang mempunyai latar belakang agama tidak akan menggunakan bahasa yang menyeleweng. Mereka menggunakan bahasa yang sederhana, tetapi tetap memikat pembaca.

Penggunaan bahasa dalam persuratan bukan untuk perhiasan, tetapi untuk mempertajam dan menjelaskan makna yang ingin disampaikan. Oleh itu, walaupun digunakan perbandingan, kiasan, dan berbagai-bagai lagi ragam bahasa seperti peribahasa dan sebagainya, bukan hanya untuk mencari kelainan, tetapi untuk memperkuat makna wacana yang dipilih, sama ada untuk bercerita atau untuk berhujah melalui puisi atau prosa ( Mohd Affandi Hassan et al , 2008 : 22 ).

Penggunaan bahasa bercorak begini hanya dapat dicapai sekiranya seseorang itu benar-benar faham akan hakikat taklif. Oleh itu, jika hakikat taklif sudah difahami, dalam sebarang penulisannya, tidak akan lari dari ikatan taklif. Dengan itu, pengarang akan menggunakan bahasa sebagaimana yang diajarkan kepada manusia oleh Allah Taala. Jika tersasar sekali pun, atau lalai, dia akan kembali kepada hakikat taklif tadi. Di situlah dia mencari kekuatan dalam penulisannya dan tidak mungkin dapat digugat oleh sesiapa pun. Itulah hakikat karya yang sebenarnya yakni penggunaan bahasa yang paling indah.

Dalam karya yang baik, keindahan bahasa dibebaskan seluas-luasnya untuk mencakupi seluruh kegiatan intelektual pengarangnya. Oleh itu, keindahan bahasa dalam karya-karya Islam mencerminkan sifat taklif yang menjadi asas terciptanya sesebuah karya. Bahasa yang indah ialah bahasa yang kaya dengan makna, hasil dari pemikiran yang mendalam, dan renungan yang dilakukan dengan sedar untuk mendapatkan makna yang paling tepat dan indah ( Mohd Affandi Hassan et al , 2008 : 31 ). Dengan melihat aspek keindahan bahasa dalam konteks ilmu, maka keindahan tidak lagi terbatas kepada keperluan emosi manusia yang berlandaskan hawa nafsu, tetapi untuk dicanai dalam apa-apa juga pengucapan bahasa, tulisan, mahu pun ciptaan yang bercorak ilmiah.

Di dalam Kalilah Da Dimnah, keindahan bahasanya bukan terletak pada permainan bahasa berbunga-bunga dan penggunaan kiasan yang bernilai tinggi. Sebaliknya terletak pada tingginya intelektual penulisnya menghasilkan karya ini. Dalam karya ini sukar untuk menemui bahasa yang berbunga-bunga. Selaras dengan tuntutan Persuratan Baharu yang lebih menekankan ketinggian intelektual berbanding penggunaan bahasa yang berbunga-bunga. Misalnya dalam menggambarkan hubungan yang baik sesama manusia dan setelah dapat, dia mensia-siakan hubungan persahabatan itu menyebabkannya mengalami penyesalan yang teramat sangat.

… Akan tetapi kerana kamu mahu menipuku, maka aku juga menipumu sebaliknya, sehingga aku sadar, bahwa perkaraku sudah sangat keterlaluan. Dikatakan, bahwa sesuatu yang telah dirusak oleh angan-angan dan impian, tidak bakal bisa diperbaiki kecuali dengan ilmu,”
“ Apa yang kamu katakan memang benar. Hanya saja orang yang saleh akan mau menyadari dan mengakui kesalahannya. Sehingga ketika dia berbuat dosa atau kesalahan, maka dia tidak malu ketika harus dididik dan diberi pelajaran, karena kejujurannya dalam ucapan dan perbuatannya. Kalau dia terjerumus dalam kondisi yang sangat dilematis, maka memungkinkannya untuk menyelamatkan diri darinya dengan cara dan akalnya. Seperti seorang yang tergelincir di atas tanah, kemudian dia segera bangkit dengan cara berpegang pada tanah tersebut,” kata kura-kura.

( Wasmukan , 2004 : 263 )

Berdasarkan petikan di atas, keindahan penulisan ini terletak pada ungkapan-ungkapan dan nilai keintelektualan yang dimasukkan oleh Baidaba. Sebagai seorang ahli falsafah, sudah tentu keilmuan dan intelektualan berada pada tempat yang tinggi dalam sesebuah karya. Kitab Kalilah Wa Dimnah ternyata mengandungi keintelektualan yang tinggi selaras dengan Teori Persuratan Baharu.

Pandangan Profesor Hamka turut menarik untuk direnung kembali. Ilmu menurut pandangan Profesor Hamka ialah hikmah. Dalam konteks ini kita dapat katakan sastera itu pemikiran, pemikiran itu ilmu, ilmu itu hikmah, hikmah itu rahsia untuk kembali kepada kebenaran Tuhan. Hikmah meliputi pemikiran, hukum dan falsafah. Dalam Islam gagasan keindahan sesuatu karya ialah ilmu justeru orang yang tiada ilmu tidak dapat mencapai keindahan.


8.3 Persuratan yang mementingkan watak-watak baik yang mendokong ilmu dan kebijaksanaan.

Teori Persuratan Baharu menekankan penggunaan watak-watak yang kuat, bermoral, beragama, berilmu, dan sebagainya. Watak-watak yang hina seperti pelacur, atau watak-watak dangkal dan kecil peranannya dalam membangun jiwa tidak diterima dalam gagasan ini. Biasanya, watak-watak dalam karya-karya Islam haruslah watak-watak yang boleh dicontohi, bijaksana, berani, berilmu, dan mempunyai beberapa nilai unggul yang lain. Namun, semuanya bertitik tolak pada kepentingan ilmu.

Watak-watak yang kecil dan dangkal ditolak sama sekali dan watak-watak yang berilmu, kuat, bijak, dan bermoral adalah amat dituntut sesuai dengan teras ilmunya. Sesebuah cerita tidak menghadkan wataknya kepada sesuatu jenis watak tertentu. Cerita boleh sahaja didukung oleh watak yang besar atau juga yang kecil dan hina. Namun, dalam konteks Persuratan Baharu, watak seumpama ini tidak memberikan sebarang makna.

Dalam Kalilah Wa Dimnah, akan ditemukan dengan watak-watak haiwan yang boleh berkata-kata seperti manusia. Baidaba sengaja menggunakan elegori haiwan yang mewakili sifat manusia untuk menyampaikan pesanan dan nasihatnya kepada pemerintah. Oleh sebab Baidaba seorang penulis yang bijaksana, watak-watak yang dilahirkan mendokong pemikiran yang bijaksana juga. Tidak kira jenis haiwan tersebut, watak yang diciptakan itu mempunyai pemikiran dan nilai keintelektualan yang cukup tinggi baik ketika berhadapan dengan manusia, mahupun ketika bertemu sesama haiwan.

Lalu, kijang dan burung gagak berkata kepada tikus, “ Kami khawatir bahwa perhatian dan omonganmu, sekalipun sangat indah, tetap tidak bermakna sedikit pun bagi kura-kura. Dikatakan bahwa manusia diuji ketika ia mendapatkan cobaan, ketika amanat atau titipan diambil darinya, ketika keluarganya dalam kondisi miskin dan sangat membutuhkan, dan ketika saudara atau sahabatnya mengalami kecelakaan.”

Tikus berkata, “ Aku punya ide untuk melakukan tipu muslihat agar kura-kura bisa selamat. Wahai kijang, pergilah ke tempat yang kira-kira si pemburu bisa melihatmu seakan-akan engkau terluka. Kemudian burung gagak hinggap di tubuhmu, seakan-akan mahu memangsamu. Sementara itu, aku sendiri akan berjalan dekat dengan pemburu untuk mengintainya. Barangkali ia melemparkan alat yang dibawanya dan kemudian meninggalkan kura-kura untuk mengejarmu karena ingin bisa mendapatkanmu. Bila ia mendekatimu, segeralah lari secara dengan bertahap sekira-kira harapan si pemburu itu tidak putus dan jadikan seakan-akan ia bisa menangkapmu, sampai ia jauh dari kami. Teruslah berlari semampumu ke arah yang kira-kira jauh dari kami. Aku berharap ia tidak segera kembali ke tempat ia mengikat kura-kura sebelum aku berhasil memutuskan tali yang mengikatnya dan menyelamatkannya.”

( Wasmukan , 2004 : 205 )

Kebijaksanaan tikus membuat perancangan untuk memperdaya pemburu agar mengejar kijang demi meyelamatkan kura-kura ternyata berhasil. Pemburu bukan sahaja kehilangan kijang yang disangkanya mudah untuk ditangkap, malah dia turut kehilangan kura-kura yang telah ditangkapnya. Hal ini menunjukkan watak-watak binatang ini mempunyai pemikiran yang bijaksana setanding dengan kebijaksanaan manusia. Dalam Kalilah Wa Dimnah, haiwan kadang kala memiliki kebijaksanaan yang melebihi pemikiran manusia. Kebijaksanaan seumpama inilah yang digambarkan dalam gagasan Persuratan Baharu yang mahukan watak-wataknya berani, bijak, bermoral, dan sebagainya. Semuanya berlandaskan kepada taklif.

8.4 Persuratan yang mempunyai daya kreatif yang tinggi, intelek, beradab, dan terkawal.

Gagasan Persuratan Baharu telah menghidupkan kembali konsep dan praktik persuratan seperti yang difahami dan dipraktikkan dalam tradisi Islam. Kekayaan ilmu dan kebijaksanaan pengarang disandarkan pada konsep ilmu yang betul, bukan hanya menumpukan perhatian kepada aspek hiburan seperti yang selalu digambarkan dalam hasil-hasil kesusasteraan. Apabila persuratan ditolak dengan memberikan kedudukan yang tinggi kepada kesusasteraan, maka hilanglah kekayaan dan kebijaksanaan pengarang. Hal inilah yang cuba dilakukan oleh teori Persuratan Baharu dengan mengembalikan ilmu dan kebijaksanaan pengarang dengan mengasaskan setiap penulisan kreatif kepada konsep ilmu yang betul, menjadikan taklif sebagai panduan berkarya, dan menyerlahkan kebijaksanaan tadi melalui siratan makna yang mendalam.

Dari sudut kreativiti, pengarang bebas menggunakan apa-apa jua kekayaan bahasa yang dikuasainya, pengalaman ilmiah yang dipunyainya, dan kehalusan cita rasa yang didapatinya melalui pembacaan yang mendalam. Siratan makna tidak dapat dirumuskan sebagaimana pembicaraan tentang konsep ilmu. Siratan makna menjadi medan menguji kemampuan ilmiah dan bakat seseorang pengarang. Di sinilah akan menyerlahkan lagi keupayaan kreativitinya dengan memberikan tafsiran yang mendalam terhadap apa-apa jua masalah yang dipilihnya.

Ternyata Baidaba mempunyai daya pemikiran yang kreatif dalam menghasilkan sebuah fabel yang baik. Semua kisah binatang yang dihasilkannya mempunyai nilai dan ilmu yang tinggi. Jika diperhatikan, cerita-cerita haiwan ini bukan sekadar sebuah cerita yang menarik, tetapi di dalamnya terselit pelbagai ilmu dan nilai keintelektualan yang memerlukan tafsiran yang mendalam. Baidaba mengawal penulisannya agar tidak lari daripada niat asal beliau menulis fabel ini. Setiap kata-kata dan cerita semuanya dikawal dan ditulis dengan penuh kreativiti bagi menyampaikan pesanan dan nasihat kepada pemimpin.

Mereka duduk di kamar tertutup, dan kemudian mula mengarang serta menyusun kitab ini. Ia yang terus mendikte muridnya untuk menulis kitab. Kemudian ia mengoreksi ulang sampai kitab itu benar-benar baik dan tersusun dengan indah. Ia menyusun kitab ini sebanyak lima belas bab, yang masing-masing bab memiliki judul dan masalah tersendiri, yang memuat pertanyaan dan jawaban, dengan harapan agar orang yang menelaah dan merenungkan kitab ini beroleh pengetahuan, keteladanan, dan petunjuk. Seluruh bab tersebut termuat dalam satu kitab yang diberi judul Hikayat Kalilah dan Dimnah ini. ( Wasmukan , 2004 : 40 )

Berdasarkan petikan di atas, kita dapat tahu bahawa Baidaba menghasilkan sebuah kitab yang benar-benar bermutu tinggi. Hal ini demikian kerana Baidaba dan anak muridnya menghabiskan masa menyusun bab demi bab dan menelitinya berkali-kali sehingga benar-benar sempurna. Jika sebuah kitab diteliti dengan mendalam, sudah pasti bahasa dan nilai serta kreativiti pengarang terkawal agar tidak menyimpang dengan matlamat untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada pembacanya.

Persuratan Baharu meletakkan kemampuan berfikir dan menganalisis dalam bentuk wacana itu lebih utama daripada hanya bercerita atau sekadar memaparkan sesebuah peristiwa itu tanpa dianalisis dengan lebih mendalam. Dengan adanya ikatan taklif dalam wacana dan penceritaan, maka cerita tidak diberi ruang yang luas untuk hanya bercerita dan berseronok. Jika sesebuah cerita tidak dikawal dalam konteks taklif, cerita itu akan menjadi liar dan berlebihan, yang akan merosakkan manusia ( Mohd Affandi Hassan et al , 2008 : 64-65 ). Dengan kesedaran ini, keutamaan kepada wacana akan menjamin sesebuah karya itu ditulis sesempurna mungkin, berasaskan kefahaman tentang konsep ilmu yang benar seperti dalam ajaran Islam.


9.0 PENUTUP

Ternyata Hikayat Kalilah dan Dimnah ( juga disebut Kalilah Wa Dimnah ) merupakan sebuah karya yang menyimpan ilmu dan nilai keintelektualan yang tinggi. Sungguhpun haiwan-haiwan menjadi watak-watak utamanya, namun bukan cerita haiwan yang ingin diketengahkan oleh Baidaba. Sebaliknya nilai dan pengajaran yang ingin diungkapkan kepada pemerintah khususnya. Semua alegori yang diselitkan mempunyai pengajarannya yang tersendiri. Membaca Kalilah Wa Dimnah membuatkan pembaca harus berfikir dengan lebih mendalam untuk memahami amanat dan pesanan yang ingin disampaikan. Ternyata kitab ini menepati ciri-ciri yang diinginkan oleh Persuratan Baharu yang mementingkan ilmu dan keinteletualan. Namun, semuanya haruslah bertitik tolak pada konsep taklif. Oleh sebab teori ini berlandaskan Islam, maka Hikayat Kalilah Wa Dimnah amat sesuai untuk dikaji dari sudut sebuat teori Islam khususnya Teori Persuratan Baharu.

Ahad, 25 April 2010

Nota Perlombongan

PERLOMBONGAN

Jenis Perlombongan

  • Bijih besi, timah, emas dan kuprum
  • Bukan Logam : marmar, tanah liat, fosfat
  • Bahan api : Petroleum, gas asli dan arang batu

Taburan

  • Petroleum- luar pantai terengganu, sabah dan sarawak, ditapis di kerteh, port dickson, dan tangga batu, Melaka
  • Gas asli - Di luar pantai Terengganu, sabah dan Sarawak yang berhampiran dengan medan petroleum, kinarut dan Glayzer di Sabah, Tujuh, Jerneh dan Rezak di Terengganu, Beryl dan Laila di Sarawak
  • Bijih timah: Lembah Kinta, Kuala Langat , Kota Tinggi
  • bijih besi : Semeling(kedah), Ipoh (perak)
  • Bauksit:Teluk Ramunia ( Johor ) dan Seri Medan, Johor
  • Emas : bau (sarawak), lubuk mandi (terengganu )

Perlombongan Bijih Timah

  • pernah muncul sebagai sektor utama dan mengalami kemerosotan pada tahun 2001, ketika itu hanya 33 buah lombong beroperasi
  • Jenis perlombongan : Penggunaan pam kerikir, lombong dedah dam kolong
  • kawasan perlombongan utama ialah di kawasan Lembah Kinta.

Perlombongan arang batu

  • Berfungsi sebgai sumber tenaga selepas petroleum dan gas asli dan digunakan dalam negara
  • Digunakan di Janakuasa Sultan Salahudin dan Sijangkat serta Tangjung Bin

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERLOMBONGAN

  • Sektor prlombongan yang penting dan bermula sejak 1909 di Miri, Sarawak
  • stok simpanan sumber yang banyak- petroleum ada 3 billion tong boleh bertahan 20 tahun lagi
  • malaysia terletak di atas pentas sunda kedalaman laut kurang 180m- kaya dengan simpanan petroleum. Kapasiti pengeluaran melebihi 650,000 tong sehari
  • harga sumber yang tinggi- petroleum us$70 setong menggalakkan kerja carigali kerana hasil yang lumayan
  • permintaan yang tinggi- bijih timah digunakan dalam indusri penyaduran
  • keupyaaan teknologi- pengeluaran dan pemrosesan petroleum menggunkan teknologi dan peralatan yang canggih-teknik mengesan, menghasilkan produk yang berkualiti contoh penghasilan minyak pelincir syanthium
  • buruh dan kepakaran- buruh mahir dan separuh mahir-program latihan dan kursus jangka panjang – dihantar keluar negara atau dalam negara.
  • kemudahan asas lengkap- sistem pengangkutan, perubungan, penympanan, keselamatan dan pemasaran
  • Dasar kerajaan/governan- meliputi kouta pengeluaran, permit, R&D- menggalakakan usaha cari gali khususnya kepaa petronas.

    Sumbangan sektor perlombongan kepada penduduk dan pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara
  • menyumbang kepada pendapatan negara hasil daripada eksport hasil perlombongan – contoh petroleum pada tahun 2000 menyumbang 14.2 billion, gasasli 11.3 billion
  • membuka peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai bidang seperti jurutera. Ahli geologi- contoh di malaysia pada tahun 2000 sebanyak 41200 peluang pekerjaan telah diwujudkan di sektor perlombongan
  • menggalakkan pemndahan teknologi dan kepakaran- menggaalakkan perkembangan R&D – contoh petronas kerjasama dalam teknologi menghasilkan produk berkualiti- minyak pelincir sintettik setaraf formula one
  • meningkatkan keupayaan modal- hasil eksport petroleum/hasil perlombongan
  • memajukan infrastruktur-jalan raya., pelabuhan, kemudahan asas, kemajuan pendidikan
  • membantu sektor industri yang berkaitan- berasaskan hasil perlombongan- bijih timah, petroleum dll
  • mewujudkan/membangunkan bandar/petempatan baru-lembah klang, lembah kinta, kerteh, miri dll

Kesan Kegiatan Perlombongan ke atas alam sekitar

Ke atas Landskap Budaya

  • wujudnya kawasan petempatan yang berkembang menjadi pekan atau bandar- petempatan ini mati setelah hasil lombong tiada contoh- bukit besi, batu arang
  • wujudnya rangkaian sistem pengangkutan seperti jalanraya, jalan kereta api, pelabuhan, lapangan terbang
  • wujudnya industri yang berkaian seperti industri petrikomia, kilang baja urea

Ke atas landskap Fizikal

  • tinggalan kawsan lombong membentuk lekukan, kolam , tasik
  • kawsan tinggalan lombong dimajukan menjdi kawsan rekreasi seperti the mines, tasik titiwangsa, taman tasik taiping
  • pencemaran sungai- sisa perlombongan menggunakan kapal korek-kelodak masuk dalam sungai- sungai keruh dan berkolodak
  • pencemaran udara- pembebasan habuk dan dbu-lombong kuari,pembebasan bahan-bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida, karbon monoksida di pusat penapisan minyak
  • minyak- mencemarkan air laut sekitar pelantar, lalauan kapal, sekitar teminal atau pelabuhan-mengancam hiupan laut
  • kehilangan tanah penutup bumi dan gangguan ke atas profil, struktur dan tekstur tanah-kehilangan kesuburan tanah, membentuk belukar
  • Tinggalan kawasan lombong adalah kawsan yang tandus-tidak subur, perlu dipulihara
  • kerosakan cerun bukit-lombong hidrolik, cerun menjadi menjadi tidak stabil-mudah kejadian tanah runtuh

Langkah melestarikan sumber perlombongan di Malaysia

  • mengehadkan kouta pengeluaran petroleum-agar simpanan sumber ini terjamin tidak dieksploitasi dalam jangka masa singkat
  • mengawal aktiviti cari gali sumber- PTG mengawasi aktiviti perlombongan emas dan kuari dengan pemberian lesen dan syarat yang ketat
  • tindakan tegas- denda, kompaun, menggantung lesen, membatalkan operasi- mereka yang melanggar syarat
  • Jabatan alam sekitar- penyeliaan terhadap aktiviti perlombongan yang mencemrkan alam sekitar- pencemaran laut/sungai
  • kerja-kerja pembersihan laut, pantai- secara bersepadu ntara syarikat dan agensi kerajaan
  • Membina benteng-menguatkan kembali cserun yang telah rosak-benteng konkrit mengelakkan hakisan dan tanah runtuh
  • menanam pokok-pokok peneduh di kawasan kilang memproses gas asli atau kilang kuari-memerangkap habuk dan mengurang suhu pemnasan setempat.
  • Membaik pulih kawsan lombong- menjadi kawsan rekreasi , sukan air- mines wonderland
  • Beralih kepada sumber gantian yang lebih murah dan berterusan dan bersih-tenaga ombak, air, solar biomas dll
  • Kempen dan pendidikan alam sekitar secara berterusan

SUMBER TENAGA

Sumber tenaga terdiri daripada 2 jenis iaitu:

  1. Sumber tenaga fosil : bijih timah, arang batu, gas asli

  2. Sumber tenaga gantian : tenaga hidroelektrik, tenaga suria, tenaga bioisim dan tenaga ombak.

Faktor yang mempengaruhi perkembangan tenaga gantian

  1. Penyusutan sumber tenaga konvensional/tenaga fosil-dijangka habis dalam tempoh 50 tahun akan datang perlu sumber tenaga alternatif
  2. Stok sumber tenaga semakin berkurangan,tidak boleh dihganti- jika tiada penemuan baru akan berlaku krisis tenaga
  3. dapat mengurangkan kergantungan dan penggunaan yang melampau kepada sumber tenaga konvensional- kesan negatif kepada alam sekitar
  4. mengurangkan kesan pencemaran alam sektar- sumber tenaga gantian lebih bersih, tidak mencemarkan alam sekitar
  5. Perkembangan dalam sains dan teknologi- penemuan baru dalam tenaga gantian lebih baik jika dibandingkan dengan tenaga fosil.


Masalah membangunkan sumber Tenaga Gantian di Negara Sedang Membangun.

  1. tahap sains dan teknologi yang masih rendah di negara membangun- bergantung kepagda kepakaran asing-kos tinggi
  2. kekurangan modal- penyelidikan, pembinaan empangan dll
  3. saiz pasaran yang masih kecil- permintaan pengguna masih belum berkembang pesat-keperluan masih belum terdesak
  4. negara membangun masih mempunyai simpanan tenaga konvensional yang banyak dan trend pengeluarannrya masih meningkat

TENAGA HIDROLETRIK DI MALAYSIA
1. Faktor yang mempengaruhi dan perkembangan
a. Fizikal

  1. bentuk muka bumi yang bergunung ganang dan bercerun curam menghasilkan aliran sungai yang deras
  2. saiz kawasan tadahan hujan yang luas
  3. hujan yang banyak- 2500 mm setahun membekalkan air ke kawsan empangan

b. Faktor manusia

  1. modal yang besar- kerajaan, pinjaman
  2. kepakaran dan tekologi yang tinggi-megimport dari jepun, cina dan korea selatan
  3. saiz pasaran dan kuasa beli- untuk lrt, komuter
  4. polisi kerajaan- menjamin perkembangan industri tidak terganggu, mengeksport tenaga lebihan, bekalan jangka panjang apabila sumber konvensional pupus
  5. hidroelektrik lebih bersih serta tidak mencemarkan alam sekitar
  6. keuntungan sampingan-tasik pelancongan, sumber pengairan

Masalah memajukan sumber Hidroelektrik

  1. lokasi sumber- pendalaman dan terpencil-sukar dihubungi-menigkatkan kos penghantaran
  2. modal besar- keupayaan kewangan negara terhad- pinjaman dari luar
  3. Keupayaan teknologi tinggi- mendapat khidmat kepakaran asing-meningkat kos pengeluaran-tidak menguntngkan.

Kesan penjanaan kuasa hidroelektrik dan penjanaan tenaga ke atas alam sekitar
a. Sistem Geomorfologi

  • kadar hakisan dalam sungai berkurangan-aliran sungai pelahan-bertukar menjadi tasik
  • pengangkutan sungai berkurangan-bahan-bahan yang dibawa oleh sungai tersangkut di empangan tidak lagi di bawa ke muara sungai
  • aras air sungai di tengah dan hulu meningkat-membentuk tasik takungan

    b. Sistem atmosfera dan hidrologi
  • tasik buatan- meningkatkan proses sejatan-membentuk awan- menurunkan hujan
  • kawasan sekitar tasik menerima banyak hujan perolakan lebih lebat dari sebelumnya

    c. Sistem Ekologi

  • memusnahkan sistem ekologi daratan/kawasan huatan, sistem ekologi huan bertukar menjadi sistem ekologi akuatik
  • kemusnahan habitat hutan dan bertukar menjadi habitat air
  • perubahan spesies- spesieis daratan keluar ke kawasan baru
  • spesies baru masuk- sperti ikan udang dll
  • kemusnahan rantaian makanan daratan-pokok selama ini pegeluar makanan
  • menjejaskan kehidupan orang asli yang bergantung kepada kegiatan hutan

Nota Geografi 2 STPM : Perikanan


Sektor perikanan.

Perikanan pingir Pantai.
1. Konsep: Dijalankan di laut cetek, kurang 32 km dari pinggir laut dan kedalaman air kurang 180 meter. Seperti laut China Selatan, laut sulu, selat Melaka dan selat tebrau.

Ciri-ciri:
a. Teknologi atau peralatan yang digunakan : Tradisonal seperti bubu, pompang, pukat tarik, pukat tunda, bitol, pancing dan kelong
b. Jenis tangkapan : tenggiri, parang, bawal, bilis, udang dan lain-lain.
c. Skala pengeluaran : kecil dan sedikit. Lebihan dijual atau ditukar dengan barangan lain.
d. Modal : Miskin , bergantung kepada orang tengah atau pinjaman dan bantuan subsidi dari kerajaan. Biasanya melibatkan keluarga dan saudara mara.
e. Penggunaan orang tengah : memasarkan hasil dan modal
f. Dilakukan secara berulang alik (harian)
g. Hasil tangkapan rendah


2. Faktor yang mempengaruhi aktivti perikanan
a. Keadaan fizikal kawasan tersebut
b. habitat ikan
c. permintaan ikan
d. sumber pendapatan negara
e. pekerjaan tradisonal penduduk
f. polisi dan galakan kerajaan
g. kekurangan bekalan dan sumber protein haiwan
h. perubahan cita rasa.

3. Masalah yang dihadapi dalam memajukan aktiviti perikanan
a. masalah kekurangan modal, teknologi dan kepakaran
b. masalah kemunduran dalam kajian dan penyelidikan berkaitan dengan akitiviti perikanan pinggir pantai dan ekosistem pantai
c. masalah kerjasama antarabangsa/antara negara , sempadan perairan dan ancaman keselamatan – mematuhi perjanjian dan pencerobohan dan kegiatan perlanunan.
d. kerosakan kawasan pemeliharaan akibat aktiviti pembangunan dikawasan pinggir pantai seperti pelancongan, prlombongan. Ini akan mengurankan hasil tangkapan
e. penangkapan ikan berlebihan – kehadiran pukat harimau, pukat cerut. Ini akan memupuskan sumber.
f. masalah cuaca, ancaman musim tengkujuh, dan muara sungai yang semakin cetek terutama selepas banjir.
g. masalah orang tengah : beli degan harga yang murah ( cekik darah)
h. tenaga kerja
i. pemasaran


4. Langkah mengatasi
a. memberikan bantuan/ kemudahan dari segi kewangan, peralatan, latihan dan perkhidmatan nasihat dan bimbingan.
b. memajukan teknologi, kepakaran dan penyelidikan dalam negeri termasuk kerjasama dan usaha sama dengan negara-negara terpilih maju
c. mempertingkat kerjasama antara negara /antara bangsa dari segi kawalan keselamatan, perundangan, zon / sempadan perairan dll
d. Pemuliharaan kawasan –kawasan pembiakan ikan – di pulau-pulau, pinggir pantai, kawasan karang, tukun tiruan.
e. Penguatkuasaaan undang-undang iaitu larangan terhadap kawasan tertentu dan alat-alat yang tertentu.
f. Memajukan aktiviti hiliran termasuk pemasaran


5. Kesan Perikanan Pinggir Laut
- Bekalan ikan semakin berkurangan
- Kerosakan keseombanga laut
- pencemaran dari kilang memproses ikan
- mengalakan akuakultur ikan


Perikanan Laut Dalam

1. Konsep
- Kegiatan perikanan yang dilakukan secara besar-besaran yang melibatkan kawasan laut yang lebih jauh yang melibatkan perairan antarabangsa seperti Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Lautan Hindi.
- Jarak lebih 32 km dan kedalaman melebihi 180 meter
- melibatkan kawasan perikanan antarabangsa iaitu di kawasan Zon Ekonomi Eklusiff.

Ciri-ciri.
a. Penggunaan peralatan moden seperti kapal-kapal , bilik pendingin beku, bilik memproses dan pelbagai kemudahan lain seperti penggunaan radar bagi mengesan kumpulan ikan dan lain-lain. Berat kapal melebihi 200 tan.
b. Pekerja yang terlatih dan secara khusus
c. Hasil tangkapan : untuk tujuan eksport, tangkapan ikan sejenis seperti ikan tuna, tenggiri, , bawal, merah dan lalin-lain. Kadang –kadang tangkapan ikan secara khusus saja seperti tuna atau paus
d. Skala pengeluaran : banyak dan besar-besaran untuk tujuan eksport ke luar negara dan digunakan dalam industri pengetian khusu ikan sardin
e. Nelayan tinggal lama dilaut sekurang-kurangnya 1bulan
f. Modal : besar dan dimiliki oleh syarikat swasta atau koperasi nelayan. Modal besar untuk membeli bot kuasa tinggi, pukat moden seperti tunda, sistem komunikasi, bayaran upah dan sebagainya.

2. Faktor yang menggalakan kegiatan perikanan laut dalam
- memelihara sumber perikanan pingir pantai dari pupus
- Mengekploitasi sumber laut dalam yang banyak
- meningkatan pendapatan nelayan
- memberi peluang kepada penduduk pantai
- Bersaing dengan nelayan asing di perairan antara bangsa.

3. Masalah yang dihadapi oleh Perikanan Laut Dalam
- modal
- tenaga buruh yang mahir
- teknologi moden
- Pencerobohan nelayan asing
- Masalah perlanunan

4. Masalah yang ditimbulkan oleh Perikanan laut Dalam
- Pencerobohan kawasan tangkapan pinggir pantai
- memusnahkan kawasan terumbu karang
- menyebabkan ikan mengalami kepupusan
- konflik dengan nelayan pinggir pantai
- pencemaran sumber / alam

5. Kesan perikanan laut dalam
- Lebihan tangkapan – sumber laut akan berkurangan
- menggugat ekologi laut – mengurangkan bekalan laut, menjejaska rantaian makanan laut
- Pencemaran laut oleh tumpahan laut
- kepupusan ikan paus
- pencerobohan nelayan asing ke kawasan Zon Ekonomi Eklusif
- bekalan pelbagai jenis ikan yang banyak dipasaran
- Meningkatkan pendapatan ekonomi negara.


Perikanan Akuakultur
1. Konsep:
Akakultur ialah usaha manusia melalui pembekalan tenaga dan buruh bagi memperbaikik penghasilan organisma kuatik yang berguna. Kegiatan ini dijalankan secara (manipulasi yang disengajakan) ke atas kadar tumbesaran, kematian dan pembiakan organisma tersebut. Di Malaysia, Akuakultur meliputi penternakan ikan air tawar dan ikan air payau. Jenis ternakan ikan ialah udang, ikan, tiram dan kerang. Akuakultur dijalankan di sungai, tasik, sawah padi, bekas lombong, kolam dan muara sungai.

Ciri-ciri:
a. diusahakan secara individu secara kecil-kecilan dan juga dengan bantuan pihak LKIM
b. Jenis yang dipelihara seperti Kap Cina, tongsan, tilapia, keli, haruan dan lain-lain
c. Hasil yang diternak dijual dipasaran tempatan dan sebahagian di eksport ke singapura, Thailand dan lain-lain
d. Permintaan agak terhad kerana ikan berbau dan kurang digemari ramai.

2. Kepentingan Akuakultur kepada pembangunan negara (STPM 2009)
a. memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk : meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran

b. Meningkatkan kadar KDNK negara : pengeksportan hasil akuakultur negara seperti udang harimau dll.

c. Sumber protin : sumber protin tambahan penduduk selain hasil laut

d. Kesan pengganda : memberikan kesan penganda kepada sektor lain seperti IKS iaitu makanan berasaskan ikan, udang, ketam dll serta perkembangan industri yang berkaitan dengan akua-pelancongan

e. Meningkatkan pembangunan: infrastruktur seperti elektrik, air, jalan raya dll serta membanggunkan kawasan terbiar seperti bekas lombong, tasik, tanah terbiar dan lain-lain

f. Mengurangan kebergantungan kepada sumber laut sahaja :
i. sumber perikanan laut semakin berkurangan akibat pencemaran laut , tangkapan yang berlebihan,/ kepupusan atau akibat kerosakan kawasan habitat ikan, serta pertambahan penduduk yang pesat
ii. pertambahan penduduk yang pesat, bekalan laut idak mencukupi dan bergantung kepada sumber akuakultur
iii. bekalan ikan tidak terganggu mengikut musim seperti musim tengkujuh dapat ditampung oleh sumber akuakultur

g. memperkembangkan teknologi dan R&D :
i. teknologi pembiakbakaan dan pemakanan ternakan akuakultuuuur berkembang pesat
ii. teknologi kawalan air dan rawatan air kolam/sangkar/takungan
iii. teknologi pengawetan dan pembungkusan untuk menjamin kesegaran terutamannya untuk pasaran eksport

h. mewujudkan pelbagai ekonomi dan memanfaatkan sumber terbiar
i. kepelbagaiaan ekonomi dalam ekonomi sektor pertanian iaitu ternakan akuakultur dan marinkultur
ii. memanfaatkan sumber yang ada seperti kolam/tasik, bekas lombong, paya, sawah padi terbiar, sungai dan muara sebagai sumber pendapatan.

i. Pasaran dan permintaan yang tinggi
i. pasaran dalam dan luar negara
ii. harga yang kompetetif
iii. pilihan/memenuhi cita rasa


3. Masalah dalam memajukan akuakultur
a. masalah modal : kemiskinan/tiada hubungan, sukar mendapat pinjaman/kekurangan bantuan b. masalah pencemaran : masalah pencemaran air akibat sisa toksik merbahaya menyebabkan ternakan mati terutama sungai
c. masalah kekurangan tempat : masalah kawasan penternakan yang menghadapi persaingan dengan sektor ekonomi yang lain & ketiadaan tempat yang sesuai seprti paya , tasik dan bekas lombong
d. Masalah pasaran : masalah pasaran yang masih terhad samada pasaran tempatan atau antara bangsa
e. Masalah kkurang penyelidikan : masalah kemunduran/kekurangan dalam kajian dan penyelidikan akuakultur
f. Masalah ancaman fizikal : banjir, kemarau, angin kencang, ribut laut, pH air, kemasinan air.
g. Maslah teknologi/penyakit/R&D /serangan musuh:
i. penyakit ikan, serangan virus, reput insang, rintik putih, berkudis
ii. ancaman musuh :memerang , burung hantu, biawak
iii. teknologi dan kepakaran di kalangan pendudk di Malaysia

h. kekurangan tenaga kerja :
i. kekurangan tenaga kerja berminat
ii. tiada bekalan buruh dan terpaksa diimport
iii. buruh tidak mahir

Kepentingan Kegiatan perikanan di Malaysia.
a. Sumber protin
b. Menyediakan Peluang pekerjaan
c. Bahan mentah industri
d. Meningkatkan Pendapatan negara
e. Meningkatkan pendapatan individu
f. Memberikan kesan penganda berasaskan perikanan
g. Menggalakan R&D
h. Menggalakan perkembangan teknologi